5 Tips Backpackers Di Indonesia
Percutian dalam keadaan bajet merupakan pilihan ramai golongan muda zaman sekarang. Hanya dengan bajet yang mencukupi anda dah boleh bercuti dan merasai pengalaman melancong dengan kawan-kawan. Kali ini aku nak kongsikan beberapa tips untuk pembaca yang berminat untuk melakukan backpackers ke Indonesia.
Berpandukan 5 tips yang aku akan senaraikan dan jelaskan sebentar lagi diharapkan dapat membantu serba sedikit persiapan dan menambah informasi sedia ada pembaca mengenai backpackers ke Indonesia.
1. Penjimatan Penginapan
Perumahan di Indonesia berbeza dengan perumahan di Malaysia. Rata-rata rumah di sana di bina dengan bilik yang banyak supaya dapat disewakan bagi menjana pendapatan mereka sekeluarga. Bilik-bilik ini dipanggil kos.
Sekiranya merancang untuk backpackers ke Indonesia dan bercadang untuk berjimat bagi modal penginapan, menyewa kos merupakan solusinya. Terdapat banyak pilihan kos yang boleh dipilih dengan harga yang jauh lebih murah berbanding hotel.
Banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk mencari kos. Antara yang pernah aku gunakan adalah Mamikos. Melalui aplikasi ini kita dapat melihat dan mencari kos mengikut bajet dan keselesaan yang kita mahukan.
2. Pengangkutan Online Atau Pemandu Peribadi
Jalan-jalan di Indonesia sememangnya setiap masa padat dengan kereta, ojek dan motorsikal. Menggunakan pengangkutan melalui tempahan atas talian kadang-kadang agak tidak berbaloi dan mungkin akan dikenakan cas yang lebih tinggi sekiranya trafik di tempat tersebut sesak.
Di Indonesia terdapat tiga jenis aplikasi yang boleh digunakan untuk menempah pengangkutan atas talian. Iaitu Uber, Grab dan Gojek (khusus Indonesia) yang masing-masing mempunyai pengangkutan motorsikal sendiri yang boleh anda pesan bagi penjimatan kos pengangkutan untuk pergerakkan jarak tempat yang dekat.
Manakala bagi perjalanan jarak jauh pula, dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan mendapatkan khidmat pemandu (supir) bagi menjimatkan kos (kos kebiasaannya berdasarkan lokasi yang ingin dituju) dan keselesaan. Rata-rata bayaran supir di sana adalah tetap atas persetujuan di antara dua pihak dan kadar bayarannya pula jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga pengangkutan atas talian yang lain.
Merancang perjalanan jauh lebih awal merupakan perkara yang utama sekiranya membuat perjalanan ke lapangan terbang supaya anda tiba sebelum penerbangan pulang berlepas.
3. Sentiasa Peka dengan Keselamatan
Keselematan merupakan perkara utama yang perlu dititik beratkan semasa backpackers di Indonesia. Nasihat yang kerap kali diberikan oleh kawan-kawan di sana adalah perlunya untuk sentiasa meletakkan dompet di saku bahagian depan seluar bagi mengelakkan dicuri oleh penyeluk saku.
Perlu sentiasa berhati-hati dengan orang-orang yang tidak dikenali di sana supaya perkara-perkara yang tidak diingini seperti ragut dan pukau dapat dielakkan.
4. Bawa Pakaian yang Minimum
Membawa pakaian yang minimum merupakan pilihan yang perlu sekiranya anda backpackers. Tujuannya adalah supaya memudahkan perjalanan dan pergerakkan ke satu-satu tempat. Dengan meminimumkan pakaian yang anda bawa membolehkan anda mudah untuk menaiki khidmat Gojek (motor), Grabmotor atau pun UberBike.
Dengan membawa pakaian yang minimum juga memberikan anda ruangan yang banyak untuk dimuatkan dengan cenderahati untuk dibawa pulang.
5. Pembelian Train Pass Melalui Aplikasi
Sekiranya anda backpakers ke Indonesia dan ingin merasai pengalaman menaiki Kereta Api Indonesia (KAI) bagi pengangkutan anda bergerak dari satu bandar ke bandar yang lain di Indonesia dinasihatkan untuk membeli Train Pass melalui aplikasi KAI ataupun Traveloka.
Ini kerana dapat mengelakkan anda bersesak di stesen kereta api untuk membeli tiket dan anda dapat merancang perjalanan dengan lebih baik. Setiap Train Pass yang dibeli secara atas talian perlulah di print di stesen kereta api melalui printer yang disediakan di stesen.
Rata-rata perjalanan kereta api diantara bandar di Indonesia adalah 8 jam. Terdapat tiga jenis tiket train yang boleh anda beli mengikut keselesaan anda; Eksekutif, Business dan Ekonomi. Untuk keselesaan dan penjimatan masa disarankan untuk memilih train Eksekutif terutamanya bagi perjalanan jarak jauh.
Travel merupakan perkara yang menyeronokkan! Banyak pengalaman yang dapat ditimba semasa melancong. Semoga tips di atas ini dapat membantu dan memberikan pembaca sedikit informasi untuk backpackers ke Indonesia.
Selamat bercuti.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lakiterok.com/2018/01/5-tips-backpackers-di-indonesia.html