5 Part Schizophrenia Anxiety Disorder Narcissistic Avoidant Depression Tak Kan Kot


Kalau tanya aku benda-benda ni 2 tahun lepas satu haram pun aku tak tahu apa benda. Benda-benda ni adalah penyakit mental yang sering kita dengar ada dalam kalangan anak-anak muda zaman sekarang. Tak pernah aku sangka benda-benda ni semua terasa begitu dekat dengan aku sekarang. Entah di mana silapnya hingga ianya kini terasa ada dalam diri ini.
Tanda-tanda penyakit ni memang sudah ada dalam diri kita cuma benda-benda yang berlaku dalam hidup kita membuatkan ianya menjadi dominant. Bermula dengan tidak ingin mengambil tahu dan rasa tak mungkin kot ada dekat aku. Lama-lama korang akan sedar yang benda ini sedang ko alami.
Biasanya benda-benda macam ni susah untuk orang yang alami untuk bercerita dengan orang-orang disekeliling sebab salah satu simptom dia susah untuk percaya kat orang. Bila kita mula nak bercerita orang akan cakap ala ni lebih kepada mengada-ngada. Lebih teruk orang mungkin akan cakap ko gila. Hahah.
Jadi kita akan pendam atau luahkan dekat media sosial, tetapi zaman sekarang meluahkan dekat media sosial akan makin mengeruhkan keadaan. Sampai satu tahap ko sendiri pun tak berani untuk buka media social sendiri.
Part 1
Jika diingat balik ianya bermula dengan halusinasi pendengaran sahaja. Ko rasa dekat mana-mana ko pergi sentiasa ada dengar benda-benda yang tak jelas. Terutamanya pada waktu sunyi. Dulu bila aku nak tidur aku akan bukan kipas dan aircond kuat-kuat sebab ianya boleh menghalang dari aku dengar benda-benda tak sepatutnya.
Peringkat kedua ko akan nampak dan rasa. Ini kadang-kadang agak menyeramkan. Mula-mula aku ingat benda ni ada kaitan dengan saka atau benda-benda halus. Puas tanya family tak ada benda-benda macam ni. Termasuklah jumpa ustaz bagai. Memang tak ada. Jadi dekat situ aku tahu ianya diri aku yang masalah.
Bermula di sini aku mula mengalami masalah tidur. Puas aku berusaha untuk selesaikan tapi makin lama makin teruk masalah tidur. Ada juga aku niat nak cerita pasal ini tapi macam biasa kang orang cakap aku ambil dadah pulak.
Alhamdulillah part ini aku sudah boleh hadapi tetapi ianya akan kee peringkat seterusnya dalam rantaian penyakit mental.
Part 2
Insomnia mula menjadi habit dan mula mengacau sistem badan dan otak. Tanpa sokongan orang sekeliling ko akan terus ke peringkat penyakit mental yang seterusnya.
Silap aku bila aku anggap masalah ini ringan. Badan kita memerlukan rehat dan tidur yang cukup untuk membentuk dan menggantikan tenaga serta sel sel dalam badan kita yang hilang dalam menjalani kehidupan harian.
Sampai sekarang masalah ini aku rasa kalau di tahap 10 aku berada di tahap 10 sampai ubat tidur yang dos ringan-ringan pun tak jalan.
Part 3
Disebabkan masalah tidur, ia akan menyerang mental dengan senarai-senarai yang aku buat kat bawah ini.
Cannot stop thinking  Cannot sleep Struggle to sleep sampai pagi Mudah terjaga antara jam 3 – 4 pagi Not confidence sometime over confidence Too focus on something  Easy to lost focus Selalu salahkan orang Rasa diri sentiasa jadi mangsa Over thinking Selalu berfikir & merancang masa depan  Rasa stuck pada masa lalu Cepat marah lepas tu rasa bersalah Rasa semua orang tak suka dia  Selalu kaitkan trauma zaman kanak2 Mengelak daripada keluarga dan kawan2 Mudah terasa  Rasa sedih dan sebak tiba2 Mudah trigger dengan duit & kemewahan Trigger bila hilang kawalan  Rasa diri tak berguna, tak dihargai Semua benda buat rasa tak kena  Rasa diri gagal  Hilang minat kepada hobi  Kurang makan bila keseorangan Makan semua benda bila ada orang Tidak kisah makan makanan expired alasan tak nak membazir Selalu mintak maaf tanpa sebab  Belanja berlebihan secara tiba2 Cepat bosan buat sesuatu  Risau dan takut berlebihan ditinggalkan  Susah untuk percaya orang disekeliling Selalu mencari backup planning utk dijadikan alasan Actually ini dah cukup membuat hidup kau fuck up dah. Segala hasil kerja keras seakan hilang macam tu sahaja.
Part 4
Dari masalah tidur, ia mula merebak kepada aktiviti yang ko suka buat dan minat. Hilang terus dari diri kau apa yang korang kenal HOBI dari zaman kanak-kanak lagi. Bukannya ko tak boleh buat, ko cuba je buat hobi kau macam biasa tetapi keseronokan itu yang hilang. Mungkin orang tak nampak tapi kita yang merasa.
Dari aktiviti ianya akan kacau selera makan. Sebenarnya selera makan ini bukan hilang terus. Dia hanya ada selera yang tertentu sahaja macam just nak simple dish je untuk hilangkan rasa lapar. Kadang-kadang bila datang selera tu rasa semua nak makan dan ko akan makan non stop.
Part 5
Last sekali ianya akan menyerang kesihatan ko. Bermula satu-satu ko akan rasa. Dulu ko sihat sekarang ko rasa sihat juga tapi macam ada yang kurang sebab ko boleh pergi kerja, keluar tengok wayang pergi gym bagai.
Masalah kesihatan yang kita rasa ringan dan semua orang akan rasa mula datang sekali gus dan sikit-sikit akan rasa teruk.
Antara masalah kesihatan awal.
Pedih ulu hati Sakit dada macam ditinda benda berat Susah nak bernafas Sakit belakang dari leher ke pinggang Bengkak di kawasan kaki dan pergelangan  Lenguh2 di bahagian sendi Cepat penat dan lesu  Bengkak dan sakit di bahagian tertentu bawah kulit  Senak di bawah perut Punca & Penyebab biarkan aku je yang tahu. Yang penting aku tahu apa penyebab dia.
Alhamdulillah setakat ini ada progress ke arah kebaikkan. Aku mula selesaikan satu-satu di mana yang aku rasa penyebab aku rasa macam ini. Allah bagi kesedaran untuk aku cuba sendiri dulu. Buat masalah sekarang aku belum lagi terbuka untuk berjumpa pakar tentang benda-benda ni. Aku akan cuba dahulu bila aku rasa memang aku tak boleh dan makin teruk aku akan jumpa pakar.
Nak bercerita dengan mereka yang rapat seperti keluarga dan kawan-kawan pun aku rasa belum boleh sebab kebanyakkan mereka pun ada masalah sendiri. Lagipun aku belum jumpa lagi orang yang boleh aku open bab ini.
Setakat ini, aku hanya mampu bercerita di sini jelah. Haha
The post [5 Part] Schizophrenia, Anxiety Disorder, Narcissistic (NPD), Avoidant & Depression | Tak Kan Kot! appeared first on Faizal Fredley.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.faizalfredley.com/2023/09/15/5-part-schizophrenia-anxiety-disorder-narcissistic-npd-avoidant-depression-tak-kan-kot/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarang Tebuan Jangan Dijolok Buruk Padahnya Kan Dah Mendapat

Sarang Tebuan Jangan Dijolok Buruk Padahnya Kan Dah Mendapat

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 172 hits
Dia yang mulakan Dia yang koyak Ketawa dahulu Menangis kemudian Ahli parlimen Putrajaya Radzi Jidin mengamuk dan koyak selepas mendapat sindiran keras dari perdana menteri Anwar Ibrahim Anwar ketika itu sedang memberikan penerangan mengenai...
Guiding Parenthood Differentiating Between Depression And Laziness For Effective Parenting

Guiding Parenthood Differentiating Between Depression And Laziness For Effective Parenting

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 718 hits
Introduction Parenting is a journey filled with challenges joys and the continuous quest for understanding As parents it s natural to encounter moments when our children s
Jpj Speedtrap Tiang Hitam Ini Jer Idea Mampu Kan

Jpj Speedtrap Tiang Hitam Ini Jer Idea Mampu Kan

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 363 hits
Jalan berlubang jalan tidak rata cat warna pembahagi jalan pudar jalan gelap tiada lampu Macam lagilah masalah jalan Itu semua ujian untuk rakyat malaysia
Resepi Yang Sesuai Buat Bekal Anak Anak Ke Sekolah Campurkan Nasi Dengan Telur Berbaloi Kan

Resepi Yang Sesuai Buat Bekal Anak Anak Ke Sekolah Campurkan Nasi Dengan Telur Berbaloi Kan

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 382 hits
assalamualaikum semua harini saya nak share resepi snek yang sedap dan lebih berkhasiat untuk anak anak kita Resepi ni saya panggil nugget nasi sesuai untuk galakkan anak makan nasi dan nugget yang lebih berkhasiat Resepi snek sesuai buat b...
Walaun Buat Isu Pulak Kes Kasa Tak Jalan Lagi Kan Lepas Ni La Gamaknya

Walaun Buat Isu Pulak Kes Kasa Tak Jalan Lagi Kan Lepas Ni La Gamaknya

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 285 hits
Ni pesan Tuan Ibharim masa PN dalam kerajaan dulu dan Zahid didapati tidak bersalah Hari ini bukan didapati tak bersalah tapi dibebas tanpa dilepaskan Maknanya boleh kan dakwa balik tapi lebai dan walau buat isu pula Macam biasalah lebai Bi...
Empowering Play Navigating Sensory Processing Disorder Products

Empowering Play Navigating Sensory Processing Disorder Products

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 295 hits
Play is a crucial aspect of childhood development fostering the development of creativity brain growth and emotional well being The selection of toys is essential for children with sensory needs such as ADHD or Autism To accommodate the spe...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia