5 Perkara Menarik Pada Google Pixel 4


Malam tadi Google akhirnya telah melancarkan Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL secara rasmi. Pixel 4 adalah antara peranti yang paling teruk tertiris, yang mana segala informasi dan butiran mengenai peranti ini telah pun diketahui. Oleh yang demikian, apabila melihat acara Made by Google melancarkan Pixel 4 – tiada faktor yang membuatkan kami di Amanz teruja. Akan tetapi, itu tidak bermakna yang peranti ini tidak hebat. Ia masing mempunyai beberapa fungsi dan ciri yang hebat.

Pixel 4 dan Pixel 4 Xl kedua-duanya adalah sama, kecuali saiz skrin, resolusi dan bateri. Ia dijana cip Snapdragon 855, memori 6GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB, dwi-kamera, Face Unlock sepenuhnya dan menjalankan Android asli sebenar – Android 10. Jadi dalam artikel ini, akan kami kongsi lima perkara menarik mengenai peranti ini.
1. Sistem Sekuriti “Face Unlock”
Pixel 4 akhirnya menjadi peranti Android pertama yang menggunakan sistem sekuriti pengecaman wajah penuh. Peranti-peranti Android lain, masing bergantung kepada pengimbas cap jari lagi dan langkah Google ini adalah serupa dengan Apple, melalui peranti iPhone X dan ke atas. Google mendakwa yang fungsi “Face Unlock” mereka adalah yang paling pantas setakat ini. Atas percubaan sendiri, kami dapat sahkan yang dakwaan Google adalah benar. Ia bukan sahaja pantas, tetapi turut lebih mudah untuk digunakan.
2. Skrin “90Hz” & Ambient EQ
Peranti yang dihasilkan oleh Made by Google ini adalah yang pertama menyokong skrin dengan kadar segar semula 90Hz. Nampaknya Google tidak ingin ketinggalan di belakang dengan teknologi skrin. OnePlus sudah empat peranti menggunakan skrin seperti ini, manakala peranti permua seperti Razer dan ROG Phone pula sudah menyokong sehingga 120Hz. Bukan itu sahaja, skrin OLED yang digunakan pada Pixel 4 pula mempunyai sokongan Ambient EQ. Ia adalah jawapan Google kepada Apple True Tone Display. Google menggunakan sensor dan juga kecerdasan buatan untuk menetapkan tona skrin mengikut keadaan yang sesuai.
3. Kamera GCam Yang Lebih Pintar
Sebut sahaja Pixel, orang akan kenal dengan kemampuan kamera yang hebat. Ramai gemari peranti Pixel ini kerana kepintarannya, kehebatannya, perisiannya yang mampu mengambil gambar hebat walaupun hanya mempunyai satu lensa. Kini pada Pixel 4, peranti ini baru menggunakan dwi-lensa dan tiada sokongan sudut ultra lebar. Google mengatakan yang telefoto adalah lebih penting. Google memperkenalkan kawalan “manual” melalui kawalan dwi-exposure Live HDR+, tetapan white balance yang sentiasa belajar, mod bokeh yang lebih lebar dan sokongan Night Sight dengan kemampuan astrofotografi.
4. Mengawal Peranti Seakan Seorang Jedi
Jika LG hadir dengan LG G8 ThinQ yang mempunyai sokongan kawalan gestur atas udara, Google juga ingin “meniru”. Fungsi kawalan gestur atas udara Google Pixel 4 ini menggunakan sensor radar Soli. Ia dinamakan sebagai fungsi Motion Sense dan sensor ini turut membantu Face Unlock berfungsi. Apa yang menarik dengan Motion Sense adalah, pengguna boleh mengawal peranti sebagai seorang Jedi dan ia amat lancar. Dalam video yang Google tayangkan malam tadi – Pixel 4 akan ketahui terlebih dahulu gestur apa yang pengguna ingin lakukan sebelum ia benar-benar berfungsi.
5. Aplikasi Perakam Suara Futuristik
Banyak peranti Android lain sudah pun mempunyai aplikasi perakam suara terbina. Tetapi jika anda perasan, peranti Pixel langsung tidak menyertakannya. Pada Pixel 4, akhirnya aplikasi perakam suara ini terbina. Tetapi ia bukan sekadar aplikasi merakam suara yang biasa, ia hadir dengan fungsi pintar yang boleh mengecam suara pengguna dan mentranskripsi kepada teks. Tidak cukup dengan itu, fungsi ini juga berfungsi tanpa sambungan kepada Internet dan pengguna boleh mencari bahagian audio yang spesifik dengan menaip sahaja. Fail juga akan disimpan dalam kedua-dua format audio dan teks.
Seperti yang kami katakan pada awal artikel, Pixel 4 tidak mempunyai faktor yang “wow”. Ini kerana 99% butiran peranti ini sudah diketahui awal sejak dua minggu sehingga sebulan lepas lagi. Namun, fungsi-fungsi dan ciri-ciri menarik yang Google tawarkan masih menggembirakan hati peminat Pixel. Lebih-lebih lagi aplikasi perakam suara dan kamera yang lebih dahsyat.
Harga jualan Pixel 4 dan Pixel 4 XL sama sahaja dengan Pixel 3 dan 3 XL. Ia dijual pada harga dari sekitar RM3300 sehingga RM4200.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/10/5-perkara-menarik-pada-google-pixel-4.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skrin Google Pixel 4xl Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh Displaymate

Skrin Google Pixel 4xl Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh Displaymate

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 338 hits
OnePlus 7 Pro Samsung Galaxy S10 dan Galaxy Note 10 adalah tiga peranti yang telah ditabalkan sebagai peranti dengan skrin terbaik oleh DisplayMate Skor yang diberi adalah A Tetapi tiga peranti ini sudah lapuk dan lama kini giliran raja GCa...
Pixel 4 Dan Pixel 4 Xl Tidak Boleh Melakukan Sandaran Tanpa Had Ke Google Photos

Pixel 4 Dan Pixel 4 Xl Tidak Boleh Melakukan Sandaran Tanpa Had Ke Google Photos

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 305 hits
Antara sebab mengapa pengguna memilih peranti Pixel adalah kerana Google menawarkan sandaran gambar pada resolusi asal ke Google Photos ini telah ditawarkan sejak Google Pixel pertama dilancarkan pada tahun 2016 Berita buruk bagi mereka yan...
Pandang Pertama Google Pixel 4 Xl

Pandang Pertama Google Pixel 4 Xl

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 232 hits
Google Pixel merupakan telefon pintar yang dikeluarkan dan dipasarkan oleh Google sendiri dan terbaru mereka telah pun melancarkan Google Pixel 4 XL Pada video kali ini kami melihat secara ringkas pada telefon pintar terbaru daripada Google...
Ini Alasan Google Mengapa Pixel 4 Tidak Menyokong 5g

Ini Alasan Google Mengapa Pixel 4 Tidak Menyokong 5g

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 360 hits
Reading Time 1 minuteSatu lagi sebab mengapa anda tidak perlu miliki Pixel 4 Jika anda mengharapkan Pixel 4 telefon pintar terbaru Google menyokong teknologi 5G anda lupakan sahaja harapan tu Ini kerana telefon pintar terbaru Google itu tid...
Mingguan Amanz Realme X2 Pro Asus Rog Phone 2 Malaysia Google Pixel 4

Mingguan Amanz Realme X2 Pro Asus Rog Phone 2 Malaysia Google Pixel 4

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 337 hits
Minggu ini menyaksikan pelancaran sejumlah peranti baru untuk pasaran tempatan termasuk Oppo Reno2 Asus ROG Phone 2 dan juga Vivo Nex 3 dengan sokongan rangkaian 5G Selain itu pada peringkat global dua telefon pintar yang dinantikan ramai t...
Google Mengumumkan Pixel 4 Dan Pixel 4 Xl

Google Mengumumkan Pixel 4 Dan Pixel 4 Xl

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 396 hits
Secara rasminya Google bermula dengan bercakap mengenai cip radar Soli yang mana ia mengatakan membolehkan anda memberi arahan kepada telefon tanpa perlu menyentuh Kedua dua telefon mempunyai paparan OLED kadar refresh 90Hz yang bermaksud b...
Google Pixel 4 4 Xl Dilancarkan Secara Rasmi Dwi Kamera Snapdragon 855 Lebih Pintar

Google Pixel 4 4 Xl Dilancarkan Secara Rasmi Dwi Kamera Snapdragon 855 Lebih Pintar

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 420 hits
Google Pixel 4 XL adalah peranti yang paling teruk tertiris setakat ini Bukan sahaja dari segi spesifikasi malah fungsi dan ciri serta video pandang pertama dengan kualiti tinggi turut tersebar di Internet Bayangkan Google sendiri meniriska...
Spesifikasi Penuh Google Pixel 4 Dan Pixel 4 Xl Tertiris

Spesifikasi Penuh Google Pixel 4 Dan Pixel 4 Xl Tertiris

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 295 hits
Google akan mengadakan acara khas pada 15 Oktober ini untuk melancarkan beberapa peranti terkini mereka Namun begitu Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL adalah dua telefon pintar yang paling dinantikan kerana saban tahun ia dilihat sebagai perant...
Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Autoimmune Disease

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch

Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Kreativitas Ke Cuan Pelatihan Literasi Digital Yang Mendorong Munculnya Konten Kreator Kalbar Profesional

Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid