5 Petua Cepat Hilangkan Sakit Kepala Dan Migrain Tanpa Ubat Di Rumah
Jom cuba petua cepat dengan menggunakan bahan yang ada di rumah bagi menghilangkan sakit kepala atau migrain tanpa mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol atau panadol.
1. Asam Jawa & Santan
Bahan paling mudah didapati iaitu santan dan asam jawa. Tapis perahan asam dan campurkan bersama santan.
Lumurkan ke seluruh kepala, bungkus dengan tuala dan biarkan seketika. Lagipun santan kelapa ni memang bagus untuk rambut kan?
Selepas beberapa minit, bilaskan rambut dengan air atau syampu. Mudah-mudahan sakit kepala berkurang dan dapatlah juga khasiat untuk rambut sekali. 2-in-1 gitu😁
2. Halia
Gunakan hirisan halia atau serbuk halia untuk buat teh dan diminum. Boleh buang angin sekali!. Cara nye masuk 1 atau 2 hiris halia bersama 2 cawan air.
Biar mendidih dan jadikan 1 cawan air. Tunggu suam dan terus minum.
3. Minum Air Kosong
Bila seharian sibuk, mungkin kita tak perasan yang kita kurang minum air kosong. Antara kesan kurang minum air adalah dehidrasi dan ini boleh menjadi punca sakit kepala.
Air kosong dapat melancarkan pengaliran darah dan sekaligus membantu proses pengangkutan oksigen kepada tubuh.
Secara tak langsung, badan akan berasa lebih segar dan sihat. Jadi, pastikan anda minum air secukupnya setiap hari ya.
4. Limau Kasturi
Antara petua orang lama ialah dengan menggunakan limau kasturi pada kepala. Belah dua, kemudian perah limau kasturi atas kepala sambil ramas-ramaskan rambut.
Picitkan sedikit pada bahagian kepala yang rasa sakit.
Bila selesai, gunakan kulit limau tadi dan masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih untuk dijiruskan atas kepala.
Insha Allah terasa ringan sikit kepala. Wangi pun wangi!
5. Daun Bunga Raya
Daun bunga raya memang terkenal sebagai petua sakit kepala oleh orang kampung sejak dulu lagi.
Caranya, ramas beberapa helai daun bunga raya bersama sedikit air sehingga ia mengeluarkan lendir.
Lepas tu, lumur dan ratakan atas kepala. Rasa lega dan sejuk je kepala nanti.
Petua dan tips mudah daripada Kak Ya Leha Yusuf
#petua_simple
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://gerobokpetua.blogspot.com/2024/02/5-petua-cepat-hilangkan-sakit-kepala.html