50 Teka Teki Mengarut Lawak Bodoh Pecah Perut
Teka-Teki Susah: Mengasah Minda dan Mencabar Logik Anda
Teka-teki adalah salah satu bentuk aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan, malah mampu merangsang otak dan mengasah minda.
Dalam zaman yang serba canggih ini, teka-teki masi lagi menjadi pilihan ramai untuk mengisi masa lapang sambil menguji tahap kecerdasan.

Artikel kali ini akan berkongsi beberapa contoh teka-teki susah yang mampu membuatkan anda berfikir dua kali sebelum menemui jawapannya.
Teka-teki jenis ini bukan sahaja memerlukan logik, malah kebijaksanaan dan pengetahuan yang mendalam.
BACA JUGA: Contoh Ucapan Selamat Pagi Dalam Bahasa yang Berbeza
Maksud Teka-Teki
Teka-teki merupakan satu bentuk soalan atau pernyataan yang direka untuk menguji daya pemikiran, kecekapan serta kecerdikan seseorang dalam mencari jawapan.
Ia memerlukan seseorang berfikir dengan cara yang berbeza untuk mendapatkan jawapan yang dicari.
Teka-teki sering kali datang dalam bentuk soalan yang mengelirukan atau berbentuk kiasan, di mana jawapan yang diberikan mungkin bukan jawapan yang biasa kita jangka.

Teka-teki terdapat beberapa jenis dan tahap. Teka teki tahap yang mudah biasanya tidak memerlukan daya fikir yang tinggi.
Manakala teka teki susah pula merupakan versi yang lebih mencabar, memerlukan tahap pemikiran yang lebih tinggi, analisis mendalam dan kadang-kadang sedikit kreativiti untuk menyelesaikannya.
Dengan lain kata, teka-teki ini menuntut kita untuk berfikir di luar kotak dan menerokai pelbagai kemungkinan sebelum dapat menemui jawapannya.
Contoh Teka-Teki Mengarut, Lawak Bodoh & Pecah Perut Beserta Jawapannya
Berikut adalah 50 contoh teka-teki lawak bodoh, mengarut dan pecah perut beserta jawapannya yang boleh mencabar minda anda:
1. Kenapa UFO tak singgah Malaysia?
→ Sebab takut kena saman AES.
2. Kenapa lembu tak main TikTok?
→ Sebab dia dah viral masa jadi rendang.
3. Apa jadi kalau nasi lemak kahwin dengan teh tarik?
→ Anak dia breakfast set.
4. Kenapa selipar selalu hilang sebelah?
→ Sebab dia gaduh dengan pasangan dia.
5. Kenapa peti ais selalu sunyi?
→ Sebab semua makanan diam bila pintu buka.
6. Kenapa jam marah dengan dinding?
→ Sebab asyik kena gantung.
7. Ikan apa tak pandai berenang?
→ Ikan yang ambil lesen kereta.
8. Kenapa kaktus tak pandai bersosial?
→ Sebab dia asyik menyakitkan orang.
9. Benda apa lagi kau cari masa dah lambat?
→ Alasan.
10. Kenapa sudu tak pernah berdikari?
→ Sebab asyik nak suapkan orang je.
11. Apa yang lebih tajam dari pisau?
→ Lidah makcik bawang.
12. Apa yang lebih susah dari exam SPM?
→ Nak buat keputusan “nak makan apa?”
13. Apa lebih busuk dari kentut?
→ Kentut dalam lif.
14. Apa yang selalu hilang bila kita cari?
→ Kawan time kita susah.
15. Benda apa kalau masuk air tak basah?
→ Bayang-bayang.
16. Burung apa boleh berdiri, boleh baring tapi tak boleh duduk?
→ Burung mati.
17. Kenapa pokok kelapa berbuah di atas?
→ Sebab buahnya tak boleh tumbuh di bawah.
18. Bola apa yang tak boleh tendang?
→ Bola mata.
19. Air apa yang tak boleh diminum?
→ Air mata.
20. Apa beza gajah dengan tenggiling?
→ Gajah besar, tenggiling kecil.
21. Bola apa paling panas?
→ Bola api.
22. Lembu apa tak makan rumput?
→ Lembu mainan.
23. Binatang apa paling tua?
→ Kuda tua
24. Gigi apa paling tajam?
→ Gigi gergaji.
25. Kuda apa tiada kaki?
→ Kudapan.
26. Ikan apa boleh terbang?
→ Ikan yang naik kapal terbang.
27. Buah apa boleh baca Quran?
→ Buah hati.
28. Kasut apa paling bijak?
→ Kasut sekolah.
29. Pen apa tak boleh digunakan?
→ Penunggu.
30. Buku apa tak boleh dibaca?
→ Buku lali.
31. Rumah apa tak ada pintu tak ada tingkap?
→ Rumah api.
32. Apa beza ular dengan tali?
→ Ular bergerak, tali diam saja.
33. Air apa boleh terbang?
→ Air Asia.
34. Tikus apa paling kaya?
→ Mickey Mouse.
35. Apa yang naik tak turun-turun?
→ Umur.
36. Benda apa yang boleh terbang walaupun tak ada sayap?
→ Masa.
37. Apa yang ada gigi tapi tak makan?
→ Sikat.
38. Nasi apa boleh bergerak sendiri?
→ Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).
39. Kenapa siput babi jalan lambat?
→ Sebab dia sibuk fikir dia siput atau babi.
40. Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
→ Bahrain (bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan).
41. Kuih apa tengah-tengah tak boleh makan?
→ Kuih donut.
42. Kapal apa yang tak boleh masuk dalam air?
→ Kapal terbang.
43. Sate jenis apa yang paling panas?
→ Saterika.
44. Mee apa paling berat di dunia?
→ Mee wantan (one tan).
45. Binatang apa paling kaya?
→ Beruang (ber-wang).
46. Antara kereta dan motor, mana lebih tua?
→ Motor, sebab motor pakai tongkat.
47. Dalam banyak-banyak jin, jin apa yang hidup dalam air?
→ Jintik-jintik
48. Rambut apa selalu jatuh?
→ Rambut gugur.
49. Buah apa tak boleh dimakan?
→ Buah fikiran.
50. Kipas apa selalu pening?
→ Kipas berpusing.
51. Kenapa TV pandai?
→ Sebab dia “smart” TV!
52. Apa yang boleh melompat tapi tak ada kaki?
→ Jantung bila nampak crush.
53. Kenapa lembu tak boleh main Facebook?
→ Sebab lembu mana pandai taip!
54. Apa yang keluar dari mulut tapi bukan kata-kata?
→ Muntah.
55. Bau apa yang paling mahal?
Jawapan: Bau duit!!
–
Haa, apa lagi jangan lupa teka kawan anda dengan teka-teki di atas. Selamat berhibur!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/teka-teki-bodoh/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=teka-teki-bodoh