5 Penyebab Badan Terasa Lemah Ketika Bangun Pagi
Selalu tak korang rasa badan penat dan lemah semacam jer? Seakan tak ada stamina atau energi terutama bila bangun pagi?
Ketika badan terasa penat dan lemah, apa sahaja yang dilakukan sekalipun pekerjaan ringan akan terasa berat sehingga menjadi tertangguh atau lambat untuk diselesaikan.Kalau sis la kan, bila badan penat dan lemah, mulalah tak ada mood nak buat apa.Tak semena-mena juga penyakit malas tu datang. Ikutkan hati rasa nak bergolek di atas katil sahaja sepanjang hari
Sebenarnya tanpa kita sedar (atau saja jer buat-buat tak tahu), ada beberapa perkara yang menjadi penyebab atau punca utama permasalah tersebut. Nak tahu? Okay, berikut beberapa penyebabnya yang telah sis kenalpasti. Whoa! Giteww…
1.Tidak Cukup Tidur
Sebab apa kita jadi tak cukup tidur? Adakah kerana tuntutan kerja? Atau kita yang terlalu asyik di dunia maya sehingga kita tidak sedar masa cepat berlalu dan waktu tidur kita juga sudah terganggu?
Bila kita kurang tidur pada malam hari sudah pasti ketika bangun pagi keesokan harinya, badan kita akan terasa penat dan lemah.
Jadi, sebaiknya matikan semua peralatan elektronik, baik komputer atau TV yang mampu merangsang otak supaya berjaga lebih lama. Jangan tak tahu, faktor kecerahan cahayanya itu mampu membuatkan mata kita jadi lebih segar.
Di samping itu, jangan usik atau matikan sahaja gajet, paling kurang satu sejam sebelum kita tidur. Boleh, tak? Hahaha…
2. DepresiDepresi atau tekanan boleh menjadi salah satu masalah yang akan membuatkan fizikal kita menjadi lebih cepat lemah dan letih.Apabila kita terlalu memikirkan sesuatu perkara, tak kiralah soal di pejabat, soal cinta atau masalah keluarga sekalipun adakalanya ia boleh membuatkan kita menjadi sukar untuk melelapkan mata
Untuk melegakan tekanan tersebut, apakata kita tulis atau catat segala keluh kesah yang mencengkam perasaan itu ke dalam sebuah buku catatan atau dairi.Sedikit sebanyak cara ini dapat membantu kita melegakan otak dan lebih tenang sebelum tidur
3.Banyak Minum Kafein
Tentu ramai di antara kita yang memang suka minum minuman berkafein.Sis pun suka tapi taklah over mana.Setakat gitu-gitu sahajalah sebab sis perasan, kalau sis minum minuman ini sebelah malam, tanggunglah azabnya. Memang susah nak lelapkan mata. Mahu jam 3 atau 4 pagi, baru dapat lelap
So, korang yang rasa minum minuman berkafein itu adalah salah satu punca susah nak tidur, eloklahberhenti daripada mengambilnya. Tak pun, minumlah lebih awal supaya tidak memberikan kesan sukar tidur di malam hari
4. Makan Makanan Pedas
Dulu sis tak percaya juga yang pengambilan makanan pedas pada waktu malam boleh menyebabkan perut kita rasa tak selesa.Sekali tu terkena, mak aiii… seksa juga. Masa baring tu sendawa bukan main lagi dan kerongkong pula rasa macam terbakar.
Dah la, perut terlalu kenyang he… hehe… hehe… Tak boleh tidur dibuatnya!Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini elakkan makan makanan pedas, elakkan makan lewat malam dan segala makanan yang boleh menganggu sistem penghadaman.
5. Kurang Darah (Anemia)Kurang darah atau anemia boleh menjadipunca badan cepat letih terutama bagi kaum wanita.
Sepanjang tempoh pengeluaran darah haid boleh menyebabkan kita kekurangan zat besi. Sel-sel darah merah sangat diperlukan tubuh kerana ia membawa oksigen ke jaringan dan organ.
Pastikan tubuh kita memenuhi keperluan vitamin pada setiap hari. Ambil makanan yang mengandungi zat besi seperti daging, makanan laut dan vitamin C (buah betik, strawberi, tomato, oren, limau).
Itulah beberapa penyebab badan terasa lemah ketika bangun tidur. Apa yang Sis perasan untuk diri sis sendiri, andaikata tidak bijak mengawal stress dan terlalu banyak berfikir sebelum tidur, memang jadi susah nak lelapkan mata yang mana akan membuatkan badan terasa lemah ketika bangun tidur di keesokan harinya.
Korang pula macam mana? Jangan lupa share ya.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2019/09/5-penyebab-badan-terasa-lemah-ketika.html