5 Rutin Wajib Penjagaan Motosikal


5 RUTIN WAJIB PENJAGAAN MOTOSIKAL.
"ASALKAN boleh start, jalannn..."Salah satu tabiat buruk pengguna motosikal adalah kerap mengabaikan rutin penyenggaraan, terutama kalangan penunggang yang menjadikan kenderaan mereka itu sekadar alat bergerak dari A ke B.
Selagi tak ada masalah, buat apa bawa ke bengkel?" - Seman
Tahukah anda amalan penyenggaran yang dilakukan secara rutin mampu mengelak motosikal anda menghadapi kerosakan besar yang menelan kos baik pulih tinggi? Mari, kita ikuti apakah 5 rutin yang sepatutnya anda sebagai penunggang ambil tahu, tapi selalu diabaikan:
1. PELINCIRAN AM
Apa-apa yang bergerak pada motosikal memerlukan pelincir. Antaranya, sambungan suspensi, hendal, tongkat, alas pemijak (jika boleh digerakkan) dan skru serta nat. Jika dibiarkan lama tanpa pelinciran, pergerakan komponen tersebut boleh terganggu disebabkan pengumpulan habuk atau karat.
Misalnya skru, walaupun tidak membabitkan pergerakan, tetapi jika dibiarkan berkarat lama, komponen itu pun boleh mereput, dan sukar ditanggalkan kecuali menggunakan bantuan alat elektronik berkuasa (power tools).
Seeloknya, sebelum pelinciran dibuat, anda perlu bersihkan kawasan tumpuan menggunakan kain pengelap atau berus gigi terpakai. Bagi tugasan pelinciran pula, anda boleh gunakan pelincir serba guna seperti WD40 yang sudah jadi pilihan popular zaman berzaman. 💪🏼
2. SISTEM BREK

Kasut brek untuk brek dram dan pad brek (brek cakera) ada tempoh tertentu untuk haus, tetapi janganlah sampai dibiarkan terlalu lama pula. Alat ganti itu bergantung kepada kekerapan anda menggunakan motorsikal, dan bolehlah diperiksa sebulan sekali.
Cara Periksa:
Pad brek (brek cakera) - Semak alur atau lekuk indikator pada pad brek. Pad baharu mempunyai alur yang dalam. Tukar pad baharu jika paras alur nampak tipis.Kasut brek (brek dram) - Periksa bahagian luar dram untuk indikator haus dan indikator tukar. Tekan pedal brek untuk dapatkan bacaan,  sekiranya jurang atau gap antara indikator itu sangat dekat, itu bermaksud anda perlu menukar brek dram baharu.Antara masalah brek dram yang kerap dihadapi ialah bunyi nyaring ketika motosikal bergerak. Jika brek belum haus, kemungkinan besar bunyi tersebut disebabkan debu-debu yang bersisa dalam dram atau brek dimasuki air. Bawa saja ke bengkel dan minta mekanik periksa dan cuci menggunakan semburan angin mampat.
3. PERIKSA MINYAK HITAM/ENJIN
Penyenggaraan minyak hitam bukan sekadar tuang dan periksa apabila tiba tempoh menukar. Lebih-lebih lagi jika anda guna pelincir sintetik dengan tempoh menukar lebih lama. Kekerapan memeriksa minyak hitam, misalnya seminggu sekali, membolehkan anda memerhati sebarang tanda bahaya yang mungkin menyebabkan kerosakan besar ke atas enjin.
Berikut antara tanda yang dapat diperhatikan:
Warna - Jernih dan keperangan (warna asal) menunjukkan minyak masih elok. Jika hitam atau kusam sudah sampai masa ditukar baharu. Jika keputihan, ini bahaya kerana gasket kepala silinder kemungkinan bocor atau berlaku masalah besar lain!Aras Berubah - Jika takat minyak terlalu cepat berkurangan, itu bermakna motosikal anda ada masalah gegelang piston (antara punca utama) atau masalah injap (valve). Bawa segera ke bengkel atau pusat servis untuk diperiksa.
4. JAGA RANTAI PACU
Amalan ini selalu diabaikan hingga menyebabkan rantai jadi terlalu longgar dan berbunyi. Tahukah anda rantai longgar juga mampu menjejaskan prestasi motosikal?
Rantai yang kemas dan diminyakkan dapat melakukan hantaran kuasa ke roda belakang dengan lebih lancar. Malah, kekerapan menyenggara dan melincirkan rantai mampu memanjangkan jangka hayat komponen berkenaan.
Sebagai penunggang motosikal di negara tropika yang kerap mengalami hujan dan panas sepanjang tahun, anda dinasihatkan memiliki sendiri pelincir khas untuk rantai. Ingat, cuba elak menggunakan WD40 atau minyak hitam terpakai yang biasa dilakukan kebanyakan bengkel dan pemilik motosikal.
5. JAGA TAYAR
Tayar ialah komponen utama yang menghubungkan anda dengan jalan. Namun, masih ramai penunggang meletakkan diri dalam risiko bahaya dengan menunggang motosikal tanpa tayar cukup tekanan.
Tayar yang tiada tekanan angin mencukupi bukan saja boleh cepat haus, tetapi turut menjejaskan kawalan. Motosikal akan jadi lembab untuk memecut dan tidak stabil ketika mengambil selekoh.
Jika malas ke pam minyak semata-mata untuk memerika tekanan tayar, dapatkan tolok tekanan angin yang mudah disimpan. Kini, tiada lagi alasan untuk tidak periksa tekanan angin tayar!
Berapa kerap? Anda perlu periksa angin tayar sekurang-kurangnya seminggu sekali walaupun motosikal anda hanya diparkir dalam garaj. Sila pam angin mengikut tekanan ditetapkan dalam manual penyenggaraan. Perhatikan juga keadaan bunga tayar untuk mengesan sebarang tanda kehausan atau kebocoran seperti tertusuk paku atau objek tajam.
KESIMPULANSenarai di atas hanya membabitkan rutin penjagaan asas untuk mana-mana motosikal. Bagi penjagaan lain, seperti memeriksa kelegaan injap dan aspek teknikal lain yang lebih rumit, eloklah rujuk kepada manual penyenggaraan atau dapatkan khidmat bantuan mekanik terlatih.
Sumber 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2018/12/5-rutin-wajib-penjagaan-motosikal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Wajib Bantu Kedua Orang Tuanya

Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Wajib Bantu Kedua Orang Tuanya

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 377 hits
Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Wajib Bantu Kedua Orang Tuanya Sebagai anak perempuan yang sudah menikah tentu saja orang tua masih membutuhkan anaknya dan juga berstatus sebagai orang tua Ketaatan pada orang tentu saja tidak melangg...
Siapa Yang Wajib Makan Vitamin C Setiap Hari

Siapa Yang Wajib Makan Vitamin C Setiap Hari

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 237 hits
Terdapat pelbagai sumber semulajadi yang mampu membekalkan Vitamin C kepada badan seperti buah buahan dan juga sayur sayuran contohnya buah jambu batu oren tembikai kiwi mangga tomato dan lain lain Sekurang kurangnya kita perlu makan 4 jeni...
Chinese Muslim Abdullah Restaurant Pilihan Chinese Food Yang Wajib Anda Rasa Di Ipoh

Chinese Muslim Abdullah Restaurant Pilihan Chinese Food Yang Wajib Anda Rasa Di Ipoh

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 605 hits
Chinese Muslim Abdullah Restaurant Pilihan Chinese Food Yang Wajib Anda Rasa di Ipoh Allhamdulilllah Setelah berhempas pulas pusing sepetang lepas maghrib Allah Ya Karim Ya Razzak syukur kami semua team blogger pantai timur diberi peluang m...
Wajib Tahu Naya Bila Dua Lelaki Ini Terjebak Macau Scam Rm11k Dan Rm24k

Wajib Tahu Naya Bila Dua Lelaki Ini Terjebak Macau Scam Rm11k Dan Rm24k

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 360 hits
LELAKI kerugian RM10 900 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam Terdahulu kerani berusia 33 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperken...
Penyatuan Parti Melayu Wajib Sokong

Penyatuan Parti Melayu Wajib Sokong

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 340 hits
Sebaiknya secara terangan dan lebih penting dari itu penyatuan bukan bermotif untuk lindung dan lari dari perbuatan jenayah yang telah dilakukan Tidak juga kuasa dan jawatan menjadi penyebab utama Kalau penyatuan masih atas kepentingan pere...
10 Barangan Kecantikan Yang Wajib Beli Dari Althea Korea

10 Barangan Kecantikan Yang Wajib Beli Dari Althea Korea

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 530 hits
Eyza ni suka sangat shopping barangan kecantikan dekat Web Althea Korea Macam macam ada kat situ Tak payah la nak ke shopping mall lagi Bukak je web pilih dan bayar Dah la dengan pembelian RM 99 ke atas dapat free postage Berbaloi sangat La...
Pengiraan Tempoh Keluar Darah Nifas Perempuan Hamil Wajib Baca

Pengiraan Tempoh Keluar Darah Nifas Perempuan Hamil Wajib Baca

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 595 hits
HUKUM DARAH NIFAS TERPUTUS2jika putus darah nifas itu dlm lingkungan 60hari kemudian keluar darah kadar sehari semalam atau lebih dahulu drpd sempurna 60 hari maka drh yg keluar itu darah nifas jua bukan drh haid melainkan nk dikatakan drh ...
Niat Mandi Wajib

Niat Mandi Wajib

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 222 hits
Niat Mandi Wajib RumiNawaitu rof al hadasil Akbari Fardo Alayya Lillahi Ta alaMaksudnya Sahaja aku mengangkat hadas besar fardu atasku kerana Allah Ta ala Ini adalah salah satu niat yang boleh digunakan untuk mandi wajib yang merangkumi sem...
Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Sedekad Ketiadaan Tokguruku Nik Aziz

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Persediaan Persekolahan

Leadership Styles Quiz Discover Your Unique Leadership Blueprint

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua