5 Perkara Najib Perlu Lakukan Sekarang


Melihat pada keadaan yang berlaku di negara kita sekarang, adalah penting sekiranya kita lihat semula kuasa yang berkaitan dengan Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana sikap terhadap kuasa ini adalah perkara utama dalam kontroversi yang melanda negara kita pada masa ini.


Tidak ramai yang tahu bahawa Perdana Menteri pertama kita, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri untuk tempoh tiga bulan pada 1959 kerana ingin memperkukuhkan partinya, iaitu Perikatan, sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Persekutuan selepas parti berkenaan tewas di dua negeri, Kelantan dan Terengganu, dalam Pilihan Raya Negeri yang ketika itu diadakan sebelum pilihan raya di peringkat pusat.

Kesediaan Tunku untuk berundur adalah satu tindakan luar biasa dan ia menunjukkan bahawa beliau tidak mementingkan kedudukannya.

Tunku menegaskan bahawa adalah salah baginya untuk terus menerima ganjaran sebagai Perdana Menteri ketika sedang memberi tumpuan kepada tugas-tugas parti.

Beberapa tahun kemudian, berikutan kekalahan Perikatan dalam Pilihanraya Umum 1969, yang diikuti dengan kritikan yang semakin memuncak berhubung kepimpinannya, Tunku memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, parti utama dalam Perikatan.

Beliau memilih untuk tidak terus memegang pada kuasa.

Pengganti Tunku, Tun Abdul Razak, berkuasa penuh selaku Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran), yang ditubuhkan untuk memulihkan keadaan berikutan rusuhan kaum 13 Mei.

Tanpa meneruskan kuasa di bawah pemerintahan Mageran – di mana beliau boleh lakukan – Razak dan pemimpin lain berjaya memulihkan pemerintahan demokrasi berparlimen.

Ternyata bahawa Razak lebih cenderung kepada kuasa demokratik walaupun kuasa itu lebih terhad berbanding dengan kuasa besar di bawah pemerintahan mutlak.

Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn, memerintah selama lebih lima tahun dan terpaksa berundur berikutan masalah kesihatan. Kesediaannya untuk berundur difahami dan disanjungi oleh rakyat.

Berbanding Perdana Menteri sebelumnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bagaimanapun memerintah lebih lama.

Beliau menjadi Perdana Menteri untuk tempoh selama 22 tahun, namun beliau juga melepaskan jawatannya dengan rela hati. Penyerahan kuasa kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dilakukan dengan lancar.

Abdullah berkhidmat hanya selama lima tahun, empat bulan. Kegagalan Barisan Nasional yang memerintah untuk mengekalkan majoriti di Parlimen dan kekalahan di lima negeri menyebabkan agak sukar bagi Abdullah meneruskan pemerintahan sebagai Perdana Menteri.

Lalu beliau memilih untuk melepaskan jawatan yang tertinggi itu dengan cara yang terhormat. Ketika berkuasa, beliau mewujudkan lebih banyak ruang untuk rakyat menyuarakan perbezaan pendapat dan ini dipermudahkan oleh media baru.

Dalam demokrasi, perbezaan pendapat sememangnya dibenarkan.

Penggantinya, Datuk Seri Najib Razak melakukan beberapa reformasi demokrasi menerusi Akta Perhimpunan Aman dan meminda Akta Penerbitan dan Percetakan serta Akta Universiti Kolej Universiti.

Beliau juga melakukan apa yang perdana menteri sebelumnya tidak berani melakukan. Beliau memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan peruntukan untuk menahan tanpa perbicaraan dan beberapa peruntukan Darurat yang lain pada September 2011.

Dengan melakukannya, beliau mengurangkan kuasa eksekutif untuk mendominasi dan mengawal rakyat. Najib dilihat sebagai bertindak untuk mengurangkan kuasa besar yang ada padanya.

Namun dalam tempoh beberapa bulan yang lepas berikutan kontroversi besar yang berkaitan integriti dan kejujuran, Najib mempamerkan sikap bahawa beliau akan terus memegang kuasa yang ada padanya tidak kira apa yang berlaku.

Ketika beliau sepatutnya memudahkan usaha serta mempercepatkan penyiasatan mengenai 1MDB, sebaliknya beliau menggugurkan dua rakan Kabinetnya – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri, Datuk Seri Shafie Apdal – berikutan suara mereka yang paling kuat dalam menuntut Kabinet menunaikan janji untuk mendedahkan kepada umum cerita sebenar mengenai 1MDB.

Najib dan penyokongnya juga menganggu tugas beberapa agensi yang diamanahkan untuk mendedahkan operasi syarikat milik kerajaan itu, dengan memecat bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail; memindahkan dan mengancam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); menyiasat kakitangan Bank Negara; dan melumpuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) dengan melantik empat daripada anggotanya sebagai menteri dan timbalan menteri.

Apa yang lebih menimbulkan kemarahan sebahagian besar rakyat adalah ketidakmampuannya untuk memberi penjelasan sejujur mungkin mengenai wang tunai berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya pada 2013.

Beberapa cubaan lucu oleh rakan-rakan Perdana Menteri bagi mewajarkan kemasukan jumlah sebesar itu ke akaunnya sebagai derma yang digunakan untuk Umno dan BN atau sebagai penghargaan terhadap dasar-dasar kerajaan Malaysia daripada keluarga kaya tertentu di negara Arab telah menyebabkan kredibilitinya terjejas.

Ternyata bahawa kredibiliti Najib kini semakin tercalar. Keyakinan rakyat terhadapnya sudah sampai ke tahap paling rendah. Terdapat jurang keyakinan yang besar di antara beliau dan orang ramai.

Justeru, bagi memulihkan keyakinan rakyat beliau sepatutnya:
Bersikap jujur dan terbuka mengenai kedua-dua 1MDB – di mana beliau menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya – dan wang yang berada di dalam akaunnya. Sebilangan orang sudah pun membuat gesaan ini beberapa kali.Menyeru dengan secara terbuka agar Ketua Audit Negara menyelesaikan penyiasatan secepat mungkin dan tidak menunggu sehingga Disember.Membolehkan PAC meneruskan tugasnya dengan serta-merta dengan mengisikan kekosongan dalam jawatankuasa itu tanpa berlengah lagi.Memberi sokongan sepenuhnya kepada pegawai SPRM dalam menyiapkan siasatan tanpa takut atau menyebelahi mana-mana pihak.Mengisytiharkan dengan terbuka bahawa memandangkan Bank Negara telah menyerahkan hasil penyiasatannya kepada Peguam Negara dan berharap agar beliau bertindak ke atas perakuannya, Peguam Negara hendaklah bertindak dengan kadar segera. Peguam Negara hendaklah juga bertindak dengan berani berdasarkan perakuan SPRM dan PAC apabila tiba masanya.
Sekiranya Perdana Menteri tidak bertindak secara jujur dan berintegriti dan keadaan menjadi semakin teruk dengan kesan yang melanda ekonomi dan politik, gesaan agar beliau meletakkan jawatan yang kini pun sudah semakin kuat didengar dijangka menjadi bertambah kuat lagi tidak lama lagi.

Oleh: Dr Chandra Muzaffar

*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan blog ini.

BACA INI JUGA: Pakatan Misteri Disebalik Sumbangan RM2.6 Bilion?Penyamun Yang Tidak Mengaku Mencuri Belum Tentu Tak Bersalah!
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2015/08/5-perkara-najib-perlu-lakukan-sekarang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Perkara Yang Harus Anda Lakukan Sebelum Menjelang Ramadhan

7 Perkara Yang Harus Anda Lakukan Sebelum Menjelang Ramadhan

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 190 hits
Tanpa kita sedar hanya kurang dari dua minggu lagi seluruh umat islam bakal menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan Bulan mulia di mana segala amalan akan menjadi ibadah dan tentunya berbaloi dengan pahala
Rafizi Hentam Najib Yang Sekarang Sedang Melobi Kerajaan Bailout Suntik Modal Menyelamatkan Sapura

Rafizi Hentam Najib Yang Sekarang Sedang Melobi Kerajaan Bailout Suntik Modal Menyelamatkan Sapura

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 262 hits
Satu masa dulu sewaktu Anwar jadi Timbalan Kepada Mahathir perkara sama berlaku kepada syarikat anak Mahathir Rugi 2 bilion syarikat perkapalan itu diselamatkan dengan mengunakan kuasa bapak dia Tak cukop dengan PEWAJA Bank Bumiputra yang d...
Tiada Masalah Jika Nak Berpuasa Tapi Pesakit Diabetes Disarankan Lakukan 4 Perkara Ini

Tiada Masalah Jika Nak Berpuasa Tapi Pesakit Diabetes Disarankan Lakukan 4 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 151 hits
Tiada Masalah Jika Nak Berpuasa Tapi Pesakit Diabetes Disarankan Lakukan 4 Perkara Ini BAGI pesakit diabetes faktor pemakanan yang teratur sangat penting untuk menjaga kestabilan gula dalam darah Bagaimanapun ketika bulan Ramadan pesakit be...
Kejap Najib Cakap Dia Tak Hadir Sebab Ada Di Mahkamah Sampai Petang

Kejap Najib Cakap Dia Tak Hadir Sebab Ada Di Mahkamah Sampai Petang

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 228 hits
FAHMI FADZILKejap cakap tak undi sebab dia fikir SOSMA sudah dimansuhkan Ramai sangat admin Najib ni dah tak konsisten Tapi Nazri Aziz kata semua Ahli Parlimen BN ada diberi mesej WhatsApp suruh standby undi usul SOSMA Nak tanya THE REAL Na...
Kuat Bohong Najib Nih

Kuat Bohong Najib Nih

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 206 hits
Bukti yang dikemukakan oleh Schwartz bercanggah dengan dakwaan Najib Razak pada 2018 bahawa berlian merah jambu itu adalah hadiah dari UAE Dapatkan berita terkini di Telegram
Usul K Jaan Lulus Jika Najib Zahid Hadir Semalam Fahmi

Usul K Jaan Lulus Jika Najib Zahid Hadir Semalam Fahmi

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 207 hits
malaysiakini comUmno meletakkan kegagalan kerajaan meluluskan rang undang undang mengenai Akta Kesalahan Keselamatan kepada pembangkang dengan mendakwa Pakatan Harapan melanggar perjanjian mereka dengan Putrajaya Bagaimanapun ahli parlimen ...
Src Obtains Mareva Injunction Against Najib For Rm42 Million

Src Obtains Mareva Injunction Against Najib For Rm42 Million

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 282 hits
SRC International Sdn Bhd and one of its subsidiaries have obtained a Mareva injunction from the High Court in Kuala Lumpur to prevent former prime minister Najib Abdul Razak from transferring or dissipating of any his assets amounting to R...
Najib Denies Saying Apa Lagi Cina Mahu Almost A Decade Later

Najib Denies Saying Apa Lagi Cina Mahu Almost A Decade Later

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 179 hits
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak has denied ever saying apa lagi Cina mahu after the 2013 general election almost a decade ago He said the phrase on the front page of a Malay language daily was used as a propaganda tool by DAP b...
Apa Faedah Najib Bela Sapura Banyak Syarikat Lain Merana

Apa Faedah Najib Bela Sapura Banyak Syarikat Lain Merana

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 211 hits
Apa faedah Najib bela Sapura banyak syarikat lain merana Posted By on March 25 2022Pembelaan berterusan bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak ke atas syarikat Sapura Energy Berhad menimbulkan pelbagai tanda tanya di tengah tengah ribua...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain