5 Tips Mudah Mengekalkan Kebersihan Kediaman Anda



Persekitaran yang sihat, bersih dan tiada unsur yang dapat membahayakan kesihatan amatlah penting kepada kita. Unsur yang dapat membahayakan kesihatan anda jika tidak mengekalkan kebersihan termasuklah binatang dan serangga makluk perosak seperti lipas, semut dan tikus

Salah satu contoh persekitaran yang penting untuk dikekalkan kebersihannya adalah di sekitar kediaman anda. Rumah yang bersih amat penting demi mengekalkan kehidupan yang sihat serta bebas dari segala penyakit. 
Hal ini kerana, kediaman adalah ruang tempat dimana anda sekeluarga tinggal dan melakukan aktiviti di dalamnya. Oleh itu, amat penting bagi anda menjaga kebersihan didalamnya agar ia tidak mengancam kesejahteraan anda sekeluarga. 
Berikut merupakan tips mudah yang membolehkan anda tahu sedikit sebanyak tentang langkah-langkah pembersihan yang patut dilakukan seterusnya dapat membantu mengekalkan kebersihan kediaman anda:1. Sapu dan mop lantaiLangkah pertama adalah membersihkan debu yang terdapat pada lantai kediaman anda. Mulakan dengan mengelap 'sliding door', tingkap dan dinding. Biarkan debu jatuh ke lantai agar mudah disapu.Gunakan penyapu untuk mengeluarkan debu-debu besar keluar dari dalam rumah. Mula dari bahagian ruang tamu rumah, kemudian tengah rumah dan akhir sekali ruang dapur. Boleh juga guna 'vacuum' untuk memudahkan anda. Mop lantai sehingga kering untuk menghilangkan kotoran yang melekit pada lantai. Kadang-kadang, habuk dan debu yang telah dibuang tadi masuk kembali ke dalam rumah. Jadi, sapu sekali lagi agar rumah benar-benar bersih

2. Kemas tempat tidurMulakan dengan mencuci di sekeliling katil, di celahan katil serta bawah katil. Hapuskan segala habuk atau sampah yang berada di kawasan bilik anda. Buka tingkap bilik untuk mengurangkan kelembapan serta debu hama pada cadar serta ruang bilik anda. Anda dinasihatkan untuk kerap mencuci sarung bantal dan cadar tilam anda menggunakan suhu 60°C atau lebih tinggi. Hal ini untuk membunuh semua bakteria atau kuman yang terdapat di cadar tilam anda. Gunakan juga sarung atau alas pelindung bantal dan tilam yang mudah dibasuh untuk memudahkan anda dalam kerja - kerja pencucian
3. Cuci pinggan mangkukSelepas makan anda seharusnya mencuci pinggan atau sebarang benda lain yang telah digunakan supaya dapur sentiasa bersih dan kering. Hal ini kerana pinggan mangkuk yang tidak dicuci dan dibiarkan begitu sahaja dapat menarik tumpuan haiwan perosak. Haiwan perosak seperti lipas dan tikus amat gemarkan sisa makanan tersebut. Sebagai kesan, dapur anda akan dipenuhi dengan lipas dan tikus yang bersarang jika pinggan mangkuk tidak dicuci. Oleh itu, jelaslah sekarang bahawa kebersihan dapur dapat dimulakan dengan langkah mencuci pinggan mangkuk yang kotor

4. Pastikan sinki bersih dan tuala tangan sentiasa ditukar baruSetelah pinggan mangkuk dicuci, anda harus memastikan sisa-sisa makanan, air minuman dan lebihan minyak masakan tidak dibuang ke dalam sinki. Hal ini kerana, ia bukan sahaja menyebabkan sinki menjadi kotor malah boleh menyebabkan sinki anda tersumbat. Jika tersumbat, sudah satu hal pula hendak mencari tukang paip untuk membetulkan kawasan paip yang tersumbat. Tuala tangan juga perlu lah ditukar atau dicuci kerana jika dibiarkan tanpa bercuci, dikhuatiri kuman berkumpul dan boleh menyebabkan bakteria berkumpul. Oleh itu, anda seharusnya tidak membiarkan sisa makanan terkumpul di dalam sinki dan menukar tuala tangan untuk mengekalkan tahap kebersihan dapur anda

5. Cuci tandasTandas merupakan ruang tempat yang boleh menyebabkan terdapatnya makluk perosak dan bakteria. Anda seharusnya mengambil berat tentang kebersihan tandas untuk mengekalkan tahap kebersihan kediaman anda. Anda seharusnya memcuci tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali terutamanya mangkuk tandas untuk menghilangkan kotoran dan menyegarkan bau. Anda juga perlu mengelakkan tiada air bertakung di tandas untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes. Hal ini untuk mengelakkan makhluk perosak atau nyamuk bersarang di tandas kediaman anda. Oleh itu, pentingnya penjagaan tandas di kediaman anda. 

Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak di kediaman anda tidak kira baharu atau lama

Kawalan perosak diperlukan kerana haiwan seperti lipas dapat mengotorkan kediaman anda serta tikus boleh menggigit dan mengakibatkan kesan buruk kepada anda sekeluarga. Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis haiwan perosak di rumah, garaj atau halaman anda adalah untuk memastikan anda sekeluarga selamat dan sihat

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mypestnews.com/2019/01/5-tips-mudah-mengekalkan-kebersihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Cara Mudah Pilih Ikan Segar

Tips Cara Mudah Pilih Ikan Segar

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 672 hits
Tips Cara Mudah Pilih Ikan Segar Kalau anda ada masalah untuk memilih ikan yang segar Ini ada petua yang boleh bantu anda memilih sebelum membelinya Tips Cara Mudah Pilih Ikan Segar Apa perlu anda lakukan ialah 1 Pastikan warna ikan Ikan se...
Tips Bersahur Secara Sihat Quaker Oat Pilihan Mudah Dan Cepat

Tips Bersahur Secara Sihat Quaker Oat Pilihan Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 611 hits
Sejak sejak jadi ibu ni agak mencabar lalui bulan puasa sebenarnya semua ibu ibu pun macam tu kan Tambahan ibu yang bekerjaya mana nak masak makanan sihat untuk anak anak balik kerja pun dah pukul berapa lepas berbuka mesti dah penatkan Dap...
Tips Mudah Memohon Pembantu Rumah Melalui Sistem Maid Online

Tips Mudah Memohon Pembantu Rumah Melalui Sistem Maid Online

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 812 hits
Assalamualaikum Nak Ambil Pembantu Rumah Mohon Dalam Sistem Maid Online Mudahkan Proses Jimat Masa Kos Mungkin ramai lagi antara kita yang tak tahu pembantu rumah asing kini boleh dibuat permohonannya secara terus menerusi online Sistem Mai...
Tips Mudah Untuk Melancong Murah Dan Bajet

Tips Mudah Untuk Melancong Murah Dan Bajet

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 418 hits
Tips Mudah Untuk Melancong Murah dan Bajet Assalaammualaikum dan selamat tahun baru pembaca blog Pernah tak terfikir macam mana seseorang itu boleh pergi melancong selalu Banyak betul duit dia Dorang duit lebih kurang macam kita je Just dor...
Tips Untuk Mudah Bangun Solat Subuh Amalkan Tips Ini Jika Tak Mahu Syaitan Selimutkan Anda Dengan Kulit Babi

Tips Untuk Mudah Bangun Solat Subuh Amalkan Tips Ini Jika Tak Mahu Syaitan Selimutkan Anda Dengan Kulit Babi

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1216 hits
Sejurus kita dengar azan Subuh kebiasaan kita pasti sambung tidur balik waktu itulah Syaitan akan selimutkan kita dengan selimut dari kulit babi Memang tak terbangun dah selalunya kalau kena selimut tu Petua Untuk Mudah Bangun Solat Subuh S...
10 Tips Mudah Buat Anak Suka Solat Rileks Media

10 Tips Mudah Buat Anak Suka Solat Rileks Media

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 472 hits
Cara Ajar Anak Solat 1 Ajar anak suka dengar azan Sewaktu azan suruh anak diam dengar dan menghayati sama sama Kuatkan suara ketika menjawab azan supaya anak dapat dengar Jelaskan kepada anak anda tentang azan iaitu panggilan untuk solat Ke...
Pujuk Anak Berdrama Enggan Pakai Uniform Sekolah Suami Fouziah Ghous Buat Tips Mudah Ini

Pujuk Anak Berdrama Enggan Pakai Uniform Sekolah Suami Fouziah Ghous Buat Tips Mudah Ini

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 611 hits
Pujukan si ayah boleh meredakan drama anak lebih lebih lagi menempuhi minggu pertama persekolahan ini Apa yang dilakukan oleh suami Datin Fouziah Ghous ini membantu tips yang boleh ditiru bapa bapa lain juga Anak sulung Fouziah Muhammad Zee...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage