500 Penduduk Kg Lebai Saman Di Kedah Hidup Susah Tiada Makanan Susulan Pkp




500 penduduk di Kampung Lebai Saman di Kuala Nerang, Kedah didakwa menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi menyekat penyebaran wabak Covid-19.
Seorang penduduk Mohd Amin Yaakob berkata, beliau yang pulang ke kampung melihat rata-rata penduduk berdepan keadaan yang cukup getir, termasuk tiada punca pendapatan kerana 90% daripada mereka bekerja sebagai penoreh getah dan menerima gaji harian.
Lebih menyedihkan katanya, penduduk kampung susah mendapat makanan.
Katanya, keadaan menjadi lebih buruk apabila anak yang bekerja bagi membantu ibu bapa mereka tidak dapat bekerja ketika PKP.
“Anak kerja bawa lori petani pun tak boleh gerak. Jadi mereka semua duduk di rumah. Anak-anak ramai, ada yang balik dari universiti dan duduk rumah jadi tiada pendapatan langsung untuk makan.
“Di sebabkan masa PKP ini pergerakan terhad. Tak boleh keluar jauh. Ramai penduduk yang hanya makan gaji hari. Contohnya hari ini tak keluar menoreh, tak ada gaji.
“Ada setengah daripada mereka walaupun kebun berdekatan dengan rumah, tetapi dengan sekarang harga getah turun merundum ke RM1.50 daripada RM3 dan cuaca juga hujan. Pendapatan tiada,” katanya kepada FMT.
Amin yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 Shah Alam berkata, lebih menyedihkan penduduk juga tidak dapat menuai padi kerana negeri Kedah mengalami kemarau selama lebih 5 bulan.
“Bulan lepas sepatutnya musim menuai padi. Ini sekurang-kurangnya dapat tambah pendapatan mereka.
“Tetapi sebab Kedah menghadapi kemarau 5 bulan lebih jadi hasil padi tak dapat langsung. Memang tak boleh menuai,” katanya.
Amin berkata, walaupun kedai runcit di kampung itu boleh operasi tetapi tiada orang yang datang membeli.
“Ini disebabkan penduduk tidak ada duit,” katanya.
Amin berkata, beliau mewar-warkan keadaan yang berlau di kampung itu kerana sumbangan daripada pihak atasan, teramsuk ahli politik tidak sampai kepada penduduk.
“Memang ada sumbangan atasan, dengar orang politik nak bantu, tetapi tak sampai,” katanya.
Semalam, kerajaan mengumumkan PKP dilanjutkan selama 14 hari lagi hingga 28 Apr bagi meneruskan usaha memerangi Covid-19 sepenuhnya selepas negara melalui 2 fasa tempoh sekatan bermula 18 Mac.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, PKP menunjukkan kesan positif dalam mengawal penyebaran koronavirus, namun ia diteruskan ke fasa ke-3 atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengelakkan insiden penularan semula wabak tersebut seperti berlaku di beberapa negara lain.
Amin berkata, sejak PKP bermula, beliau memberi sumbangan barangan keperluan harian kepada penduduk kampung itu.
Bagaimanapun katanya, buat masa ini beliau hanya dapat memberi bantuan yang sedikit berikutan dana yang terhad.
Amin berkata, beliau hanya dapat menyediakan keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak dan kopi bernilai RM20 satu keluarga.
“Kampung saya ada 500 orang, setakat ini saya hanya mampu memberi bantuan untuk 100 orang sahaja.
“Jadi melalui kesempatan ini, saya memohon sumbangan daripada orang ramai untuk disalurkan kepada penduduk,” katanya.
Amin berkata, sumbangan juga diperolehi melalui keluarga beliau dan rakan yang mengenalinya.
“Saya cuba dapatkan, tetapi tak banyak. Kebetulan saya balik kampung, jadi saya cuba berkhidmat di sini,” katanya.
Amin berkata, beliau juga mempunyai NGO sendiri, dan jika menerima sumbangan orang ramai, beliau akan cuba gerakkan lebih ramai orang untuk membantu penduduk kampung.
“Harapan saya nak memohon orang ramai membantu saya dengan salurkan sumbangan barangan keperluan harian kepada mereka. Kita tahu hari ini kerajaan umum PKP dilanjutkan.
“Fasa 3 ini saya lihat lebih perit sebab berhadapan bulan Ramadan. Jadi semua dana yang dapat saya akan salurkan kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata, mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Sayang Care Padang Terap di akaun Agrobank (No:1005061000040029) atau menghubunginya di talian 013-531-0916
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/11/500-penduduk-kg-lebai-saman-di-kedah-hidup-susah-tiada-makanan-susulan-pkp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=500-penduduk-kg-lebai-saman-di-kedah-hidup-s

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembantu Mukhriz Nafi Penduduk Kg Lebai Saman Tiada Makanan

Pembantu Mukhriz Nafi Penduduk Kg Lebai Saman Tiada Makanan

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 499 hits
Setiausaha akhbar MB Kedah berkata kampung itu hanya mempunyai kira kira 165 penduduk dan barang keperluan asas sudah diserahkan kepada keluarga memerlukan
Hidup Dalam Tempoh Pkp

Hidup Dalam Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 576 hits
Salam semua Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni memang aku tak banyak bergerak ke mana mana Banyak pergi kerja dan hantar anak ke rumah pengasuh Bulan March ni aku cuti 5 hari jea korang bayangkan la Memang tak boleh nak cuti sangat se...
Lima Peratus Penduduk Masih Ingkar Pkp Di Kelantan Ahmad Yakob

Lima Peratus Penduduk Masih Ingkar Pkp Di Kelantan Ahmad Yakob

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 189 hits
KOTA BHARU 6 April Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Kelantan mendapati tahap kepatuhan penduduk di negeri ini terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan kini mencapai 95 hingga 96 peratus Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata wala...
Tahap Pematuhan Pkp Penduduk Kampar Capai 99 Peratus

Tahap Pematuhan Pkp Penduduk Kampar Capai 99 Peratus

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 195 hits
KAMPAR Tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan di daerah Kampar berada pada tahap 99 peratus Perkara itu diakui Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim hasil pemantauan pasukan keselamatan sepanjang PKP dilaksanakan ...
Takut Makan Saman Lebai Mokhtar Senik Padam Postingnya

Takut Makan Saman Lebai Mokhtar Senik Padam Postingnya

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 250 hits
Penjual agama Mokhtar anak Snake dah delete posting dia sbb takut kena saman Mana telor dalam jubah anta Takut apa bayar saman asalkan dgn fitnah itu anta boleh masuk syurga Beliau bukan sahaja rajin mengecam ahli politik lawan tetapi juga ...
Bekalan Makanan Hasil Pertanian Cukup Semasa Pkp

Bekalan Makanan Hasil Pertanian Cukup Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 245 hits
MELAKA 3 APRIL Rakyat tidak perlu khuatir atau risau tentang bekalan makanan dan hasil pertanian kerana ia dijamin mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahma...
Pkp Fasa Tiga Hantar Makanan Lebih 10km Tanpa Bukti Boleh Ditangkap

Pkp Fasa Tiga Hantar Makanan Lebih 10km Tanpa Bukti Boleh Ditangkap

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 284 hits
INDIVIDU yang menjalankan perkhidmatan penghantaran barang perlu menunjukkan kad pengenalan dan bukti pesanan makanan kepada anggota keselamatan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negeri ini Pemeriksa...
6 Remaja Ingkar Pkp Dicekup Penduduk Kampung

6 Remaja Ingkar Pkp Dicekup Penduduk Kampung

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 303 hits
6 remaja ingkar PKP dicekup penduduk kampung Kau Anak Wahid Kau jangan ngan ngan ngan ngan ngann jadi kepala samseng kat sini Aku ingatkan kau Patutnya engkau larang orang datang ke rumah kau Jangan lari Aku lempar dengan tukul besi ni kang...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya


Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman

Malaysia Middle Or Middling Power