5 Remaja Ini Cipta Resipi Kreatif Berjaya Curi Perhatian Juri
Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah MAGGI®️ kembali lagi buat ulang tahun ke 25. Bertemakan ANDA & MAGGI®️ Sajikan Kelainan untuk Inspirasi Harian. Cabaran program tahun ini akan diadakan secara maya seiring dengan norma baharu kehidupan.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bermatlamat untuk memupuk minat memasak di kalangan pelajar sekolah di samping meningkatkan kesedaran tentang pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.
Seramai lima pemenang dipilih bagi pertandingan ini. Kelima mereka sangat kreatif dalam mencipta makanan. Tahniah diucapkan buat semua pemenang.
Rafidah Fitri Hamidzol
15 tahun, SMK Syed Alwi, Perlis (Pemenang Hadiah Utama)
Rafidah suka mencipta resipi baharu dan meneroka bahan-bahan unik di dalam masakannya. Kemahiran memasak saya bertambah baik berkat bimbingan ibu saya. Resipi Nasi Ulam dan Sate Lilit Ikan Tilapia ini hasil inspirasi masakan nenek saya dan bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya diperoleh dari tanaman yang saya usahakan di sekitar rumah. Saya berharap resipi yang kreatif ini dapat memperkenalkan kembali masakan tradisional yang senang disediakan serta membawa khasiat terutamanya kepada golongan muda di Malaysia.
Muhammad Faaris Salihin Mohd Firdaus
13 tahun, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
Selepas ketiadaan ibu, sayalah yang bertanggungjawab untuk menyediakan masakan untuk ayah dan adik-adik di rumah. Hasrat saya adalah untuk mengukir lebih banyak senyuman dengan air tangan saya sendiri. Kemahiran memasak Faaris dipelajari sendiri dan dia suka mencipta resipinya sendiri. Resipi Udang Sos Padang ini diinspirasikan oleh masakan Padang yang lazat dan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi untuk pemakanan keluarga yang seimbang.Antara bahan yang digunakan ialah Lada Benggala, Tomato serta udang. Sos Tiram MAGGI®️ dan MAGGI®️ CukupRasa adalah dua produk wajib yang digunakan di dalam hidangan ini. Cita-cita saya ialah menjadi seorang jurutera IT dan ingin membangunkan aplikasi yang memfokuskan kepada resipi sihat dan seimbang yang mampu memberi inspirasi kepada gaya hidup lebih sihat dalam kalangan generasi muda.
Nursyafiqah Mohd Azmi
14 tahun, SMK Intan Perdana, Negeri Sembilan
Nursyafiqah berkongsi bahawa ibunya adalah suri teladan (role model) yang memberi inspirasi dalam masakannya. Malah, ibunyalah yang mencetuskan idea untuk resipi telur gulung Korea (Korean Egg Roll) yang kemudiannya menjadi hidangan kemenangannya dalam Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®️ 2021. Di dalamnya mengandungi ayam, nasi, sayur-sayuran, keju dan telur yang diperisakan dengan MAGGI®️ CukupRasa. Gabungan bahan-bahan ini menghasilkan sebuah hidangan seimbang yang lengkap, dibungkus dalam gulungan yang ringkas dan mudah dimakan.
Sejak kecil lagi, saya memang minat memasak terutamanya menyediakan pencuci mulut atau roti. Saya harap saya akan dapat mencapai cita-cita saya untuk membuka sebuah bakeri. Sepanjang tempoh pertandingan ini, saya menghadapi pelbagai cabaran dan hampir berputus asa. Namun begitu, sokongan dan semangat dari keluarga saya telah memberi dorongan kepada saya untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan!
Yap Mei Wei
13 tahun, SMJK Katholik, Selangor
Yap Mei Wei pada mulanya sangat bimbang untuk belajar memasak. Ketakutannya bermula selepas beberapa kali mengalami kemalangan ketika memasak di rumah seperti kecederaan akibat minyak panas dan air panas. Sejak itu, dia telah berhenti memasak selama beberapa tahun.
Apabila pandemik COVID-19 melanda Malaysia tahun lepas, ketika penutupan dan sekatan (lockdown) Mei Wei mula meneroka resipi-resipi baharu di Internet dan itu memberinya dorongan untuk memasak semula,
Saya memilih Nasi Goreng Rainbow kerana saya ingin menghidangkan kepada keluarga saya masakan yang boleh memberi kita harapan, terutamanya dalam menghadapi pandemik ini. Kepada saya, pelangi melambangkan harapan, kegembiraan dan kejayaan! Masakan saya mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni untuk pemakanan yang seimbang. Saya menggunakan MAGGI®️ CukupRasa dalam hidangan kerana ia meningkatkan rasa hidangan.
Jaymee Ong Miin Li
15 tahun, SMJK Heng Ee, Pulau Pinang
Masakan ibu menjadi inspirasi utama dan pencetus minat saya dalam bidang masakan. Melalui pertandingan ini, saya banyak mempelajari tentang pemakanan sihat yang boleh saya amalkan di dalam masakan saya.
Resipi Sarang Burung melambangkan sebuah ikatan antara keluarga dan saya percaya melalui pemakanan yang seimbang, kita dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Dalam kebanyakan hidangan saya menggunakan produk MAGGI®️ seperti Kiub Stok Ayam dan Sos Tiram MAGGI®️ kerana ia menyedapkan rasa masakan.
Diharapkan pertandingan seumpama ini dapat memupuk minat memasak di kalangan pelajar sekolah di samping meningkatkan kesedaran tentang pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.
Kenali pemenang-pemenang Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah MAGGI®️ dan resipi kemenangan mereka di https://www.maggi.my/ms/memupuk-generasi-muda/pertandingan-memasak-MAGGI-2021/
The post 5 Remaja Ini Cipta Resipi Kreatif & Berjaya Curi Perhatian Juri appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/12/5-remaja-ini-cipta-resipi-kreatif.html