5345 Apm Perlu Tambahan Aset Bantu Operasi Menyelamat Hadapi Bencana Berita Harian 28 01 2021


 

JOHOR BAHRU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memerlukan penambahan aset sekurang-kurang 30 peratus bagi memudahkan gerak kerja anggota, terutama dalam operasi menyelamat dan menghadapi bencana alam di negara ini.
Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) APM, Norhafifi Ismail, menjelaskan penambahan untuk kekuatan logistik itu sangat penting.
Justeru, beliau berkata, pihaknya berharap ia diperoleh menjelang akhir tahun ini secara berfasa, terutama aset meliputi bot, trak, ambulans dan kenderaan pacuan empat roda.
Ketika ini, katanya, APM memiliki lebih 400 pengangkutan darat dan kira-kira 600 bot, selain kekuatan 5,000 anggota bagi operasi pengurusan bencana banjir.
"Aspek aset ketika banjir bersama penularan COVID-19 adalah cabaran besar kepada APM. Kerja menyelamat dilaksanakan dengan pada masa sama, perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan.
"Jika dulu, trak boleh memuatkan 30 orang pada satu-satu masa tetapi kini atas pematuhan SOP, 15 individu saja yang boleh dibawa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Misi Bantuan Pascabanjir Johor, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Norhafifi berkata, APM sentiasa mengkaji perkara terbabit dan akan menyalurkan maklumat kepada kerajaan berhubung keperluan menambah aset, terutama bagi membantu kelancaran usaha menyelamat.
"Apabila berlaku banjir serentak di banyak negeri, APM terpaksa menggemblengkan aset dari negeri lain yang tidak terjejas untuk digerakkan ke lokasi berkenaan.
"Selain itu, ada aset telah uzur serta rosak, sekali gus perlu diselenggara," katanya sambil memaklumkan ambulans milik APM turut diguna bagi membantu pengurusan pesakit COVID-19.
Sementara itu mengenai program hari ini pula, beliau berkata, ia adalah inisiatif Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama APM.
Di Johor, katanya, pelaksanaan program itu membabitkan beberapa lokasi seperti Kota Tinggi, Sungai Tiram, Skudai dan Pasir Gudang.
Bermula semalam, sumbangan keseluruhan bernilai RM420,000 mula diagihkan kepada mangsa banjir di Johor, Pahang dan Kelantan secara berperingkat.

Artikel oleh: Berita Harian
APM PERLU TAMBAHAN ASET BANTU OPERASI MENYELAMAT, HADAPI BENCANA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/780786/bhplus




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/01/5345-apm-perlu-tambahan-aset-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5347 Apm Perlu Tambahan Aset Bantu Operasi Menyelamat Hadapi Bencana Harian Metro 28 01 2021

5347 Apm Perlu Tambahan Aset Bantu Operasi Menyelamat Hadapi Bencana Harian Metro 28 01 2021

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 352 hits
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia memerlukan penambahan aset sekurang kurang 30 peratus bagi memudahkan gerak kerja anggota terutama dalam operasi menyelamat dan menghadapi bencana alam di negara ini Timbalan Pesuruhjaya APM Norhafifi Ismai...
5346 Apm Perlukan Penambahan 30 Peratus Kekuatan Logistik Metrotv Harian Metro 28 01 2021

5346 Apm Perlukan Penambahan 30 Peratus Kekuatan Logistik Metrotv Harian Metro 28 01 2021

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 345 hits
Johor Bahru Angkatan Pertahanan Awam memerlukan sekurang kurangnya 30 peratus penambahan aset bagi memudahkan gerak kerja anggota khususnya operasi menyelamat dan menghadapi bencana alam di negara Timbalan Pesuruhjaya Operasi APM Norhafifi ...
5334 Misi Bantuan Pasca Banjir Dpmm Ppim Apm Ke Tiga Negeri Harian Metro 27 01 2021

5334 Misi Bantuan Pasca Banjir Dpmm Ppim Apm Ke Tiga Negeri Harian Metro 27 01 2021

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 347 hits
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mengagihkan sumbangan bernilai RM400 000 kepada mangsa banjir bermula hari ini Timbalan Presidennya Norsyahrin Hamidon...
5314 Dpmm Dan Ppim Dengan Kerjasama Apm Buat Kutipan Bantu Mangsa Banjir Kosmo 21 01 2021

5314 Dpmm Dan Ppim Dengan Kerjasama Apm Buat Kutipan Bantu Mangsa Banjir Kosmo 21 01 2021

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 396 hits
PETALING JAYA Dewan Perniagaan Melayu dan Persatuan Pengguna Islam dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam menggerakkan usaha mengutip sumbangan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara Naib Presiden DPMM Norsyahrin Hamidon berkata D...
5333 Misi Bantuan Pasca Banjir Dpmm Ppim Apm Ke Tiga Negeri Harian Metro 27 01 2021

5333 Misi Bantuan Pasca Banjir Dpmm Ppim Apm Ke Tiga Negeri Harian Metro 27 01 2021

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 424 hits
Kuala Lumpur Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mengagihkan sumbangan bernilai RM400 000 kepada mangsa banjir bermula hari ini Timbalan Presidennya Norsy...
5313 Dpmm Gerak Usahawan Kutip Sumbangan Bantu Mangsa Banjir Malaysia Gazette 21 01 2021

5313 Dpmm Gerak Usahawan Kutip Sumbangan Bantu Mangsa Banjir Malaysia Gazette 21 01 2021

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR Dewan Perniagaan Melayu Malaysia sekali lagi tampil menggerakkan usahawan yang menjadi tulang belakang pertubuhan untuk mengutip sumbangan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara Timbalan Presidennya Norsyahrin Hamidon be...
5351 Pinjam Rm1 000 Bayar Dah Lebih Rm100 000 Harian Metro 29 01 2021

5351 Pinjam Rm1 000 Bayar Dah Lebih Rm100 000 Harian Metro 29 01 2021

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 357 hits
Kuala Lumpur Perah sampai kering Itu istilah digunakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia merujuk kepada ceti haram atau along yang semakin rancak mengenakan caj tinggi kepada peminjam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ketua aktiv...
5340 Caj Rm1 000 Untuk Ujian Saringan Covid 19 Tak Masuk Akal Langsung Metrotv Harian Metro 27 01 2021

5340 Caj Rm1 000 Untuk Ujian Saringan Covid 19 Tak Masuk Akal Langsung Metrotv Harian Metro 27 01 2021

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 245 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendedahkan terdapat segelintir pusat perubatan dan klinik swasta mengenakan caj tinggi bagi ujian saringan Covid 19 sehingga mencecah RM1 000 Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata piha...
Selama 20 Hari Di Tahun 2021 169 Bencana Alam Ini Terjadi Di Indonesia

Selama 20 Hari Di Tahun 2021 169 Bencana Alam Ini Terjadi Di Indonesia

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 927 hits
Bencana alam terjadi silih berganti di tahun 2021 yang baru berumur 20 hari Mengutip laman resmi Badan Nasional Penanggulangan Bencana atau BNPB tercatat terjadi 169 bencana alam plus satu bencana non alam yakni pandemi Covid 19 pada tahun ...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

Hiburan 50 Hospital Malaysia Diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025 Ini Senarai Mengikut Ranking Dari Atas

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu

New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Tersentuh Sebab Surah Maryam

Pizza Time

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hilang Landyard Di Ktm Komuter Seremban

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Zooey Deschanel S Legs And Feet In Tights 83 No Shoes

Apa Berlaku Selepas Berpantang 44 Hari

Gara Gara Perancang Tidak Bersesuaian 34 Hari Turun Darah