5 Smartphone Terbaik Bawah Rm1000
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semuanya? Semoga berada dalam suasana yang sihat dan ceria. Baiklah, kali ini aku nak kongsi dengan anda semua, pendapat aku sendiri mengenai 5 telefon pintar terbaik untuk tahun 2020 dibawah harga RM1000. Ya, walaupun tahun 2020 masih belum tamat, dan kita berada di pertengahan tahun, tapi boleh lihat setakat ini banyak juga jenama yang mengeluarkan telefon pintar terbaru
Untuk senarai kali ini aku tidak akan memasukkan sebarang telefon pintar keluaran Apple kerana aku kurang sedikit pengetahuan di bahagian itu, tambah pula aku ni pengguna android sejak azali.😅
Okay, pemilihan kali ini adalah mengikut spesifikasi iaitu platform, storan rom dan ram, kamera dan bateri. In shaa Allah dalam senarai ini juga aku dah tunjuk sekali link untuk pembelian, jadi tak payah nak cari dah linknya. Harganya pulak memang betul-betul dibawah RM1000 ya
Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat.✌😎
5 SMARTPHONE TERBAIK TAHUN 2020 BAWAH RM1000
REDMI NOTE 9S
KELUARAN: APRIL 2020HARGA : RM 849
SPESIFIKASI :👉Platform : Qualcomm® Snapdragon™ 720G👉Bateri : 5020mAh👉Kamera : Rear Camera : 48MP, 8 MP, 5 MP, 2MPFront Camera : 16 MP👉Storan & Ram : 6GB + 128GB
Beli di pautan ini 🠊 https://bit.ly/2WEmkCD
Telefon pintar Redmi Note 9S merupakan antara keluaran terbaru di tahun 2020. Memiliki ciri-ciri menarik dan reka bentuk terkini! Mempunyai Quad Camera, memang antara telefon yang sangat bagus dari sudut kameranya. Selain itu, untuk permainan game dan ruang aplikasi yang besar iaitu RAM sebesar 6GB pada harga RM 849 memang sangat berbaloi
REALME 6
KELUARAN : MAC 2020HARGA : RM 959
SPESIFIKASI :👉 Platform : Mediatek MT6785 Helio G90T (12 nm)👉 Bateri :4300mAh👉 Kamera : Rear Camera : 64MP, 8MP, 2MP, 2MPFront Camera : 16MP👉 Storan & Ram : 4GB + 128GB
Beli di pautan ini 🠊 https://bit.ly/3cebMko
Jenama realme sememangnya sejak akhir-akhir sangat aktif mengeluarkan telefon terbaru. Kali ini adalah siri terbarunya iaitu realme 6. Dengan harga RM999, apa yang tersedia adalah Android 10, dan dengan kamera yang turut berkuasa tinggi. Kamera hadapannya 16MP dan terletak disudut tepi sebelah kiri!
HONOR 9X PRO
KELUARAN : OGOS 2019HARGA : RM999
SPESIFIKASI :👉 Platform : Kirin 810 (7 nm)👉 Bateri : 4000mAh👉 Kamera : Rear Camera : 48MP, 8MP, 2MPFront Camera : 16MP👉 Storan & Ram : 6GB + 256GB
Beli di pautan ini 🠊 https://bit.ly/3dtzrgG
Walaupun telefon pintar Honor 9X Pro ini dikeluarkan pada tahun 2019, tetapi ciri-ciri dan spesifikasi yang tersedia masih tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Menggunakan chipset bertaraf flagship iaitu Kirin 810, telefon ini mempunyai tiga kamera dibelakang dan harga untuk pasaran sekarang adalah RM999.
OPPO A91
KELUARAN : DISEMBER 2019HARGA : RM999
SPESIFIKASI :👉 Platform : Mediatek MT6771V Helio P70 (12nm)👉 Bateri : 4025mAh👉 Kamera : Rear Camera : 48MP, 8MP, 2MP, 2MPFront Camera : 16MP👉 Storan & Ram : 8GB + 128GB
Beli di pautan ini 🠊 https://bit.ly/2L8CbEj
Telefon pintar OPPO A91 ini didatangkan dengan RAM sebesar 8GB dan sangat sesuai untuk gaming dan sebagainya. Dikeluarkan pada hujung tahun 2019, bateri pada telefon ini mencecah 4025mAh. Mempunyai empat kamera dibelakang dan satu kamera hadapan. Memang berbaloi
VIVO Y19
KELUARAN : NOVEMBER 2019HARGA : RM899
SPESIFIKASI :👉 Platform : Mediatek MT6768 Helio P65 (12nm)👉 Bateri : 5000mAh👉 Kamera : Rear Camera : 16MP, 8MP, 2MPFront Camera : 16MP👉 Storan & Ram : 6GB + 128GB
Beli di pautan ini 🠊 https://bit.ly/2YMcIs8
Vivo Y19 ini dikeluarkan pada hujung tahun 2019 dan harga pasaran sekarang adalah RM899. Mempunyai kapasiti bateri sebesar 5000mAh dan RAM sebesar 6GB, telefon ini memang mampu untuk menampung gaming dan fungsi2 lain secara efektif!
KESIMPULANNYA
Telefon pintar yang berkuasa tinggi dan mampu berfungsi dengan baik merupakan salah satu aspek penting dalam pemilihan telefon pintar. Sama ada untuk kegunaan harian, kerja atau permainan online, telefon pintar yang terbaik perlu dipilih dengan bijak.
Jika boleh memilik telefon pintar yang betul-betul pintar dengan harga yang murah, apa lagi yang ditunggu? Sebab setiap tahun pastinya akan keluar banyak telefon pintar dengan pelbagai tawaran yang lebih menarik. Pilihan yang ada hanyalah menunggu sehingga telefon pintar yang lebih baru keluar dipasaran atau membeli yang ada dipasaran tetapi fungsi tetap hebat dan menepati citarasa
SEKIAN
Sumber Rujukan : GSM ARENA | GOOGLE IMAGE | SHOPEE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2020/05/5-smartphone-terbaik-bawah-rm1000-2020.html