5 Sebab Kenapa Aku Beli Ipad Mini 6th Gen 2021



Sebenarnya aku dah beli iPad Mini 6 pada November 2021 yang lalu. Jadi kali ni baru berkesempatan aku nak kongsikan 5 sebab kenapa aku beli produk Apple iaitu sebuah iPad Mini.

Untuk pengetahuan Ipad Mini (6th Generation) diumumkan secara rasmi pada bulan September 2021 dan telah masuk Malaysia pada bulan yang sama juga. Jadi lepas 2 bulan baru aku buat keputusan untuk beli iPad tersebut.

Selain daripada 5 sebab tersebut, sebab utama aku beli adalah untuk self-reward sepanjang tahun tersebut dan juga hadiah sempena Birthday pada bulan September. Dah alang-alang nak beli hadiah, cari benda yang diperlukan dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
5 Sebab Kenapa Aku Beli iPad Mini 6 2021Sebelum aku buat keputusan untuk angkat iPad Mini 6 ni, aku ada juga buat research untuk beberapa tablet Android yang berbaloi kalau nak beli. Tapi lepas tengok dah buat comparison, aku buat keputusan untuk dapatkan sesuai yang berbeza selain daripada sistem Android iaitu produk Apple dengan menggunakan iPadOS yang seakan iOS.
Jadi macam tablet Galaxy Tab A8, Galaxy Tab S7, Huawei MatePad dan yang terbaru ketika itu ialah Xiaomi Pad 5 aku dah tak tengok sebaliknya aku research iPad yang berbaloi pula untuk dibeli ketika itu yang mana banyak lagi variasi yang diperkenalkan mengikut keluaran tahunan.
Lepas buat pembacaan, tengok video Youtube aku decide untuk dapatkan sebuah iPad dengan saiz yang kecil sahaja berbanding saiz iPad yang sebenar iaitu iPad Mini. Antara sebab kenapa aku pilih iPad Mini 6 ketika itu adalah kerana produk paling terbaru untuk iPad.
Pada tahun 2022, Apple memperkenalkan iPad Pro dengan cip M1. Kemudian pada tahun 2021, ada 2 iPad dengan variasi saiz yang berbeza iaitu iPad 10.2 dan juga iPad Mini 6. Seperti yang diberitahu sebelum ini, iPad Mini 6 ini diperkenalkan pada September 2021 dan pada November 2021 aku dah beli. Sebab produk baru, jadi aku pilih iPad Mini 6 tersebut.

Selain itu, antara sebab lain kenapa aku pilih iPad Mini 6 ketika itu adalah kerana performance yang dibekalkan menerusi sebuah peranti dengan saiz yang kecil pada kelasnya.
Apple telah menawarkan iPad Pro dengan cip M1 yang pertama iaitu sama seperti yang ada pada Macbook pada tahun 2021. Tetapi berbeza untuk variasi iPad 2021 dimana iPad 10.2 hanya menggunakan cip A13 Bionic dan iPad Mini 6 menggunakan cip terbaru A15 Bionic seperti iPhone 13 ketika itu.
Jika buat perbandingan, iPad Mini 6 lagi berkuasa daripada iPad 10.2 ketika itu tetapi kurang power jika dibandingkan dengan iPad Pro yang menggunakan cip M1. Jadi iPad Mini 6 yang aku ada sekarang adalah produk yang berada di tengah-tengah ketika itu.
Dengan itu, pasti tak lag dan lebih lancar apabila melakukan multitasking dalam waktu yang sama. Kadang lag ni buat kita bengang dan melambatkan kerja. Satu hal pula kalau nak kena restart setiap masa kalau peranti tersebut berlaku sesuatu kan.

2 sebab utama diatas tidaklah datang jika peranti tersebut menawarkan harga yang tak masuk akal. Ini kerana iPad Mini 6 ketika itu dijual dengan tanda harga RM2,299 untuk variasi 64GB dan RM2,949 untuk 256GB sahaja. Tidak lebih daripada 3K pun untuk variasi Wifi sahaja. Boleh tengok senarai penuh harga DISINI.
Tetapi kita kena bijak! Aku boleh dapatkan harga yang lebih rendah ketika itu dengan spesifikasi yang aku mahu iaitu dengan beli menerusi Apple Education (UNiDAYS). Buat yang tak tahu, dengan Apple Education, anda boleh dapatkan produk Apple dengan harga diskaun (~RM500 diskaun) iaitu lebih murah jika anda beli di store Apple. Tapi ianya hanya boleh beli secara online dan tiada bayaran ansuran diperkenalkan.
Ketika itu, aku dapat harga RM2,649 untuk sambungan cellular+Wifi (boleh masuk simcard) untuk variasi 64GB bersama Smart Folio (puple) yang berharga RM269 ketika itu. Free delivery yang dihantar terus ke rumah. Bagi aku sangat berbaloi dengan harga tersebut. Lagi pula aku dapat warna aku nak iaitu Starlight.



Sebab keemapat kenapa aku pilih iPad Mini 6 adalah kerana portability atau mudah dibawa kemana-mana. Dengan saiz 8.3" ni ianya senang dan mudah untuk dibawa dan dipegang dengan satu tangan sahaja. Berat pun tak berat sangat. Just nice sahaja.
Sepanjang tempoh aku dah guna dalam 6 bulan ni, aku kerap bawanya bersama kalau bercuti atau jalan jauh. Dia boleh masuk simkad tau, jadi boleh ganti Pixel 4 aku kalau dah bosan dengan skrin kecil. Kalau letak dalam bag pun, dia tak makan ruang yang banyak pun kalau nak dibandingkan dengan iPad 10-inci atau paling besar 12.9".

Sebab terakhir atau sebab kelima kenapa aku beli iPad Mini 6 adalah untuk entertainment iaitu mudah untuk layan Netflix. Sebab mudah dibawa kemana-mana dan ada slot simkad, aku beli dapatkan sambunga internet dimana-mana sahaja. Jadi aku boleh layan media sosial atau striming Netflix dan Youtube pada bila-bila masa sahaja. Inilah tujuan sebenar kenapa aku beli extra peranti iaitu iPad hehe
Bagi aku dengan saiz 8.3" ini, sedap dah nak layan movie selama berjam-jam. Tambahan pula dengan kualiti skrin Liquid Retina dan resolusi 2K, rasanya dah cukup baik untuk merasai pengalaman menonton dengan lebih baik walaupun tak dapat 4K pun. 2K pun dah cukup sangat. Cantik gila kot layan Squid Game, All Of Us Are Dead, Stranger Things 4 dan macam-macam lagi.

Extra point untuk iPad Mini 6 ni pula dia dah gunakan port pengecasan Type-C iaitu sama dengan Google Pixel 4 aku. Jadi kalau aku pergi mana-mana tak perlu bawa banyak-banyak charger. Bawa satu sahaja, boleh dapat rapid charging untuk iPad Mini 6 dan smartphone aku.
Setelah 6 bulan penggunaan, aku sangat berpuas hati dengan kualiti yang dijanjikan. Betul la apa yang orang ramai kata, nak beli tablet better go to iPad berbanding tablet-tablet Android yang lain. Kemaskini terbaru yang selalu dibekalkan, tak lag, kamera cantik, smooth, performance laju yang kadang tiada pada tablet yang lain.
Ada juga yang kata, iPad Mini 6 ini adalah iPhone 13 dengan saiz 8" tau. Jadi maksudnya, power la iPad ni. Jadi kalau korang nak dapatkan iPad yang kecil sikit, boleh dapatkan iPad Mini (6th Generation) 2021 sekarang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2022/05/5-sebab-kenapa-beli-ipad-mini-6.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Beli Ipad Macbook Dengan Harga Student

Cara Beli Ipad Macbook Dengan Harga Student

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 233 hits
Walaupun dikatakan produk Apple menjual dengan harga tinggi tetapi tahukah anda mereka juga ada buat penawaran harga yang lebih murah iaitu menerusi Apple Education Pricing dimana anda boleh beli dengan harga Student Dengan tawaran ini anda...
Moviegoers Need Benq S World S First Mini Portable Led Projector In Their Home

Moviegoers Need Benq S World S First Mini Portable Led Projector In Their Home

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 303 hits
GV30 Offer Instant Wire Free Streaming for Theater Enthusiasts and Active Families the global leading brand for projectors presents the the first smart portable LED projector available with 2 1 channel Bluetooth audio Offering extra bass cr...
Mobil Listrik Mini Wuling Made In Indonesia Jadi Mobil Resmi Ktt G20 Di Bali

Mobil Listrik Mini Wuling Made In Indonesia Jadi Mobil Resmi Ktt G20 Di Bali

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 164 hits
Wuling Motors mengumumkan keikutsertaan kendaraan listriknya dalam Konferensi Tingkat Tinggi G20 sebagai official car partner Mobil listrik mini Wuling yang akan digunakan di KTT ini bisa dilihat rupanya di Central Park Jakarta Barat hingga...
Tap Into Huge Potential Of Mini Power Plants

Tap Into Huge Potential Of Mini Power Plants

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 325 hits
From Gobbi RamasamyThe government is aiming to achieve 40 renewable energy capacity by 2035 with a focus on green energy including solar hydro and bio energy This aim as outlined in the Malaysia Renewable Energy Roadmap is noble and progres...
Mobil Listrik Mini Wuling Segera Dipasarkan Jarak Tempuh Versi Indonesia 200 300 Km

Mobil Listrik Mini Wuling Segera Dipasarkan Jarak Tempuh Versi Indonesia 200 300 Km

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 151 hits
Wuling Indonesia memastikan segera menjual mobil listrik mini atau electric vehicle setelah melakukan pra peluncuran Wuling EV di Central Park Jakarta Rabu Kegiatan perkenalan Wuling EV tersebut akan berlangsung hingga Ahad
Honor Magic4 Pro Rasmi Snapdragon 8 Gen 1 Untuk Rm3 999

Honor Magic4 Pro Rasmi Snapdragon 8 Gen 1 Untuk Rm3 999

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 200 hits
HONOR Malaysia sebentar tadi melancarkan HONOR Magic4 Pro yang mula menerima pratempahan jam 5 petang 1 Jun 2022 nbsp hingga 10 Jun Telefon kelas andalan ini diperkenalkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dengan RAM 8GB bersama storan sebesar ...
Umno Sec Gen Insists Not Premature To Force Snap Election Now

Umno Sec Gen Insists Not Premature To Force Snap Election Now

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 225 hits
The 14th Malaysian Parliament was already nearing its final year Umno secretary general Datuk Seri Ahmad Maslan said to reject views that calling the 15th general election now would be premature According to Utusan Malaysia the Pontian MP c...
Son Dongwoon Highlight Bakal Lancar Album Mini Ke 2 Pada Hari Ulang Tahun Kelahiran

Son Dongwoon Highlight Bakal Lancar Album Mini Ke 2 Pada Hari Ulang Tahun Kelahiran

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 169 hits
Ahli kumpulan HIGHLIGHT iaitu Son Dong woon baru baru ini dikhabarkan akan mengeluarkan album solo selepas 3 tahun Son Dong woon dikhabarkan bakal mengeluarkan album mini ke 2 Happy Birthday di pelbagai platform muzik secara atas talian pad...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej