5 Sebab Mengapa Kita Sukar Lupakan Cinta Pertama
Dalam hidup ini setiap apa yang berlaku pasti ada yang pertama. Memori atau kenangan kita terhadap apa jua yang berlaku buat pertama kali dalam hidup biasanya sangat istimewa dan diingati sampai bila-bila. Contohnya bila kali pertama ke sekolah, masuk universiti, mula bekerja atau kali pertama jatuh cinta
Kejadian yang melibatkan emosi terutamanya cinta mempunyai kesan yang cukup mendalam buat semua orang. Disebabkan itulah cinta pertama akan kita kenang sampai bila-bila. Bila memikirkannya pelbagai perasaan atau emosi bercampur-baur akan kita alami
Mengapa? Sebab cinta pertama itu memang cukup istimewa. Nak tahu mengapa ia istimewa, ikuti 5 sebab yang REMAJA nyatakan di bawah
IMPAK YANG KUAT
Ingat tak bila korang jatuh cinta buat kali pertama. Tiba-tiba korang tidak tahu bagaimana nak beri reaksi dan entah mengapa perasaan itu membuak-buak sekali. Korang tak faham mengapa ia berlaku tapi dalam masayang sama cukup menghayatinya
PATAH HATI YANG HEBAT
Satu-satunya perkara yang dapat menyamai impak jatuh cinta ialah ketika korang patah hati. Segalanya bagi korang cukup malap dan membuatkan diri tak bermaya. Korang bingung dan tak tahu bagaimana nak berdepan dengan rasa sedih dan terkilan. Dan inilah perasaan yang selamanya akan korang ingat
BACA: Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Selepas Putus Cinta!
CINTA YANG JUJUR
Seumur hidup korang tak pernah bercinta dan tiba-tiba ada seseorang yang sangat ambil berat. Apa yang lahir dari diri korang dan si dia cukup jujur dan naif. Masing-masing cuba kenal hati budi dengan cara yang tak pernah dilakukan oleh korang berdua selama ini
BERAKHIR KERANA KEADAAN
Lebih memeritkan serta memberi impak buat korang jika putus cinta disebabkan oleh situasi atau keadaan. Ada sesetengah kes berlaku kerana kedua-duanya terpisah kerana melanjutkan pelajaran. Berdepan dengan situasi cinta jarak jauh memang menyukarkan dan kebanyakannya akan terputus di tengah jalan. Ada juga terpaksa berpisah kerana masing-masing mempunyai hala tuju hidup yang cukup jauh berbeza
HANYA BERLAKU SEKALI
Dialah yang pertama dan tak mungkin ada yang lain. Itulah sebab utama mengapa cinta pertama sukar untuk kita lupakan. Ia mengajar kita bagaimana erti patah hati, mencintai seseorang dan juga merasai pengalaman yang hanya muncul sekali seumur hidup
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://feedproxy.google.com/~r/adajewnet/~3/8-2XoS2j0dc/5-sebab-mengapa-kita-sukar-lupakan.html