5104 Ppim Mahu Kerajaan Luluskan Standard Halal Perubatan Sidang Media Ppim 26 07 2019



“MITOS STANDARD PERANTI PERUBATAN HALAL UNTUK MENAFIKAN HAK PENGGUNA ISLAM”

1. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius apabila mendapati ada usaha-usaha dari pihak tertentu untuk menafikan hak pengguna Islam untuk barangan Halal dalam sektor perubatan.


2.    Perkembangan teknologi perubatan telah menghasilkan pelbagai peranti sebagai keperluan wajib untuk rawatan pesakit dan ini termasuk peranti perubatan yang disyakki menggunakan bahan-bahan yang haram.

3. Selaras dengan perkembangan ini dan kepekaan pengguna Islam, kerajaan Malaysia melalui Standards Malaysia telah selesai menggubal satu standard yang khusus untuk peranti perubatan Halal.

4.  Menyedari akan betapa luasnya penggunaan peranti perubatan, standard yang dihasilkan itu hanya meliputi peranti-peranti yang kritikal yang dihasilkan dari bahan-bahan organik, biologikal, kimia dan berasaskan haiwan.

5.  Skop standard Peranti Perubatan Halal ini TIDAK termasuk peralatan seperti kerusi roda, katil hospital, set pembedahan, mesin X-ray dan lain-lain yang mana status Halalnya tidak diragukan langsung.

6.   Standard ini juga dihasilkan hanya setelah kajian menyeluruh terhadap kesediaan para pemegang-pemegang taruh (stakeholders) dalam industri perubatan, pakar-pakar dan proses pensijilan.

7.   Namun, wujud usaha menggagalkan standard ini dari pihak-pihak tertentu dari dalam dan luar Negara melalui semua saluran yang ada. Mereka mendakwa dengan kelulusan standard ini akan menjejaskan industri peranti perubatan ini dan melibatkan pertambahan kos. Mereka juga mendakwa inisiatif ini juga akan melembabkan penyelidikan dan pembangunan teknologi peranti perubatan. Tidak cukup dengan itu mereka menunjukan isyarat untuk mengugut mahu membawa pelaburan mereka ke negara lain.
8.   Disamping itu, terdapat juga salah faham dari kalangan pihak penguasa agama, regulatori dan dari kalangan pengurusan tertinggi pihak berkuasa sendiri.

9.    PPIM ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang pada prinsipnya telah bersetuju untuk meluluskan standard ini. Ucapan terima kasih juga ingin kami panjangkan kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Usahawan yang juga memberikan sokongan dan tidak tunduk dengan tekanan-tekanan pihak-pihak ini.

10. Dengan meluluskan standard ini, Malaysia sebagai peneraju bidang Halal bakal mengorak selangkah lagi dan membuka lembaran baru dalam industri yang mempunyai saiz pasaran global sebanyak USD450 billion.

11. Dengan pensijilan Halal untuk ini akan membuka pasaran yang lebih luas untuk pengusaha-pengusaha tempatan untuk memenuhi permintaan produk perubatan Halal ini.

12. Apa yang paling penting industri ini bakal memberikan akses kepada pengguna terhadap peranti yang diyakini sebagai memenuhi tuntutan Syarak bagi umat Islam dan kami sentiasa berpegang kepada ajaran Islam yang menegaskan apa yang baik untuk umat Islam adalah baik juga untuk orang bukan Islam.

13. Kami juga telah dimaklumkan oleh Standards Malaysia bahawa penggunaan standard ini adalah sukarela dan semata-mata sebagai keputusan bisnes oleh mana-mana entiti berkaitan.

14. PPIM bersama beberapa lagi NGO lain termasuk Persatuan Perkilangan Peranti Perubatan (PERANTIM), Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia dan Persatuan Farmasi Bumiputera Malaysia lain bersama-sama bersetuju agar standard Halal untuk peranti perubatan ini dimasukkan dalam skim pensijilan JAKIM.















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/07/5104-ppim-mahu-kerajaan-luluskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5084 Percamas Sangkal Dakwaan Callman Gangster Jalanan Sidang Media Ppim 18 07 2019

5084 Percamas Sangkal Dakwaan Callman Gangster Jalanan Sidang Media Ppim 18 07 2019

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 574 hits
Pertubuhan Kebajikan Callman Semalaysia memberi komitmen akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak towing yang tidak bertanggungjawab memaksa pemilik kenderaan menggunakan perkhidmatan mereka Naib Presiden PERCAMAS Ewan Radzuan berkata p...
5071 Program Ziarah Mahabbah Ppim Ppim 12 07 2019

5071 Program Ziarah Mahabbah Ppim Ppim 12 07 2019

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 299 hits
Pada 6 Julai 2019 yang lalu PPIM telah memperkenalkan Program Ziarah Mahabbah PPIM untuk Sukarelawan PPIM bersempena dengan kempen Perjuangan Bersama Demi Pengguna yang bakal dilancarkan tidak lama lagi Ini merupakan program pertama yang ak...
5074 Perjumpaan Dengan Pengarah Kpdnhep Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ppim 15 07 2019

5074 Perjumpaan Dengan Pengarah Kpdnhep Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ppim 15 07 2019

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 379 hits
Satu perbincangan diantara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Puan Ummi Nasrah binti Othman telah belangsung pagi ini Perbincangan t...
Banyuwangi Ethno Carnaval 2019 Suguhkan Kejayaan Kerajaan Blambangan

Banyuwangi Ethno Carnaval 2019 Suguhkan Kejayaan Kerajaan Blambangan

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 260 hits
Bupati Abdullah Azwar Anas mengatakan Banyuwangi kembali menggelar BEC untuk ke sembilan kalinya sebagai rangkaian Banyuwangi Festival 2019 Tahun ini BEC mengangkat tema The Kingdom of Blambangan
Perkuat Branding Bali Dan Lombok Famtrip Media Azerbaijan 2019 Eksplorasi 15 Destina

Perkuat Branding Bali Dan Lombok Famtrip Media Azerbaijan 2019 Eksplorasi 15 Destina

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 219 hits
Famtrip Media Azerbaijan 2019 digelar 12 17 Juli Program tersebut menjadi kolaborasi Kemenpar dengan KBRI Baku Azerbaijan
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton