5 Staff Mof Didakwa Terima Tawaran Rasuah Untuk Percepatkan Proses Permohonan Baharu 5 Syarikat




Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu, 2 Disember 2020, menjatuhkan hukuman denda RM1,500 dan RM2,000 terhadap lima kakitangan awam selepas mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan menyalahgunakan kuasa bagi pendaftaran akaun baharu e-Perolehan.


Lima kakitangan berkenaan yang bertugas di Unit Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan (MOF) didakwa melakukan kesalahan menerima tawaran rasuah berjumlah RM200 hingga RM600 untuk mempercepatkan proses permohonan baharu dan taraf Bumiputera lima syarikat melalui sistem tersebut. 


Tertuduh, Nurul Ashikin Zulkaflee (Pemb. Tadbir Kewangan), 33, Siti Nurkhairunnisa Adnan (Penolong Akauntan), 32, Mohd Fairus Hussin (Penolong Pegawai Tadbir), 38, Madiyana Mamat (Penolong Akauntan), 39, dan Azad Fadhmi Abdul Rahman (Penolong Akauntan), 38, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Manira Md Noor. 


Hakim menjatuhkan hukuman denda RM1,500 terhadap Nurul Ashikin dan Azad Fadhmi, manakala Nurkhairunnisa, Mohd Fairus dan Madiyana didenda RM2,000. 


Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa ditawarkan suapan antara RM200 hingga RM600 bagi mempercepatkan proses permohonan baharu bagi beberapa buah syarikat melalui sistem e-Perolehan di Unit Pendaftaran Syarikat, Bahagian Perolehan Kerajaan, MOF, Putrajaya antara Mei 2018 hingga Jun 2020. 


Kesemua tertuduh didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694), jika bersalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000 atau tidak melebihi 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 


Hakim Manira berharap, hukuman denda itu dapat memberi pengajaran kepada semua penjawat awam agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan rasuah. Meskipun jumlah yang diambil agak sedikit, tetapi ia boleh menjadi punca kepada permulaan masalah. 


"Saya harap kamu insaf selepas ini. Dengan jumlah kecil itu, jangan dianggap bukan kesalahan. Ia adalah kesalahan yang besar, pada masa akan datang. Mahkamah berharap hukuman ini memberi satu penginsafan kepada semua," katanya. 


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Francine Cheryl Rajendram, manakala kesemua tertuduh diwakili oleh peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan dan Muhammad Aizat Fakri. 


Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/12/5-staff-mof-didakwa-terima-tawaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Rasuah Lima Kakitangan Kementerian Kewangan Didenda

Terima Rasuah Lima Kakitangan Kementerian Kewangan Didenda

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 321 hits
KUALA LUMPUR Lima kakitangan Kementerian Kewangan didenda RM1 500 sehingga RM2 000 selepas mengaku bersalah menerima rasuah hari ini Lima kakitangan Unit Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan masing masing didenda selepas mengaku bersal...
Hiburan Saya Terima Tawaran Berlakon Ketika Itu Kerana Tiada Pekerjaan Peragut Wan Maimunah Kini Sudah Dijumpai

Hiburan Saya Terima Tawaran Berlakon Ketika Itu Kerana Tiada Pekerjaan Peragut Wan Maimunah Kini Sudah Dijumpai

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 581 hits
Pastinya semua sedia tahu iklan malar segar mengenai bahaya kejadian ragut yang menampilkan pelakon Wan Maimunah yang masih diingati sehingga kini Jika sebelum ini Wan Maimunah ada meluahkan hasrat untuk berjumpa dengan lelaki yang bergandi...
Bersatu Bahagian Maran Terima 300 Borang Keahlian Baharu Untuk Menyertai Parti Itu

Bersatu Bahagian Maran Terima 300 Borang Keahlian Baharu Untuk Menyertai Parti Itu

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 387 hits
MARAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Maran terus menerima kemasukan ahli baru Terkini seramai 100 orang ahli bersekuti dari kalangan kaum Tionghua menyertai parti itu Borang keahlian telah diserahkan oleh Mr Ding Ping Song Sementar...
Kedah Benarkan Syarikat Tempatan Teroka Mineral Baharu

Kedah Benarkan Syarikat Tempatan Teroka Mineral Baharu

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 412 hits
Miliki deposit mineral dianggarkan berjumlah RM62 bilion ALOR SETAR Sebuah syarikat tempatan yang berpangkalan di Kuala Lumpur telah dianugerahkan permit kelulusan bagi meneroka dan mengekstrak sumber mineral jenis rare earth elements di ne...
Permohonan Pinda Tuduhan Kes Rasuah Guan Eng 21 Disember

Permohonan Pinda Tuduhan Kes Rasuah Guan Eng 21 Disember

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 346 hits
Permohonan pendakwaan untuk meminda dua daripada empat tuduhan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dijadualkan hari ini ditangguhkan pada 21 Disember ini Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika dihu...
Orang Yang Beri Terima Rasuah Akan Dibakar Dalam Api Neraka Tertuduh Menangis Teresak Esak Selepas Dinasihat Hakim

Orang Yang Beri Terima Rasuah Akan Dibakar Dalam Api Neraka Tertuduh Menangis Teresak Esak Selepas Dinasihat Hakim

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 253 hits
925 total views 925 views today SHAH ALAM 9 Dis Orang yang beri dan terima rasuah akan dibakar dalam api neraka jadi sentiasalah beringat dan saya juga ingatkan diri saya kamu dan semua di dalam mahkamah ini demikian peringatan diberikan se...
Syarikat Biayai Kos Penghantaran Pulang Pati Akan Diberi Kuota Penggajian Baharu Kdn

Syarikat Biayai Kos Penghantaran Pulang Pati Akan Diberi Kuota Penggajian Baharu Kdn

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 241 hits
Kerajaan akan memberikan kuota penggajian pekerja asing yang baharu kepada syarikat syarikat yang ingin membiayai kos penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin ia bagi menyelesai...
Blanc Menawarkan Penutup Muka Penuh Pada Era Norma Baharu Dilengkapi Penapis Udara

Blanc Menawarkan Penutup Muka Penuh Pada Era Norma Baharu Dilengkapi Penapis Udara

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 224 hits
Pada masa kini ramai telah adaptasi gaya hidup dengan memakai pelitup muka ketika berada di luar Ini sekaligus membawa kepada beberapa perekabentuk yang menguji rekaan baharu untuk pelitup muka Menariknya di Kickstarter salah satu projek di...
Apple Dan Cloudflare Bekerjasama Untuk Protokol Internet Baharu Yang Memfokuskan Privasi Amanz

Apple Dan Cloudflare Bekerjasama Untuk Protokol Internet Baharu Yang Memfokuskan Privasi Amanz

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 298 hits
Tahukah anda setiap kali anda melayari sesebuah laman web pelayar web yang anda gunakan akan menggunakan pelerai DNS untuk mengubah laman web menjadi alamat IP yang boleh dibaca agar boleh mengenalpasti di manakah laman web itu sedang dilay...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi