5 Negara Yang Paling Taksub Menjalankan Hukuman Mati


Hukuman mati telah lama dilaksanakan, namun ada negara tidak lagi melaksanakannya, tetapi terdapat juga yang kelihatan seperti gemar untuk menjatuhkan hukuman mati. Malah ada yang sewenang-wenangnya menggunakan kuasa pemerintahan bagi menjalankan hukuman mati.


Kami kongsikan 5 negara paling terkenal dengan hukuman mati.

1. China

Apabila bercakap mengenai rakyat China yang dihukum mati, Amnesty International sudah berputus asa terhadap angka dan hanya meletakkan simbol "+".

Ini kerana pelaksanaan hukuman mati di China sangat bergantung kepada hukuman rahsia, pengakuan paksa dan perkara-perkara lain yang menimbulkan beberapa persoalan serius mengenai sistem keadilan negara.

Sesetengah laporan juga menunjukkan bahawa pengambilan organ juga berlaku.

China mengklasifikasikan hukuman mati sebagai rahsia negara. Mereka tidak mendedahkan nama-nama pesalah yang dihukum mati dan dengan ini pihak luar tidak dapat menganggarkan jumlah dengan tepat.

Malah, ahli keluarga pesalah juga hanya mengetahui tentang hukuman ini setelah ia dilaksanakan.

Anggaran sangat konservatif mengatakan bahawa China melaksanakan hukuman mati terhadap kira-kira 2,000 orang setiap tahun dan jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.

Hanya satu perkara yang pasti iaitu, China membunuh lebih ramai orang setiap tahun, berbanding gabungan negara-negara lain di seluruh dunia.

2. Korea Utara

Tidak ada yang mengetahui dengan tepat berapa ramai rakyat Korea Utara dihukum mati setiap tahun tetapi mungkin anggaran yang paling hampir adalah "ramai".

Namun, perkara ini lebih menyeramkan apabila anda tidak hanya fokus kepada jumlah mereka yang dihukum mati, tetapi juga kepada cara hukuman dilaksanakan.

Walaupun negara ini secara teknikalnya menyenaraikan kaedah tali gantung dan ditembak sebagai cara paling umum, undang-undang Korea Utara membenarkan hampir semua cara asalkan ia membunuh, termasuk diletupkan dengan artileri anti-pesawat!

Walaupun kebanyakan hukuman mati di Korea Utara tidak diketahui dunia luar, negara ini terkenal dengan hukuman mati di khalayak ramai.

Banduan yang melarikan diri telah melaporkan bahawa sesebuah penjara boleh melaksanakan sehingga 20 hukuman mati setiap tahun untuk menjadi contoh kepada orang lain.

3. Iran

Iran boleh dikatakan sebagai sebuah negara yang "sangat gembira" dengan pelaksanaan hukuman mati, dengan lebih daripada 500 hukuman mati pada 2017 sahaja yang menyumbang kepada 51% daripada hukuman mati di dunia.

Negara ini lebih suka hukuman gantung sebagai kaedah pelaksanaan utamanya, dan Amnesty International melaporkan bahawa aspek hukuman yang paling malang tentang hukuman mati Iran adalah ia dapat diterapkan khususnya terhadap warga belia.

Pesalah remaja seusia 9 tahun bagi perempuan dan 15 tahun bagi lelaki boleh dijatuhi hukuman mati dan Iran tidak mempunyai masalah untuk melaksanakannya.

Di antara tahun 2005 dan 2015, sekurang-kurangnya 73 pesalah muda berhadapan dengan tali gantung.

Ketika ini, PBB menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 160 rakyat Iran yang berusia di bawah 18 tahun sedang didakwa atas jenayah dilakukan, menunggu masa untuk dihukum mati.

4. Arab Saudi

Arab Saudi melaksanakan hukuman mai terhadap 146 orang pada tahun 2017 dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menghentikannya.

Selama 4 bulan pertama tahun 2018, negara ini memenggal kepala 48 pesalah.

Arab Saudi adalah satu-satunya negara yang masih menjalankan hukuman pancung di khalayak ramai.

Antara kesalahan dan jenayah orang yang dijatuhi hukuman mati termasuklah rompakan, dadah, rompakan bersenjata dan juga berzina.

5. Iraq

Iraq menjatuhkan hukuman mati terhadap sekurang-kurangnya 125 orang pada tahun 2017, walaupun hukuman mati secara besar-besaran dan lesapnya rejim Saddam Hussein adalah perkara lepas, namun negara ini masih meneruskan hukuman mati.

Skop jenayah yang tertakluk kepada hukuman mati menjadi semakin luas selama 20 tahun kebelakangan ini dan beberapa pemerhati telah menuduh Iraq dengan dasar "pembersihan penjara", iaitu menggunakan hukuman mati untuk membersihkan penjara dari ribuan tahanan.

Hukuman mati di Iraq boleh dilaksanakan dengan sangat cepat terutamanya jika jenayah yang disyaki adalah cukup berat.

Seorang wanita berusia 42 tahun tanpa penasihat undang-undang dibicarakan pada tahun 2018 dan hanya diberikan 2 minit untuk mempertahankan dirinya sebelum dihukum mati dengan tali gantung.

Sekumpulan wanita yang disyaki terlibat dengan ISIS dan hakim hanya mengambil masa 2 jam untuk membicara dan menjatuhkan hukuman mati terhadap 14 wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Malaysia Mansuhkan Hukuman Mati, Ganti Penjara 30 Tahun Minimum?10 Hukuman Mati Paling Sadis Dalam Sejarah Dunia
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/02/negara-yang-taksub-hukuman-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Terdakwa Pelaku Produksi Narkotika Di Tasikmalaya Terancam Hukuman Mati

5 Terdakwa Pelaku Produksi Narkotika Di Tasikmalaya Terancam Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 179 hits
Tidak ada satu pun yang mengajukan keberatan atau eksepsi atas dakwaan yang dibacakan
5712 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

5712 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 543 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan agar mengkaji semula serta mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu dibawah pengaruh alkohol Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata kejadian kemalangan jalan raya yang berpunca dari...
Jaksa Bacakan Dakwaan Aulia Kesuma Dan Geovani Terancam Hukuman Mati

Jaksa Bacakan Dakwaan Aulia Kesuma Dan Geovani Terancam Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 229 hits
Aulia Kesuma dan Geovani Kelvin terancam hukuman mati atas kasus pembunuhan berencana terhadap Edi Chandra Purnama alias Pupung Sadili dan anaknya M Adi Pradana alias Dana
Kurir 20 Kg Sabu Dan 18 800 Butir Ineks Divonis Hukuman Mati

Kurir 20 Kg Sabu Dan 18 800 Butir Ineks Divonis Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 270 hits
Kurir 20 Kg Sabu dan 18 800 Butir Ineks Divonis Hukuman Mati Putusan dibacakan majelis hakim yang dipimpin Erma Suharti di Pengadilan Negeri Klas 1A Palembang Rabu Hakim menilai terdakwa melanggar Pasal 114 ayat 2 Undang undang RI Nomor 35 ...
Fakta Cuti Bersalin Negara Mana Yang Paling Peduli Tentang Ibu

Fakta Cuti Bersalin Negara Mana Yang Paling Peduli Tentang Ibu

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 395 hits
Di Malaysia cuti bersalin 90 hari gaji berbayar Bapa boleh bercuti maybe 5 days Itupun kalau company baik hati Yang cuti 2 hari sahajapun ada Anymore than that kena tolak annual leave Mari bezakan Malaysia dengan negara negara lain dunia An...
5715 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

5715 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 431 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan agar mengkaji semula serta mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu dibawah pengaruh alkohol Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan mengambil initiatif untuk menghantar memorandum kempen an...
Mimpi Ngeri Muslim Uighur Pendedahan Berani Mati Isobel Yeung Penyusupan Rahsia Ke Tempat Paling Berbahaya Di Dunia

Mimpi Ngeri Muslim Uighur Pendedahan Berani Mati Isobel Yeung Penyusupan Rahsia Ke Tempat Paling Berbahaya Di Dunia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 860 hits
Warga minoriti Uighur China terhimpit dengan kehidupan mimpi buruk sentiasa dalam pengawasan yang berterusan daripada polis Sekurang kurangnya satu juta kaum uighur dipercayai hidup dalam keperitan yang menyiksakan seperti apa yang U N gamb...
Hadiah Paling Berharga Pelancong Luar Negara Hadiahkan Kepada Rakyat Malaysia

Hadiah Paling Berharga Pelancong Luar Negara Hadiahkan Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 526 hits
Foto Malaysia KitaAnda jemput tetamu masuk rumah anda tapi dia selamba berak depan ruang tamu anda apa perasaan anda Aku tak mahu tuduh pelancong dari negara mana tapi kita semua boleh teka rakyat negara mana yang suka berak dan kencing mer...
Bagaimana Membina Website Kedai Online Sendiri Dengan Modal Paling Rendah

Bagaimana Membina Website Kedai Online Sendiri Dengan Modal Paling Rendah

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 417 hits
Pada zaman nenek moyang kita berniaga mungkin hanya dengan satu cara sahaja iaitu sistem barter Kemudian mewujudkan kedai sendiri dan menjual secara offline Jualan macam ni memang kita semua tahu kan buka kedai dan jual barangan kita tu Nam...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025