5 Sebab Kenapa Nintendo Switch Masih Pilihan Terbaik Pada 2021
Bagi rakyat Malaysia, berita teknologi paling sedap dihadam tahun ni mestilah tentang pelancaran PlayStation 5. Kat FB, IG, WhatsApp stories semua penuh dengan gambar kawan-kawan bergaya dengan kotak “augmented” PS5 ni. Sampailah satu hari sorang kawan saya ni tanya, patut tak dia beli PS5 sekarang? Sebabkan nak tunjuk cool taknak bagi jawapan cliché sangat saya pun dengan slamber nya cakap, baik beli Nintendo Switch. Tiba-tiba kilat terus menyambar di langit.
Disebabkan keterlanjuran saya cakap macam tu, terpaksalah saya siapkan artikel ni. 5 sebab kenapa Nintendo Switch adalah pilihan yang lebih baik. Untuk dia saya hanya akan rekomen PS5 kalau rasa kelima-lima sebab ni langsung tak penting, sebaliknya hanya dengan PS5 dia akan rasa puas apatah lagi dengan graphic 4K 120fps / 8K 60fps, pencahayaan ray tracing, dual sense adaptive trigger, dan yang paling best design console futuristic sekaligus membuatkan ruang tamu kelihatan mewah dan bergaya.
Bab harga saya tak nak sebut sebab kawan saya ni dari golongan T20. Tapi kalau nak compare jugak, harga Nintendo Swith on par dengan PS4, lebih kurang RM1400. Tambah RM400 saja lagi dah boleh dapat PS5 Digital Edition.
Sebab pertama – Versatility
Nintendo Switch (bukan Switch Lite) boleh main dalam 3 mode, handheld, tabletop dan TV mode. Handheld mode of course merupakan kelebihan utama Switch/Switch Lite, tambahan pulak bila Sony dah give up dengan PS Vita apabila mereka menghentikan pengeluaran handheld console tersebut pada awal tahun 2019. Buat masa sekarang mereka tak lagi berminat untuk compete dalam arena portable gaming console ni jadi tiada successor untuk sambung legasi PlayStation Portable. Nintendo Switch/Switch Lite kini merupakan satu-satunya portable gaming console yang masih ada.
Smartphone? Maaf, game smartphone jauh berbeza kalau nak compare dengan console. Kat smartphone kebanyakannya game freemium, hampir semuanya perlu “bayar-untuk-menang”, dan hampir semua juga tak boleh main kalau tak online. Walaupun dari segi keupayaan pemprosesan, smartphone flagship sepatutnya tiada masalah untuk main game yang ber-graphic lebih tinggi dari Switch. Tapi nature smartphone tu buatkan ia bukan device yang boleh dibandingkan dengan gaming console.
Dengan itu, dari segi portability, Switch lebih superior dari mana-mana console yang ada, tambah pulak dengan mode table top yang membolehkan anda layan game FIFA bersama kawan-kawan dimana saja termasuk dikedai mamak tempat selalu lepak. Tanpa perlu beli controller tambahan Joy-Con yang ada boleh di”split” jadi 2 controller untuk main multiplayer on-the-go. Tapi kalau nak best lagi boleh saja beli controller tambahan full size sebab Nintendo Switch boleh sambung sampai 8 controller secara wireless.
Kalau tak puas dengan satu skrin, suruh member beli satu lagi Switch, boleh connect wirelessly main local multiplayer macam main CS zaman dulu-dulu. Bila dah balik rumah masuk kat TV dock boleh sambung layan kat TV pulak macam PS. Kalau tiba-tiba wife nak takeover TV boleh saja cabut dari TV dock dan sambung main guna handheld mode sambil baring atas sofa. Inilah maksud saya dengan versatile. Nintendo Switch ni boleh suit setiap keadaan. Lagi best setiap perubahan dari satu mode ke mode lain dapat dilakukan secara seamless tanpa perlu restart atau tukar mana-mana setting.
Sebab kedua – Exclusive titles
Nintendo Switch ada banyak jugak game-game exclusive yang tak boleh dapat kat platform lain. 3 watak utama paling digemari adalah Mario, The Legend of Zelda dan Pokemon. Game-game macam Super Mario 3D World, Mario Kart 8 DELUXE, Super Mario Odessey, Breath of The Wild, Link’s Awekening, Hyrule Warrior, Pokemon Sword, Pokemon Shield, Let’s go Evee, Let’s go Pikachu semua ni boleh ketagih jugak la kalau dah mula main.
Selain dari tiga watak tu, ada lagi game-game exclusive macam Xenoblade Chronicles, Animal Crossing dan Splatoon 2. Bagi peminat game-game ni semua, saya yakin anda mesti sudahpun memiliki Nintendo Switch. Kepada yang baru nak mula saya suggest mula dengan The Legend of Zelda: Breath of the Wild sebab game tu memang addicting, boleh buat kita lekat lama depan Switch ni.
Sebab ketiga – Game ports semakin banyak datang ke Switch
Game ports ni maksudnya game yang asalnya dibuat untuk platform lain sama ada PlayStation, Xbox atau PC kemudian developer adaptasikannya ke Nintendo Switch. Setakat ni dah banyak game-game triple A yang muncuk pada Switch. Antaranya The Witcher 3: Wild Hunt, Wolfenstein 2, Hellblade: Senua’s Sacrifice, Diablo III, Grid Autosport, FIFA 21, Mortal Kombat 11, WRC 8, siri Assassin’s Creed, The Elder Scrolls V: Skyrim dan banyak lagi.
Yang dah confirm akan datang pun tak kurang banyak juga, antaranya DOOM Eternal, Genshin Impact, The Lord Of The Rings: Gollum dan Lego Star Wars: The Skywalker Saga. Awal-awal dulu ada jugak yang ragu-ragu dengan keupayaan Nintendo Switch ni macam mana dia nak handle game-game demanding macam ni tapi nampaknya customized Nvidia Tegra X1 kat Switch ni bukan calang-calang. Tambah pulak dengan cooling fan kat dalam console ni buatkannya sangat stabil tanpa throttling sepanjang permainan.
Kalau buat direct comparison setengah game macam The Witcher 3, graphic dia lebih hampir mendekati PlayStation 4. Cuma tak nafikan ada jugak yang developer buat ports kurang memuaskan macam Mortal Kombat 11 graphic agak meloyakan. Tapi sebab diskaun 70% untuk digital copy saya beli la jugak.
The Witcher 3: Wild Hunt di Nintendo Switch
Graphic Mortal Kombat 11 yang tak lawa
Kalau ditanya sebab apa makin banyak developer nak port game mereka ke Switch, jawapannya sebab Switch dah ada ada 68 juta unit (and counting) terjual di seluruh dunia membuatkannya gaming console kedua dengan jualan tertinggi selepas PlayStation 4 bagi console yang masih aktif. Lebih unit maksudnya lebih potential buyer kepada developer.
Sebab keempat – Switch boleh buatkan anda berpeluh
Ingat lagi tak Nintendo Wii? Dia punya Wiimote macam baton acara larian tu boleh kata revolutionary waktu tu (2006). Macam biasa Nintendo yang terkenal dengan sifatnya yang suka ber-eksperimen membuat kelainan pada Wii dengan menekankan cara permainan physical control. Kesinambungan kepada perkara ni, Nintendo Switch didatangkan dengan dua Joy-Con kecil yang lengkap dengan gyroscope, accelerometer, IR camera (kanan sahaja) dan juga HD rumble. Semua ni untuk membolehkan developer mengguna pakai dalam menghasilkan game berbentuk pergerakan fizikal.
Kalau nak banding dengan platform lain, Xbox ada Kinect dan PlayStation pun ada VR yang mostly pergerakan fizikal la jugak tapi implementation kat Switch ni nampak lebih menyeluruh malah user pun tak perlu beli aksesori tambahan untuk main. Game-game macam Fitness Boxing, Arms, Sport Party dan Just Dance 2021 semua berasaskan fizikal yang boleh buat anda berpeluh setiap kali main.
Kalau nak lebih serious boleh juga keluar modal untuk beli Ring Fit dan main Ring Fit Adventure. Saya sendiri tak pernah cuba tapi dari pemerhatian nampak macam best jugak main game tu siap boleh lari-lari lagi.
Sebab kelima – Jangka hayat masih panjang
Kalau lihat pada trend jualan yang saya letak kat bawah ni, Nintendo Switch tidak tergugat walaupun PS5 is around the corner. Malah dari bulan ke bulan nampak peningkatan dari angka jualan. Dari sini saya rasa agak selamat untuk katakan yang pengeluaran Switch takkan dihentikan dalam masa terdekat ni.
Memang Nintendo dah sahkan mereka tengah develop console baru, tapi mereka memang simpan rahsia ni ketat-ketat. Langsung tak bagi detail sama ada ia portable untuk gantikan Switch kah, atau purely home console kah, atau model upgrade kepada Switch aka Switch Pro. Tiada detail didedahkan, Nintendo cuma bagitau produk tersebut akan dilancarkan sebelum tahun 2099. Lawak kan?
Ya lah kalau tengok sales Switch yang tengah rancak sekarang takkan Nintendo nak buat statement yang berpotensi merencatkan jualan console ni. Jadi menurut firasat saya sendiri, paling cepat pun console baru Nintendo tu cuma akan muncul tahun 2022 atau 2023. Kalau tengok situasi pada model 3DS sebelum ni, jika anda beli Switch tahun 2021 ni console anda akan kekal releven paling tidak pun untuk 5 tahun lagi. Jadi jangan risau anda masih belum terlambat untuk jadi sebahagian dari kami 😂
Honorable mention – Made in Malaysia
Kalau sebelum ni Nintendo Switch made in China dan Vietnam, jangan heran kalau lepas ni anda beli Switch yang made in Malaysia. Ini kerana kilang Sharp di Malaysia yang sebahagiannya dimiliki Foxconn akan turut menjadi OEM untuk memenuhi permintaan console ini di seluruh dunia. Langkah untuk mengilangkan Nintendo Switch di Malaysia juga dikatakan sebagai persediaan terhadap sebarang kemungkinan berikutan ketegangan perdagangan antara US dan China ketika ini.
The post 5 sebab kenapa Nintendo Switch masih pilihan terbaik pada 2021 appeared first on Lepak CC.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lepakcc.com/5-sebab-kenapa-nintendo-switch-masih-pilihan-terbaik-pada-2021/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=5-sebab-kenapa-nintendo-switch-masih-pilihan-terbaik-pada-202