5440 Kompaun Rm10k Tak Munasabah Harian Metro 27 02 2021


 


Kuala Lumpur: Kadar kompaun maksimum RM10,000 bagi individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 disifatkan sebagai tidak munasabah.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata, beliau memahami kadar itu dinaikkan bagi memastikan kepatuhan terhadap SOP, tetapi penetapannya perlu dilakukan dengan mengambil kira purata pendapatan rakyat di negara ini.
"MMA sendiri pernah mencadangkan kadar kompaun RM1,000 itu dinaikkan sehingga maksimum RM3,000 memandangkan masih ada yang degil dan tidak mematuhi SOP.
"Tetapi kadar maksimum baru ditetapkan kerajaan terlalu tinggi dan pastinya akan membebankan orang ramai terutamanya dalam situasi ekonomi kini," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan meminta kerajaan mengkaji semula kadar maksimum kompaun itu selain menggunakan pendekatan bersifat mendidik bagi menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan mematuhi SOP bagi kawalan Covid-19.
Katanya, banyak undang-undang digariskan pihak berkuasa sebelum ini berubah-ubah sehingga menimbulkan tekanan kepada masyarakat terutamanya dalam keadaan kini.
"Undang-undang yang ingin dilaksanakan kerajaan perlulah melalui proses pemikiran dan kajian, bukan proses mengkaji dengan 'mulut' saja.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang menyifatkan penetapan kadar kompaun maksimum RM10,000 itu sebagai carrot and stick approach atau pendekatan melalui ganjaran dan hukuman bagi mendidik masyarakat mengenai pematuhan SOP.
Katanya, daripada segi perundangan, apa yang dilakukan kerajaan tidak salah, tetapi penguatkuasaannya perlu meliputi semua lapisan masyarakat tanpa ada yang diberi keistimewaan.
"Kompaun berkenaan dinaikkan berdasarkan perkembangan semasa yang mana masih ada kalangan orang awam yang sengaja tidak patuh SOP.
"Nasihat saya, sentiasa peka dalam pematuhan SOP dan rasanya ia bukan sesuatu yang sukar tambahan lagi selepas lebih setahun penularan Covid-19 berlaku di seluruh dunia.
"Cuma daripada segi implementasi undang-undang ini, ia perlulah meliputi semua. Ramai yang bising kerana pelaksanaan undang-undang sebegini ada masanya bersifat dua darjat," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro
KOMPAUN RM10K TAK MUNASABAH
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/02/678686/kompaun-rm10k-tak-munasabah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/02/5440-kompaun-rm10k-tak-munasabah-harian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5408 Orang Melayu Pecah Belahkan Melayu Berita Harian 16 02 2021

5408 Orang Melayu Pecah Belahkan Melayu Berita Harian 16 02 2021

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa orang Melayu mengabaikan cubaan pihak tertentu memecahbelahkan perpaduan termasuk dilakukan kaum itu sendiri Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menzahirkan rasa kesal dan sedih apab...
5438 Persatuan Pengguna Saran Kerajaan Tubuh Pusat Saluran Maklumat Covid 19 Sinar Harian 26 02 2021

5438 Persatuan Pengguna Saran Kerajaan Tubuh Pusat Saluran Maklumat Covid 19 Sinar Harian 26 02 2021

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 329 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyarankan kerajaan menubuhkan satu pusat saluran maklumat berhubung Covid 19 Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pusat saluran maklumat itu perlu mengeluarkan soalan lazim dan mesra ke...
5398 Salah Diri Sendiri Jika Terjerat Dengan Ah Long Sinar Harian 12 02 2021

5398 Salah Diri Sendiri Jika Terjerat Dengan Ah Long Sinar Harian 12 02 2021

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 278 hits
ISU ah long bagai tiada kesudahan masih ramai rakyat Malaysia yang terjerat dengan pinjaman cekik darah ini Meskipun sudah berulang kali kisah keganasan ah long dipaparkan namun masih tidak menjadi pengajaran kepada orang ramai Sukar untuk ...
5401 Shorts Permintaan Meningkat Peniaga Senyum Sinar Harian 13 02 2021

5401 Shorts Permintaan Meningkat Peniaga Senyum Sinar Harian 13 02 2021

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 325 hits
SHORTS SINAR LIVE 12 FEBRUARI 2021Ikuti petikan Sinar Live yang bertajuk Permintaan Meningkat Peniaga Senyum bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan SinarHarian SinarLive KitalahMalaysia SinarUntukMalaysia...
5402 Shorts Kerajaan Perlu Tegas Tangani Isu Gajet Sinar Harian 14 02 2021

5402 Shorts Kerajaan Perlu Tegas Tangani Isu Gajet Sinar Harian 14 02 2021

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 341 hits
SHORTS SINAR LIVE 14 FEBRUARI 2021Ikuti petikan Sinar Live yang bertajuk Kerajaan Perlu Tegas Tangani Isu Gajet bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI Muzik www bensound com ...
5436 Saya Bukan Anti Vaksin Cuma Mahukan Jawapan Sinar Harian 25 02 2021

5436 Saya Bukan Anti Vaksin Cuma Mahukan Jawapan Sinar Harian 25 02 2021

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 321 hits
SHORT WACANA SINAR 234 25 FEBRUARI 2021Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri234 bertajuk Vaksin Covid 19 Bersediakah rakyat Malaysia tampil sukarela bersama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI Artikel o...
Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Korang Ingat Netizen Bodoh Ke

Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Hiburan Saya Jatuh Dan Terluka Dulu Kini Nur Fazura Titip Pesanan Buat Peminat

Pembelian Pesawat Boeing Bukan Pembaziran Tapi Strategi Kurangkan Tarif Tengku Zafrul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi I 2025 2026

Panduan Semakan Wang Yang Tidak Dituntut Online

El Paso Wrongful Death Lawyer Seeking Justice For Your Loved One

Empat Pekerja Maut Jatuh Dalam Lubang Pembetung Ketika Pemeriksaan Paip Kumbahan

Buasir Otak Tv Buah Apa Boleh Kunci Pagar Be Like

Lenggong Saksi Letusan Gunung Berapi Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Moden