5164 Pencarum Kwsp Sasaran Syarikat Peminjam Wang Berita Harian 03 08 2020



KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat peminjam wang dikesan menyasarkan pelanggan dalam kalangan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan mengeluarkan caruman penuh atau dari Akaun 2 dengan menawarkan pinjaman mudah lulus.
Menggunakan nama skim sebagai 'pinjaman KWSP', syarikat berkenaan menawarkan pinjaman bagi mereka yang akan mengeluarkan caruman penuh iaitu pada usia 54 dan 55 tahun serta pengeluaran Akaun 2 berusia 49 dan 50 tahun.
Kaedah itu seperti mendahulukan wang caruman kepada peminjam dan dibayar balik apabila caruman dikeluarkan, tetapi tidak dinyatakan kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan.
Syarikat terbabit dikesan mengiklankan skim 'pinjam dahulu, bayar kemudian' pada laman sosial dengan pelbagai taktik bagi mengumpan pelanggan, antaranya menggunakan nama ala Arab, memaparkan gambar gadis bertudung dan logo KWSP.
Tinjauan di beberapa laman media sosial mendapati pelanggan ditawarkan pinjaman antara RM5,000 hingga RM50,000 dengan jaminan bayaran pinjaman penuh dan kadar faedah 'berpatutan'.
Malah, ada yang mendakwa mereka adalah syarikat atau ejen pinjaman peribadi yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kaedah pinjaman sedemikian bercanggah daripada tujuan asal caruman KWSP dilakukan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman. - Foto Mustaffa Kamal
Malah, katanya, FOMCA bimbang ia mendedahkan pencarum KWSP kepada bahaya lebih buruk kerana akan dibebani hutang yang tinggi susulan kadar faedah berlipat ganda, sementara menunggu caruman KWSP dibenarkan dikeluarkan pada usia tertentu.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, pula berkata tindakan syarikat peminjam wang berlesen menggunakan logo KWSP boleh mengelirukan peminjam dan orang ramai seolah-olah ia satu pengesahan untuk meraih kepercayaan peminjam baharu.
"Kaedah pinjaman menggunakan caruman KWSP ini juga bercanggah dengan falsafah simpanan dalam kumpulan wang simpanan itu iaitu untuk kegunaan hari tua atau mengurangkan pinjaman seperti perumahan pada usia 50 tahun," katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Semakan BH mendapati, peminjam hanya perlu menyerahkan slip gaji bagi tempoh sebulan untuk mengenal pasti had pinjaman yang boleh dimohon, selain ada jaminan jika semua dokumen mencukupi, pinjaman akan dilulus dalam tempoh sejam hingga 24 jam, malah peminjam yang disenarai hitam juga boleh memohon.
Selain pencarum KWSP yang akan mengeluarkan simpanan dalam tempoh enam bulan, ia juga menawarkan pinjaman seperti biasa kepada penjawat awam, kakitangan swasta atau pesara.
Semakan di laman web mendapati mereka juga menggunakan logo Kredit Komuniti, dipercayai merujuk kepada Bahagian Kawalan Kredit Komuniti iaitu penjenamaan semula Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai di KPKT sejak 1 Jun 2019.
Untuk lebih meyakinkan peminjam, syarikat terbabit juga menyertakan beberapa gambar kaunter dan pejabat syarikat, selain video pendek mengenai operasi mereka.

FOMCA bimbang kesan serius selepas bersara

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) khuatir tindakan menarik golongan hampir bersara meminjam daripada syarikat kredit boleh menimbulkan kesan serius kepada mereka selepas bersara.
Malah, Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata ia satu bentuk manipulasi kepada golongan berkenaan yang diketahui akan memiliki wang yang agak banyak dalam tempoh tertentu kerana mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Beliau berkata, kaedah pinjaman sedemikian juga bercanggah daripada tujuan asal caruman KWSP dilakukan.
Katanya, situasi itu mendedahkan pencarum KWSP kepada bahaya lebih teruk kerana akan dibebani hutang tinggi susulan kadar faedah berlipat ganda, sementara menunggu caruman KWSP dibenar dikeluarkan pada usia tertentu.
"Rakyat khususnya pencarum KWSP yang hampir bersara perlu mempunyai pengurusan kredit yang baik bagi mendepani cabaran selepas berhenti kerja, termasuk isu berkaitan kesihatan.
"Tidak sepatutnya golongan pencarum yang hampir bersara ini dimanipulasi syarikat pinjaman wang berlesen dan perkara ini memerlukan penyelesaian segera," katanya kepada BH.
Mohd Yusof berkata, pihaknya mengesyorkan penguatkuasaan syarikat pinjaman wang berlesen diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atau Kementerian Kewangan, berbanding Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"Ini kerana, KPKT tidak mempunyai anggota penguat kuasa mencukupi untuk memantau aktiviti syarikat terbabit, sekali gus menyebabkan ketirisan dan kelemahan yang akhirnya merugikan rakyat.
"Syarikat peminjam wang berlesen perlu diletakkan di bawah mana-mana agensi yang mempunyai ramai penguat kuasa kerana aktiviti penguatkuasaan perlu dilakukan secara berkala dan kerap.




"Selain itu, Akta Kredit Pengguna perlu segera dibentang di Dewan Rakyat, sekali gus memberi 'nafas baharu' kepada peminjam yang tertindas oleh syarikat peminjam wang berlesen," katanya.


Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan. - Foto Zulfadhli ZulkifliSementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata tindakan syarikat peminjam wang menggunakan logo KWSP atau jabatan kerajaan juga boleh mengelirukan orang ramai.
Malah, beliau berkata, sekali pandang, ia juga seolah-olah menggambarkan ia adalah 'endorsemen' untuk meraih kepercayaan peminjam baharu.
Katanya, PPIM merekodkan antara 30 hingga 40 aduan berhubung pinjaman daripada syarikat pemberi pinjaman sehari.
"Jika ikut peruntukan sedia ada memang mereka tidak boleh guna logo atau mencari pelanggan, selain semua urusan transaksi perlu dilakukan di pejabat saja," katanya.
Nadzim berkata, berdasarkan aduan orang ramai, pihaknya mendapati kebanyakan syarikat menetapkan kadar faedah melebihi 18 peratus.
"Ada kes peminjam hanya meminjam RM50,000 tetapi dia membayar balik dengan nilai RM1 juta dan syarikat terbabit masih menuntut hutang sebanyak RM1.3 juta yang perlu dilangsaikan.
"Masalah ini tidak dapat diselesaikan jika individu terbabit melaporkannya kepada pihak polis, melainkan wujud elemen ugutan atau jenayah lain. Ini kerana kes penipuan membabitkan pinjaman atau kadar faedah di luar bidang kuasa polis," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian
PENCARUM KWSP SASARAN SYARIKAT PEMINJAM WANG
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/717440/pencarum-kwsp-sasaran-syarikat-peminjam-wang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/08/5164-pencarum-kwsp-sasaran-syarikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Analisis Gelombang Elliott Untuk Pasangan Mata Wang Eur Jpy Untuk 30 Julai 2020

Analisis Gelombang Elliott Untuk Pasangan Mata Wang Eur Jpy Untuk 30 Julai 2020

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 206 hits
Sokongan di kawasan pada tahap 122 81 123 05 telah melindungi penurunan dan kita harus mengharapkan penembusan baru di atas rintangan kecil di tahap 123 92 Pasangan tersebut dijangka meningkat kepada 125 82 dan 127 38 ketika pasangan mata w...
Analisis Dan Ramalan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 30 Julai 2020

Analisis Dan Ramalan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 30 Julai 2020

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 236 hits
Selamat sejahtera rakan sekerja yang dikasihi Baiklah mari kita mulakan dengan perkara utama Berikutan hasil pertemuan dua hari Bank Pusat AS yang berakhir semalam diputuskan untuk tidak mengubah parameter dasar monetari dan mengekalkan kad...
Pergerakan Harga Pasangan Mata Wang Usd Chf Pada 30 Julai 2020

Pergerakan Harga Pasangan Mata Wang Usd Chf Pada 30 Julai 2020

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 192 hits
Pasangan mata wang USD CHF kini menuju ke arah kawasan pada tahap 0 9116 0 9072 Pergerakan penurunan harga ini telah disahkan oleh harga bergerak di dalam saluran cerun ke bawah Perhatikan sekiranya harga membuat kenaikan semula dan ditutup...
Permohonan Bantuan Wang Pendaftaran Pelajar Ipt 2020 Ibita

Permohonan Bantuan Wang Pendaftaran Pelajar Ipt 2020 Ibita

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 673 hits
Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi bagi anak anak negeri tersebut bagi sesi kemasukan pengajian akan datang The post appeared first on
Syarikat Sapu Menyapu Wang Negara

Syarikat Sapu Menyapu Wang Negara

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 225 hits
Tok Aji 24 Saya telah mencuba untuk mengikuti berita Malaysia seboleh bolehnya tetapi entah bagaimana saya belum pernah mendengar mengenai Sapu Rakyat s Cash International Sdn Bhd sehingga beberapa jam sebelum waktu menulis ini Pernahkah aw...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 7 Ogos 2020

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 7 Ogos 2020

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 268 hits
Tinjauan Pasaran Teknikal Pasangan mata wang GBP USD bergerak lebih tinggi ke arah ayunan tinggi baru baru ini yang dibuat pada tahap 1 3169 menembusi dan membuat ayunan tinggi baru pada tahap 1 3184 Sebarang penembusan yang jelas pada taha...
Gambaran Keseluruhan Dan Ramalan Untuk Pasangan Mata Wang Usd Cad Pada 30 Julai 2020

Gambaran Keseluruhan Dan Ramalan Untuk Pasangan Mata Wang Usd Cad Pada 30 Julai 2020

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 233 hits
Selamat hari pedagang yang dikasihi Keputusan Fed semalam mengenai kadar bertepatan dengan jangkaan pasaran Izinkan saya mengingatkan anda bahawa pada akhir mesyuarat dua hari Federal Reserve memutuskan untuk tidak mengubah parameter dasar ...
Pasangan Mata Wang Usd Mxn Menuju Ke Tahap 22 239 Analisis Untuk 27 Julai 2020

Pasangan Mata Wang Usd Mxn Menuju Ke Tahap 22 239 Analisis Untuk 27 Julai 2020

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 222 hits
Pada carta 4 jam kita melihat pasangan mata wang USD MXN berusaha mencapai tahap 22 239 Sekiranya momentum penurunan harga kuat mata wang cenderung mencapai tahap 22 149 selagi pasangan ini tidak mengundur ke atas dan ditutup di atas tahap ...
6152 Malakat Mall Sasar 100 Pasar Raya Sinar Harian 25 07 2020

6152 Malakat Mall Sasar 100 Pasar Raya Sinar Harian 25 07 2020

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 366 hits
MELAKA Malakat Mall akan memperluaskan jenama itu dengan menyasarkan 100 pasar raya mesra Muslim dalam tempoh 10 tahun bagi menyediakan peluang perniagaan kepada lebih 100 000 usahawan di bawah satu bumbung Ketua Pegawai Eksekutifnya Fadzil...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations

Taman Tema Genting Highland

Potong Ikan Keluar Api



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan