5 Resipi Kuih Melayu Dengan Olahan Baru Sesuai Minum Petang


Kuih muih Melayu memang enak dimakan bila-bila masa. Sebagai pencuci mulut, kudapan petang mahu pun sarapan pagi memang terbaiklah.
Ni min kongsikan resipi kuih bingka ubi kelapa ceri, kuih bakar kacang hijau, apom betawi dan tiga lagi sajian kuih istimewa dengan sedikit olahan baru. Lapang-lapang nanti bolehlah buat.
1. BINGKA UBI KELAPA CERI
BAHAN-BAHAN:
4 cawan ubi kayu | parut
2 cawan santan
1 cawan gula
½ sudu teh garam
½ cawan kelapa parut (ambil yang putih saja)
½ cawan buah ceri
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan. Kacau sehingga gula larut dan sebati. Bakar dalam loyang 8 inci x 8 inci empat segi yang telah dioles dengan sedikit mentega.
2. Bakar pada suhu 200C selama 1 – 1 jam 30 minit atau sehingga garing permukaan atas.
3. Biar betul-betul sejuk baru dipotong.
Info chef: Buah ceri boleh dibeli di kedai bakeri dan bukan yang segar.
Saiz hidangan: 6-8 orang
Waktu memasak: 2 jam 30 minit
Keistimewaan: Rasa lemak santan dan ubi yang sedap
Cara memasak: Bakar
2. KUIH BAKAR KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 cawan kacang hijau yang telah direbus | simpan sedikit untuk hiasan
1 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu makan minyak sapi
3 biji telur
Secubit garam
Beberapa titik pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan bersama satu cawan kacang hijau dan kisar sampai sebati. Minyak sapi gunakan satu sudu sahaja.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna ‘whisk’. Guna api sederhana.
3. Masukkan satu cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata.
4. Masukkan satu sudu makan minyak ke dalam loyang dan oleskan rata.
5. Panaskan loyang dalam ketuhar sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
6. Taburkan sedikit kacang hijau yang telah direbus tadi dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah.
Info chef: Boleh gunakan santan kotak
Saiz hidangan: 6-8 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Keistimewaan: Rasa kacang hijau yang sedap
Cara memasak: Bakar
3. APOM BETAWI
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur
1 ¼ cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh ovalette
Sedikit esen vanila
Pewarna kuning dan pink secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur bersama gula, esen vanila dan ovelatte sehingga kembang
2. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
3. Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dengan warna pink, satu bahagian warna kuning dan satu bahagian tidak diwarnakan.
4. Oles loyang dengan minyak dan masukkan adunan secara berselang seli hingga selesai. Kukus selama 45 minit hingga 1 jam.
Info chef: Gunakan loyang bersaiz 7 x 7 inci.
Saiz hidangan: 6-8 orang
Waktu memasak: 2 jam 30 minit
Cara memasak: Kukus
4. LEMPENG PISANG JEM STRAWBERI & PISANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji pisang masak ranum
Tepung gandum secukupnya
Gula secukup rasa
Secubit garam
Jem strawberi secukupnya
Hirisan pisang secukupnya
Sedikit minyak sayur
CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk, lenyekkan pisang, masukkkan gula dan garam, sebatikan. Masukkan tepung gandum, jangan banyak sangat kerana nanti keras. Biar lembik sedikit bancuhannya.
2. Panaskan kuali ‘non stick’, sapukan sedikit minyak sayur dan sendukkan adunan ke dalam kuali kemudian leperkan biar jadi bulat nipis. Sendukkan sesudu jem strawberi dan susun hirisan pisang di atasnya.
3. Masak selama 3-4 minit dengan api perlahan sehingga perang. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
Info chef: Gunakan kuali ‘non stick’ bersaiz kecil untuk lebih memudahkan.
5. PUTERI AYU BANDUNG KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
250gm tepung gandum
300gm gula
2 sudu teh ovallate
1 sudu teh baking powder
250ml santan
Pewarna pink secukupnya
2 sudu teh kordial air sirap
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Kacang merah secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kukusan. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, Kordial air sirap, kacang merah dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
3. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
4. Masukkan adunan yang telah dimasak tadi dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
5. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. Sedia dinikmati.
Info chef: Letakkan sedikit kelapa dan kacang merah untuk lebih menarik.
The post 5 Resipi Kuih Melayu Dengan Olahan Baru, Sesuai Minum Petang appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/06/5-resipi-kuih-melayu-dengan-olahan-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memang Gebu Kek Nestum Viral Ni Sesuai Untuk Minum Petang

Memang Gebu Kek Nestum Viral Ni Sesuai Untuk Minum Petang

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 158 hits
Biasanya kita buat biskut raya dengan nestum kali ini kita buat kek pula Resipi kek nestum gebu viral ni dikongsi oleh Lieyaa Homemade Rasanya betul betul sedap dan rasa lemak lemaknya pada nestum yang digunakan Boleh dihidangkan untuk minu...
Resipi Brownies Bite Comel Saiz Mini Kacau Sampai Larut Baru Kedut Cantik

Resipi Brownies Bite Comel Saiz Mini Kacau Sampai Larut Baru Kedut Cantik

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 145 hits
Brownies biasa sememangnya cukup digemari anak anak inikan pula brownies bersaiz mini Lagi senang anak nak makan Resipi mudah perkongsian ini memang senang Paling menarik siap tip untuk nampak berkedut cantik Jom cuba Saja try buat biasa or...
Baru Nak Belajar Buat Karipap Ini Resipi A Sampai Z Karipap Gerenti Jadi

Baru Nak Belajar Buat Karipap Ini Resipi A Sampai Z Karipap Gerenti Jadi

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 181 hits
Nak buat karipap yang sempurna dari kulit sampai ke inti ni mudah sahaja kalau guna teknik dan resipi yang tepat Resipi yang dikongsikan oleh di Facebook ni memang confirm menjadi uoolsss dari kulit karipap sehingga inti yang sempurna rasan...
5 Resipi Petua Tip Cara Hasilkan Kuih Pau Yang Gebu Lembut

5 Resipi Petua Tip Cara Hasilkan Kuih Pau Yang Gebu Lembut

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 296 hits
Kuih pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis diuli dan dibentuk bulat serta mempunyai inti di dalam Pelbagai jenis yang ada seperti daging isi ayam coklat mentega kacang kacang merah dan banyak lagi Namun untuk men...
Resipi Kuih Nagasari Yang Sedap Dan Pasti Menjadi Walaupun Pertama Kali Buat

Resipi Kuih Nagasari Yang Sedap Dan Pasti Menjadi Walaupun Pertama Kali Buat

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 226 hits
Kuih Nagasari ni kuih tradisional dulu nenek admin suka buat kuih ni sebab sangat mudah cara penyediaannya bahan pun murah je yang paling penting kena cari daun pisang Ada juga resipi yang terus tuang dalam loyang tapi admin lagi suka yang ...
Mat Sabu Pejuang Melayu Jadi Broker Tanah Melayu Di Kg Sungai Baru Kual

Mat Sabu Pejuang Melayu Jadi Broker Tanah Melayu Di Kg Sungai Baru Kual

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 545 hits
Himpunan Solidariti Bersama Penduduk Kampung Sungai Baru di Masjid Jamek Kuala Lumpur aaaaa masa ni la para broker nak cari makan Melayu tipu Melayu kemudian hidup Melayu Pejuang agama dan bangsa mula menikus diam walaun yang dulunya hentam...
Resipi Kuih Akok Kedut Kelantan Yang Sedap Lembut Lemak

Resipi Kuih Akok Kedut Kelantan Yang Sedap Lembut Lemak

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 422 hits
Teringin nak makan Akok Kelantan homemade yang sedap lembut dan panas Ha Cubalah buat sendiri dengan resipi perkongsian saudari Sitisarah Hamid ni Mudah je Paling istimewa sebab boleh bakar guna mesin kek cawan je Tak perlu guna arang pun N...
Tiket Penerbangan Tidak Wujud Pemilik Agensi Didenda Rm3 000

Tiket Penerbangan Tidak Wujud Pemilik Agensi Didenda Rm3 000

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 469 hits
PEMILIK syarikat agensi pelancongan didenda RM3 000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana memperdayakan seorang wanita warga tempatan untuk mendapatkan tiket penerbangan ke Korea Selatan membabitkan kerugian RM10 200 Majistre...
Hiburan Saya Baru Lepas Muntah Lelaki Dakwa Pelayan Suruh Minum Air Paip Enggan Beri Air Kosong Free

Hiburan Saya Baru Lepas Muntah Lelaki Dakwa Pelayan Suruh Minum Air Paip Enggan Beri Air Kosong Free

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 165 hits
Baru baru ini tular di platform media sosial luahan seorang pelanggan berkongsikan pengalamannya yang mendakwa mendapat layanan teruk dari sebuah restoran yang terletak di ibu kota Melalui yang dibuat oleh seorang lelaki berbangsa Cina dia ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba