5 Perkara Mudah Tapi Komitmen Tinggi Untuk Azam Tahun Baru
5 PERKARA MUDAH TAPI PERLUKAN KOMITMEN UNTUK AZAM TAHUN BARU
Selamat Tahun Baru 2021 Semua!!
Tahun 2021 ini walaupun tidak terasa disebabkan oleh Pandemik Global Corona Virus Disease 2019 (CoViD-19) semua jadi terbatas dari segi sambutan mahupun perasaan. Ada di sesetengah kawasan kembali Zon Merah dengan PKPB sehingga 14 Januari 2021. Seluruh negara pula di bawah PKPP sehingga 31 Mac 2021. Perubahan Tahun baru hanyalah perubahan tarikh pada kalendar; Keluarga, kawan-kawan, kerja, gaji masih tahap yang sama.
Setiap kali tahun baru, setiap orang akan tanamkan azam baru, buka buku baru, bermula episod baru. Jadi, macam mana komitmen seseorang untuk bertahan pada 'azam baru' ini termasuklah diri saya sendiri yang cuba untuk kekalkan momentum 'azam baru' ini.
1. SENTIASA CATAT/REKOD
Untuk hari pertama Tahun Baru 2021 ini, cuba catat dan rekodkan beberapa perkara yang ingin dipantau dan ada nampak perubahan. Macam saya akan cuba rekodkan perbelanjaan harian (apa sahaja nilai yang melibatkan duit) supaya dapat pantau pengeluaran keluar-masuk duit. Lagi-lagi setiap tahun kena hantar untuk Cukai Pendapatan dan Zakat Pendapatan. Manalah tahu akan dapat rebat/ pengecualian cukai, Rekodkan juga berat & tinggi diri sendiri dan anak-anak, saya ada beli satu Jenis Penimbang yang boleh sambung kepada Aplikasi Android melalui Bluetooth, jadi boleh pantau BMI, Fat, Muscle, Water, Visceral fat, Bone Mass, Metabolism, Protein, Obesity, Body age. Saya juga ada beli Meter untuk pantau Kolestrol dan Asid Urik badan yang memang lebih dari Normal. Jadi, pemantauan pada awal tahun boleh dijadikan sebagai kayu ukur walaupun rasa dah terlambat untuk tahun 2020 tapi bak kata pepatah Inggeris "Better Late Than Never"
2. SUSUN ATUR KEMAS
Rumah atau Pejabat, kedua-duanya perlu kemas sebab dua tempat ini sahaja kehidupan kita. Pejabat tempat mencari rezeki; rumah tempat memberi rezeki. Rezeki duit, rezeki anak, rezeki keluarga. Walaupun sentiasa bersepah, tapi jangan lupa kemas ya. Bak kata orang bertanya,"Kenapa perlu kemas kalau akan bersepah lagi?" Sama juga dengan soalan dijawab dengan soalan,"Kenapa Perlu flush toilet walaupun tahu akan 'membuang; lagi?"
3. BERJIMAT
Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang kena perlu berjimat-cermat Level Pandemik (maksudnya sangat berhati-hati jangan sampai ketagih membeli belah mengikut nafsu, kena bertanya beberapa kali pada akal juga). Untuk perkara berjimat, saya cadangkan untuk beli barang yang diingini secara
(1) Dalam talian (seperti Shopee, Lazada). Kerana ada barang yang lebih murah dah berbaloi berbanding kedai fizikal. Biasanya Kedai Online ada banyak stok, jadi harga lebih murah. Shopee/Lazada juga ada juga Baucer-baucer yang boleh dituntut jadi boleh tolak dengan harga belian kita. saya fikirkan Kos Pos vs Kos Minyak Petrol kenderaan. Saya rasa korang boleh kira matematik mudah Kos Pos dalam RM5 berbanding harga minyak petrol pergi balik kedai, kos tol, kos minyak petrol jika Kedai A tiada barang dicari, perlu pergi ke Kedai B yang belum tentu ada.
(2) Sekarang dengan ada Kedai murah dan berbaloi seperti EcoShop RM2.10, MrDIY atau Ninso ada banyak barang yang berbaloi dengan harga. Contohnya: Barang A di EcoShop dan Ninso RM2.10. DI MrDIY mungkin berbeza sikit dalam RM2.50. Beli dalam talian mungkin bawah RM2.00 tapi perlukan caj Pos. Jadi, bijaklah berbelanja.
4. BERSEDEKAH DAN BERZAKAT
Insya-Allah boleh jadikan amalan bulanan kita. Seperti kata pujangga,"Dalam Harta kita, terselit harta orang lain.". Berzakat merupakan Rukun Islam yang ke-4. Cubalah berzakat dengan pendapatan yang kita perolehi, Cuma 2.5% sahaja dari pendapatan kita. Boleh cuba buat pengiraan Zakat pendapatan mengikut keperluan kita bagi orang Islam. Jika bukan Islam boleh cuba bersedekah/ derma kepada yang memerlukan. Apabila kita menderma, bersedekah atau berzakat, tak perlu kita pertikaikan ke mana hasil itu disalurkan kerana mungkin akan sedikit terguris keikhlasan kita.
5. SOSIAL MEDIA
Bagi seorang introvert yang kurang terdedah dengan dunia luar, kurang melepak di kedai-kedai tanpa tujuan dan di anggap anti-sosial, Sosial Media merupakan satu Dunia di hujung jari yang dengan mudah seorang Introvert mencipta Dunia. Bagi saya, Dunia Maya adalah satu tempat meninggalkan jejak dan boleh diakses selagi talian internet dan website berkenaan masih wujud. Dengan teknologi masa sekarang, internet hampir satu keperluan untuk banyak perkara dan meluaskan ilmu pengetahuan dan 'travel' secara dalam talian.
Kita berharap Tahun 2021 ini lebih baik dari Tahun-tahun sebelumnya. Semoga Pandemik ini berkurang sehingga Vaksin COVID-19 disahkan selamat dan ekonomi semakin stabil. Duit mungkin tidak boleh beli masa, tapi dengan duit kita dapat menjimatkan masa; contohnya: Kita dapat meluangkan masa di rumah bersama keluarga sambil tempah makanan dengan FoodPanda, GrabFood yang buat kerja tempahan, beratur di kaunter makanan dan menghantar makanan untuk kita. Daripada situ kita telah dapat makan dan meluangkan masa dengan keluarga. Semoga Tahun 2021 menjadi titik perubahan untuk kita semua. Ingatlah..Biarkan terlambat dari tidak melakukan apa-apa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ismiqbal.com/2021/01/azam%20tahun%20baru.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Ismiqbal-Introvert+(Ismiqbal+:+An+Introvert+Dad)