5 Nostalgia Mendengar Muzik 90an Yang Kini Tinggal Kenangan


Satu ketika dahulu, jumlah muzik yang kita boleh simpan sangatlah terhad jika dibandingkan dengan kemudahan akses ketika ini dan budaya serta cara kita menghargai muzik yang ada dalam koleksi sangatlah berbeza, seiring dengan perubahan zaman.

Sekali sekala menoleh ke belakang mengimbau kembali kenangan lama, barulah kita sedar indah sebenarnya zaman terdahulu walaupun banyak susah payah yang perlu kita hadapi.

Berikut adalah 5 tabiat mendengar lagu dan muzik yang pernah dilakukan oleh generasi zaman dahulu, namun besar kemungkinan tidak lagi dilalui remaja sekarang.

1. Cari radio secara manual


Dulu-dulu, sebelum ada penala (tuner) automatik, generasi terdahulu termasuklah dari zaman sebelum merdeka, terpaksa menala sendiri radio untuk mencari stesen kegemaran.

Walaupun sebenarnya sistem yang sama masih digunakan, besar kemungkinan peranti radio zaman moden hanya memerlukan kita gunakan penala hanya sekali sebelum frekuensi stesen radio di simpan dalam memori radio. Itupun penalanya automatik.

Radio lama ada roda atau piring yang perlu dipusingkan sehinggalah kita sampai ke stesen yang kita nak. Itupun kadangkala kena pulas dengan berhati-hati untuk dapatkan siaran paling jelas.

Nak tukar stesen lain pula kena pusing balik dan bagi kanak-kanak generasi itu, banyak sebenarnya usia terbuang hanya untuk mendapatkan siaran radio paling jelas.

2. "CD ada 10 lagu je?"


Sebelum zaman memori 'flash' meluas yang dipopularkan oleh peranti-peranti memori USB yang murah, lagu-lagu hanya boleh didapati melalui pembelian kaset atau cakera padat.

Walaupun anda menganggap memori flash yang ada ketika ini terhad, namun saiznya cukup besar.

Untuk sebuah kaset, hanya mampu menyimpan 60 minit lagu dalam format berkualiti tinggi atau 90 minit dalam format berkualiti rendah.

Sementara itu cakera padat (CD) pula hanya mampu memuatkan 74 minit audio untuk dimainkan. Bila ke kedai aksesori kereta, pasti anda dapat melihat jualan fail cakera padat dalam kereta.

8 cakera padat mampu memuatkan lebih kurang 96 lagu secara purata, jauh berbeza dengan Apple iPod generasi pertama, yang mampu menyimpan 1250 lagu dalam saiz yang lebih kecil.

Bila nak melalui perjalanan jauh, terpaksalah kita bawa beberapa kotak kaset atau cakera padat (serta bekalan bateri) untuk menghilangkan kesunyian kita.

3. Fast Forward dan Rewind


Sebelum cakera padat menjadi popular, generasi dahulu menggunakan kaset, namun satu kelemahan ketara kaset adalah keperluan untuk kita menggunakan fungsi fast forward atau rewind untuk mara atau mundur ke belakang, di antara lagu.

Bila kita ke depan sedikit dan terlajak sehingga lagu dah bermula, kita perlu berundur ke belakang semula. Bila nak undur, mesti terlajak punyalah.

Oleh kerana sistem kaset pada waktu itu masih lagi menggunakan sistem mekanikal, semua perbuatan maju dan undur perlu dilakukan oleh pemain kaset.

Pemain kaset pula memerlukan kuasa bateri. Perkara yang banyak makan bateri? Fast forward dan rewind.

Jadi, generasi terdahulu ada dua saja pilihan; beli bateri banyak-banyak pada harga yang mahal atau gunakan penutup pen Kilometrico, pusingkan sendiri kaset.

Banyak juga kaset putus disebabkan terlalu asyik sangat pusing tak sedar dah sampai ke hujung.

4. Membuat mix tape


Seni membuat mix tape adalah satu kemahiran yang sangat penting satu ketika dulu. Ada ramai antara pemuda dan pemudi, menjadikan mix tape sebagai bukti cinta kami pada mana-mana individu yang kami sukai.

Kepada yang tak tahu, mix tape adalah kaset berbentuk rawak yang dibuat sendiri menggunakan kaset kosong, yang boleh dibeli di mana-mana kedai kaset. Kita perlu memilih lagu serta jumlah lagu pula perlu sesuai dengan durasi kaset.

Selain itu, ada juga yang hendak memasukkan kata-kata ucapan kasih sayang sebagai selingan di antara lagu.

Seni menyusun mix tape ini pula hanya akan lengkap, sekiranya jarak masa di antara lagu ke lagu sempurna. Nak buat mix tape ni pun, memerlukan radio atau hi-fi khas yang mempunyai dua dek kaset.

Sekiranya anda tertanya-tanya apa itu hi-fi dan dek kaset, besar kemungkinan anda masih muda.

Sekarang ni memang senang nak buat mix tape. Apa kata anda beramai-ramai kembalikan budaya mix tape ni tapi dalam bentuk digital.

Buktikan cinta kita dengan kata-kata cinta yang diselang-selikan dengan lagu, kemudian emel pada kekasih anda. Attachkan fail itu pada kami juga. Kami nak dengar.

5. Tunggu waktu tertentu untuk dengar lagu


Masyarakat Malaysia satu masa dulu memang tak ramai yang mampu beli kaset dan cakera padat.

Kaset kebiasaannya berharga belasan ringgit sementara cakera padat berharga lebih RM35. Untuk generasi muda waktu itu, dua amaun itu adalah satu pelaburan yang besar tak seperti sekarang, di mana pelajar sekolah bawa RM10 ke sekolah adalah perkara biasa.

Bagi golongan kurang berkemampuan, terpaksalah menunggu lagu kegemaran dimainkan di radio.

Satu ketika dulu, surat khabar menyiarkan senarai lagu yang akan dimainkan dalam satu slot radio selama 2 jam.

Lagu-lagu itu pula dipilih daripada permintaan peminat menerusi surat yang dihantar pada stesen radio dan setiap orang hanya dibenarkan meminta dua lagu sahaja.

Sekiranya ada nama yang terpilih disenaraikan untuk siaran hari itu, berdirilah semua depan radio nak dengar lagu pilihan dimainkan.

Yang lebih seronok dapat dengar nama dibacakan. Bagi yang nak rakam lagu kesukaan mereka, waktu itu dah siap dah kaset kosong dalam dek tunggu nak tekan rakam.

Apa yang merosakkan perancangan pada ketika itu selalunya adalah suara juruhebah atau DJ radio yang bersuara ketika lagu sedang dimainkan, sehingga mencacatkan lagu. Lebih teruk, siaran tergendala sebab tuner lari.

Seronok sebenarnya teknologi pada waktu itu. Walaupun banyak susah payahnya, apa yang dilalui satu masa dulu menjadi anekdot menarik untuk diberitahu.

Teknologi yang ada ketika ini amatlah mudah digunakan, namun kemudahan itu sedikit sebanyak membuatkan kita semua tak lagi menghargai muzik atau alunan radio yang menghiburkan seperti dahulu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Penyanyi Wanita Berkumpulan Popular 90anGambus, Alat Muzik Warisan Mesir Purba
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/nostalgia-muzik-90an.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Oneplus Kini Mempunyai Saluran Muzik Bollywood Oneplus 7 Diperlihatkan Dalam Video Muzik Terkini

Oneplus Kini Mempunyai Saluran Muzik Bollywood Oneplus 7 Diperlihatkan Dalam Video Muzik Terkini

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 286 hits
Sebentar tadi telah kami laporkan yang OnePlus 7 Pro telah ditabalkan dengan skrin terbaik oleh DisplayMate Selepas banyak video acah imej pengolokan dan informasi tertiris peranti yang dikatakan OnePlus 7 sebenar telah muncul dalam video m...
Cia Kini Di Instagram

Cia Kini Di Instagram

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 366 hits
CIA kini di Instagram Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Apr 2019 7 13AM
Digi Home Fibre Kini Ditawarkan Di Bandar Sunway Bangi Kajang Rawang Shah Alam Dan Subang Rm99 Untuk 50mbps

Digi Home Fibre Kini Ditawarkan Di Bandar Sunway Bangi Kajang Rawang Shah Alam Dan Subang Rm99 Untuk 50mbps

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 276 hits
Digi kini telah memperluaskan penawaran perkhidmatan jalur lebar talian tetap mereka iaitu Digi Home Fibre Selepas diuji di Jasin sebelum ini hari ini Digi turut memperluaskan penawaran perkhidmatan jalur lebar talian tetap mereka ke lokasi...
Ibu Diuji Anak Jantung Berlubang Pendarahan Otak Ika Reda Nia Kini Anak Istimewa

Ibu Diuji Anak Jantung Berlubang Pendarahan Otak Ika Reda Nia Kini Anak Istimewa

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 496 hits
Demi anak apa juga dugaan ibu ayah rela berkorban Apa yang diceritakan ibu ini amat menyentuh hati betapa tabahnya menempuhi dugaan anak yang sakit Naqisha Nazrin 4 tahun 3 bulan tidak pernah sakit selama 5 bulan pertamanya Malah jaundis ya...
Microsoft Kini Menjadi Syarikat Yang Bernilai 1 Trilion

Microsoft Kini Menjadi Syarikat Yang Bernilai 1 Trilion

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 310 hits
Microsoft pada hari ini telah menjadi syarikat yang bernilai USD 1 trilion sekaligus meletakkannya sebagai syarikat ketiga yang berjaya menerima pencapaian ini Sebelum ini ia telah berjaya dicapai oleh Apple pada Ogos 2018 dan kemudiannya A...
Aplikasi Google Fit Kini Ditawarkan Untuk Iphone

Aplikasi Google Fit Kini Ditawarkan Untuk Iphone

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 333 hits
Google Fit merupakan aplikasi yang membolehkan anda memantau sejumlah aktiviti kecergasan Ia telah ditawarkan pada Android buat sekian lama namun kini ia sudah boleh dinikmati pada iPhone Google Fit mempunyai sejumlah fungsi pemantau aktivi...
Samsung Galaxy Tab A Dengan Sokongan S Pen Kini Di Malaysia Berharga Rm1099

Samsung Galaxy Tab A Dengan Sokongan S Pen Kini Di Malaysia Berharga Rm1099

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 350 hits
Samsung pada bulan Mac lepas telah memperkenalkan salah satu tablet baru yang hadir dengan sokongan input berasaskan S Pen iaitu Galaxy Tab A Menariknya selepas sekitar sebulan lebih tablet berkenaan turut telah mula ditawarkan di Malaysia ...
Kebakaran Hutan Berhampiran Amsas Kini Seluas 420 Hektar

Kebakaran Hutan Berhampiran Amsas Kini Seluas 420 Hektar

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 306 hits
KUANTAN Kebakaran hutan tanah gambut berhampiran Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah di Sungai Ular di sini meningkat menjadi 420 hektar hari ini berbanding 40 hektar pada minggu lepas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Nor...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master