50 Penjawat Awam Tak Mampu Beli Rumah Cuepacs Tuntut Kerajaan Bagi Gaji Minimum Rm1 800


50% penjawat awam tak mampu beli rumah, Cuepacs tuntut kerajaan bagi gaji minimum RM1,800


Foto sekadar hiasan

Kira-kira 50 peratus daripada 1.62 juta penjawat awam di Malaysia masih belum mampu memiliki rumah sendiri ekoran gaji minimum sektor itu tidak relevan ketika ini, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat.

Beliau berkata gaji minimum sedia ada menyukarkan kerajaan untuk mencapai sasaran pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan dan matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2025 dalam Rancangan Malaysia Ke-12.


Katanya justeru penetapan gaji minimum baharu iaitu RM1,800 penting bagi memastikan penjawat awam bukan sahaja dapat memiliki rumah sendiri malah mampu menyediakan perbelanjaan pengangkutan, pendidikan, kesihatan serta makan dan minum untuk keluarga.


"Unjuran gaji kita menyebabkan penjawat awam tidak layak untuk membeli rumah terutamanya di bandar-bandar besar manakala bagi mereka yang layak pula, rumah yang mereka beli ada yang terbengkalai lebih berpuluh-puluh tahun dan ada yang tinggal di bandar besar hanya mampu menyewa bilik.


"Gaji minimum kami ketika ini bagi lantikan pertama dicampur dengan imbuhan tetap, khidmat awam, imbuhan tetap perumahan dan elaun cola (sara hidup), maknanya baharu menghampiri RM1,900... jauh di bawah pendapatan garis kemiskinan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Persidangan Perwakilan Tritahunan Cuepacs Negeri Melaka Sesi 2022-2025 di sini semalam.


Persidangan itu dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari dan turut dihadiri Pengerusi Cuepacs Melaka Norman Taib.


Adnan juga berkata walaupun terdapat Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) namun jumlah unit yang layak dibeli berdasarkan gaji minimum sedia ada masih tidak mencukupi kerana kebanyakan harga rumah itu adalah di luar kemampuan penjawat awam.


Beliau berkata selain itu, isu rumah terbengkalai dalam tempoh yang lama khususnya di Kelantan dan Sarawak menyebabkan penjawat awam terpaksa mengeluarkan perbelanjaan bulanan bagi membiayai pinjaman perumahan serta sewa rumah.


"Ketika ini Cuepacs mendapat banyak aduan pinjaman diluluskan dan dibayar sepenuhnya oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada pemaju tetapi rumah tidak siap rumah dan tidak boleh diduduki... lebih teruk daripada itu, rumah berkenaan hanya ada tiang sahaja tetapi gaji penjawat awam dipotong setiap bulan.


"Justeru kita memohon moratorium daripada LPPSA supaya penjawat awam tidak dibebani dengan pembiayaan pinjaman perumahan dan sewa rumah," katanya.


Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/09/50-penjawat-awam-tak-mampu-beli-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah 11 Tahun Tak Diberi Bonus Cuepacs Minta Kerajaan Ismail Sabri Beri Bonus Sebulan Gaji Kepada Penjawat Awam

Dah 11 Tahun Tak Diberi Bonus Cuepacs Minta Kerajaan Ismail Sabri Beri Bonus Sebulan Gaji Kepada Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 370 hits
Dah 11 tahun tak diberi bonus Cuepacs minta Kerajaan Ismail Sabri beri bonus sebulan gaji kepada penjawat awamMenjelang Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober ini Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmata...
Penggodam Dakwa Sistem E Penyata Gaji Diceroboh Ugut Mahu Jual Data Peribadi Penjawat Awam

Penggodam Dakwa Sistem E Penyata Gaji Diceroboh Ugut Mahu Jual Data Peribadi Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 248 hits
Sekumpulan penggodam yang menggelar sebagai organisasi keselamatan siber Gray Hat kini dilaporkan telah menghantar surat ugutan kepada kerajaan Malaysia yang mendakwa mempunyai akses kepada sejumlah maklumat peribadi penjawat awam suggest D...
Memang Perut Kau Busung Sampai Mampos 9 Pelajar Ipt Rugi Rm1 800 Ditipu Scammer Rumah Sewa

Memang Perut Kau Busung Sampai Mampos 9 Pelajar Ipt Rugi Rm1 800 Ditipu Scammer Rumah Sewa

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 414 hits
Hasrat sembilan pelajar institusi pengajian tinggi untuk menduduki rumah sewa yang telah dibayar tidak kesampaian apabila tuan rumah menghilangkan diri dengan wang bayaran pendahuluan sebanyak RM1 800 nbsp Kejadian malang yang menimpa sembi...
Hiburan Meja Pun Tak Mampu Beli Rider Kesal Pengawal Keselamatan Suruh Letak Makanan Atas Lantai

Hiburan Meja Pun Tak Mampu Beli Rider Kesal Pengawal Keselamatan Suruh Letak Makanan Atas Lantai

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 247 hits
Mungkin bagi segelintir pihak di luar sana menjadi seorang penghantar makanan merupakan suatu pekerjaan yang mudah untuk dilakukan Walau bagaimanapun pekerjaan tersebut sebenarnya memerlukan tanggungjawab yang besar bagi memastikan makanan ...
Kakitangan Awam Rugi Rm41 000 Disamun 3 Warga Indonesia Di Kuarters Kerajaan Presint 11

Kakitangan Awam Rugi Rm41 000 Disamun 3 Warga Indonesia Di Kuarters Kerajaan Presint 11

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 256 hits
Sebuah keluarga mengalami kerugian kira kira RM41 000 apabila kediaman mereka dipecah masuk oleh tiga lelaki dipercayai warga Indonesia bersenjatakan parang Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata kejadia...
Pesara Kerajaan Ditahan Salah Guna Jawatan Terima Suapan Rumah

Pesara Kerajaan Ditahan Salah Guna Jawatan Terima Suapan Rumah

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 226 hits
Pesara kerajaan ditahan salah guna jawatan terima suapan rumah Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Sep 2022 7
Kerajaan Umumkan Bantuan Suri Rumah Rm480 Bermula September Tahun 2022

Kerajaan Umumkan Bantuan Suri Rumah Rm480 Bermula September Tahun 2022

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 1306 hits
Tahukah anda Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i Suri Ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pemb...
Beli Rumah Rm500 Ribu Dan Dapat Cash

Beli Rumah Rm500 Ribu Dan Dapat Cash

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 288 hits
Beli rumah sekarang RM500 ribu Deposit RM50kBayar selama 35 tahun Selepas bayar 35 tahun anda akan dapat semula cash RM1 7juta Ikuti video hingga habis Anda boleh beli rumah dengan berapa sahaja nilai bawah RM500 ribu atau lebih dari itu ha...
Pru Banjir Susahkan Rakyat Penjawat Awam

Pru Banjir Susahkan Rakyat Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 273 hits
PRU banjir Susahkan rakyat penjawat awamPosted By on September 20 2022Kenyataan pemimpin Umno yang gila kuasa mahu meneruskan Pilihan Raya Umum pada hujung 2022 meski pun ketika banjir melanda amat mengguris hati rakyat terutama di kawasan ...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej