Tahun: 2006Keputusan: 10ASekolah: MRSM LangkawiNoor Neelofa Mohd Noor, 28, atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.Memperoleh keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006, Neelofa antara selebriti contoh yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan tersebut.Bukan setakat SPM, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR (5A) dan PMR (8A).
Tahun: 2010Keputusan: 8ASekolah: SMK Aminudin Baki, Kuala LumpurMira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 24, merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.Bukan calang-calang pelajar, pelakon drama bersiri 3 Gadis Manis itu pernah memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM sekitar tujuh tahun lepas.
Tahun: 2013Keputusan: 7A, 2BSekolah: SMK Bandar Tun Hussein On 2, CherasEzlisa Loy atau nama sebenarnya Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 21, merupakan penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2).
Tahun: 2002Keputusan: 7A, 2BSekolah: SMK Damansara UtamaSoo Wincci juga antara selebriti Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Penyanyi itu memperoleh keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.
Tahun: 2013Keputusan: 6A, 2BSekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Danau KotaNurul Janna Muner, 21, atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan salah seorang artis yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |