5 Tanda Kejatuhan Israel Dr Abdul Wahab Al Masiri


HAKIKAT menunjukkan bahawa negara kayangan Israel tidak akan kekal lama, soalnya bilakah ia akan terkubur? Jawapannya ialah, mungkin di zaman kita. Dr Abdul Wahab Al-Masiri, pemikir Mesir dan penulis buku Yahudi, Talmudisme dan Zionis yang mempunyai 8 jilid, mencatatkan 10 tanda kejatuhan negara haram Israel dan Zionisme, dan saya rumuskan dan kongsikan 5 daripadanya di sini:

Perpecahan segmen masyarakat mengikut bangsa
Kita maklum bahawa masyarakat Israel adalah campuran pendukung Zionisme daripada segenap bumi, misalnya penduduk Ashkenaz dari Timur Eropah, penduduk Yahudi dari Rusia, penduduk Arab asal, penduduk Sephardik dan lain-lain pecahan. Kerajaan penjajah telah melakukan banyak cara untuk menyatukan pecahan-pecahan ini di bawah idea Zionisme dan satu negara, tetapi tidak berjaya. Perpecahan ini dapat dilihat misalnya dalam penindasan terhadap Yahudi dari Ethiopia yang semakin memuncak akhir-akhir ini.

Masa depan yang tidak menentu
Israel sebagai sebuah negara ciptaan, yang dibangunkan hasil penjajahan bumi lain, tidak pernah hidup dalam keadaan stabil. Sama ada di Tebing Barat atau Tanah Jajahan 1948, yang berdepan penentangan penduduk Palestin yang asal, sehinggalah perjuangan di Gaza yang sentiasa menyebabkan penduduk penempatan haram khususnya di sekitar Gaza sentiasa hidup dalam keadaan takut. Manakan tidak, hanya dengan penduduk Gaza menghantar belon, kondom dan layang-layang yang diterbangkan ke tanah jajahan pun, mereka tak senang duduk.

Sedikit demi sedikit, kuasa Israel semakin terhakis di pentas antarabangsa, sama ada kerana mudahnya maklumat sampai kepada dunia luar mengenai kezaliman mereka, atau kerana kuasa diktator dan perkauman semakin dipandang enteng oleh penduduk dan kerajaan luar. Peres bekas PM Israel, dan wajah karismatik yang diletakkan sebagai antara pengasas negara haram tersebut, pernah ditanya wartawan pada Mei 2008, adakah Israel akan kekal 60 tahun lagi? Peres menjawab dengan bertanya semula kepada wartawan, adakah ia akan kekal 10 tahun lagi?

Keadaan ini membawa kepada punca kejatuhan seterusnya.

Penghijrahan ke luar semula dan keengganan berkhidmat di dalam tentera
Israel dibangunkan dengan cara menggalakkan pemindahan penduduk Yahudi daripada seluruh dunia ke negara haram tersebut, dan mengubah demografinya. Walau bagaimanapun, misi ini hanya berjaya sehingga sekitar awal 60-an, ketika penduduk Yahudi meliputi 90 peratus daripada penduduk, berbanding 74.3 peratus penduduk Yahudi pada hari ini.

Saat ini, statistik menunjukkan bahawa semakin sedikit penduduk Yahudi dari luar berminat untuk berhijrah ke Israel, malah penduduk sedia ada mula berhijrah semula ke luar apabila melihat hakikat negara tersebut yang ‘indah khabar dari rupa’. Jumlah para pemuda, yang menolak berkhidmat di dalam tentera, yang diwajibkan ke atas semua penduduk, juga semakin meningkat kerana memandang kewajipan tersebut sebagai pilihan atau kehendak kerajaan, bukan kewajipan agama.

Keruntuhan kesatuan nasional antara Zionis dan agamawan

Kelompok agamawan di Israel, dipandang sebagai kelompok bermasalah oleh pihak kerajaan. Mereka kuat menentang ideologi Zionisme dan menolak pembentukan negara Yahudi sebelum tibanya Al-Masih, menolak untuk berkhidmat di dalam tentera dan sebagainya. Perpecahan kesatuan nasional dalam Israel dapat dilihat juga melalui pilihan raya terakhir yang terpaksa diulang sebanyak tiga kali kerana tiada kumpulan sama ada berhaluan kanan, kiri atau tengah, berjaya mendapatkan kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Penerusan kebangkitan dan kesabaran penduduk Palestin
Perlu difahami bahawa modal yang dihabiskan untuk berperang dengan musuh, adalah sia-sia apabila ia tidak mendatangkan kejayaan di sektor politik. Israel telah beberapa kali melancarkan perang (atau lebih tepat serangan) ke atas Gaza, tanpa menatijahkan hasil politik. Mereka tidak berjaya menzahirkan diri sebagai negara berdaulat yang mempertahankan hak sendiri, tidak berjaya meraih sokongan antarabangsa malah PM Israel sendiri, gagal mempertahankan kerusinya walaupun berkali-kali menyerang Gaza untuk mendapatkan sokongan politik.

Kos ‘menjaga’ Israel semakin meningkat, dan tanpa pulangan yang sepatutnya, ia adalah modal yang dibelanjakan sama ada oleh mereka, atau oleh US sebagai penyumbang tersebar, secara sia-sia.

Jika diteliti, banyak lagi tanda yang menunjukkan bahawa Israel tidak akan bertahan lama, dan cepat lambat kejatuhannya bergantung bukan kepada kerapuhan mereka, tetapi kepada kekuatan kita.

Sejauh mana kita telah menyumbang untuk mengembalikan tanah yang telah begitu lama dijajah?

Paling kurang, ikuti saya di telegram http://t.me/nadiralnuri untuk sentiasa disuntik dengan sedar dan sayang Palestin.

NADIR AL-NURI – HARAKAHDAILY 31/1/2020Lihat sebelum ini..Landak 1: Peluang Jana Ekonomi, Ternaknya, Semuda...Landak 2: Khasiat..'lembek tertidur boleh bangun m...Landak 3: Ini Geliga Landak, Apa Rahsianya Pula?Ustaz Ismail Muhammad, 65, dari Kampung Baru Sungai Binjai berkata, bermula dengan dua landak, kini dia memiliki 36 ekor dan berazam untuk membiak sehingga 200 ekor sebelum dipasarkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/01/5-tanda-kejatuhan-negara-haram-israel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Palestin Israel

Sejarah Palestin Israel

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 259 hits
Bumi dan tanah rahmat bagi kedua dua pihak Islam dan Yahudi tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau Bagi umat Islam di tanah inilah terbin...
Sungai Misterius Tiba Tiba Muncul Di Laut Mati Israel

Sungai Misterius Tiba Tiba Muncul Di Laut Mati Israel

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 289 hits
TEL AVIV Sungai misteri dengan fenomena alam yang unik ditemukan dikelilingi oleh tambang di Laut Mati Sungai sepanjang lebih dari enam mil ngarai Sodom Warga di Israel terpana setelah menemukan sungai misterius di tengah ladang ranjau Sumb...
Donald Trump Segera Rilis Rencana Kesepakatan Damai Israel Palestina

Donald Trump Segera Rilis Rencana Kesepakatan Damai Israel Palestina

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 312 hits
Presiden Amerika Serikat Donald Trump pada Kamis menyampaikan dia segera merilis rencana kesepakatan damai di Timur Tengah untuk mengakhiri konflik Palestina Israel
Jurugambar Palestin Buta Angkara Israel

Jurugambar Palestin Buta Angkara Israel

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 210 hits
GAZA Tidak menyangka serangan kali kedua dalam tempoh kurang tiga bulan menyebabkan seorang jurugambar Palestin hilang sebelah penglihatan selepas mata kirinya cedera angkara rejim pengganas Israel Attiyah Darwish 32 dipukul dengan kanister...
Fotografer Asal Gaza Buta Setelah Diserang Tentara Israel Saat Liputan Demo

Fotografer Asal Gaza Buta Setelah Diserang Tentara Israel Saat Liputan Demo

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 239 hits
Fotografer asal Gaza Palestina Attiyah Darwish menjadi buta setelah diserang tentara Israel dengan selongsong gas air mata saat sedang meliput demo pada 2018 lalu
Kita Tetap Masuk Pintu Depan Abdul Hadi

Kita Tetap Masuk Pintu Depan Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 360 hits
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak akan sesekali menggunakan pintu belakang bagi mengambil alih pentadbiran di Putrajaya Sebaliknya beliau berkata pihaknya berpendirian untuk mengikut saluran sedia ada seper...
Rumput Israel Dapat Merawat Penyakit Barah

Rumput Israel Dapat Merawat Penyakit Barah

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 647 hits
Setelah menunaikan solat subuh termenung saya memikirkan bab babi dan surah tentera bergajah yang saya kemukakan semalam sememang tidak patut saya usulkan dan buka bab ini kerana pemahaman orang awam dan pemahaman pengajian usul yang memdal...
Terungkap Isi Proposal Perdamaian Trump Yerusalem Milik Israel Seluruhnya

Terungkap Isi Proposal Perdamaian Trump Yerusalem Milik Israel Seluruhnya

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 348 hits
YERUSALEM Rencana perdamaian Israel Palestina rancangan pemerintah Presiden Donald Trump akan dipresentasikan minggu depan di Gedung Putih Stasiun televisi Israel membocorkan sebagian poin proposal perdamaian itu salah satunya akan memberik...
Mantan Intelijen Israel Virus Corona Senjata Biologi Yang Bocor Dari Lab Penelitian Pertahanan Wuhan

Mantan Intelijen Israel Virus Corona Senjata Biologi Yang Bocor Dari Lab Penelitian Pertahanan Wuhan

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 268 hits
Epidemi virus corona yang mematikan dan menyebar secara global diduga berasal dari laboratorium Wuhan Seorang ahli perang biologis Israel mengatakan laboratorium Wuhan tersebut terkait dengan program senjata biologi rahasia Cina Radio Free ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je