5 Langkah Membentuk Anak Lelaki Jadi Ketua Keluarga


Anak lelaki perlu dididik untuk menjadi seorang pemimpin, setidak-tidak sebagai seorang ketua keluarga.
Juga seharusnya diajar untuk bertanggungjawab atas setiap tindakannya. Hukumi mereka sekiranya mereka melakukan kesilapan. Jangan biarkan mereka melakukan kesalahan yang sama.
Sebagaimana perkongsian ustazah ini, boleh jadi manfaat bersama.
TIP DIDIK ANAK LELAKI
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan di hormati masyarakat.
1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri sejarah kehidupan Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan hebat, sangat disegani dan ada yang namanya tercatat dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah.. .
Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung.
Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
2. Susah
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang dhoif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan.
Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong.
Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
3. Damping
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa?
Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. “Saya nak Jadi macam ayah”
Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya.
Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa

Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan.
Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.
Kredit: Aminah Mat Yusoff
 
 
 
 
The post 5 Langkah Membentuk Anak Lelaki Jadi Ketua Keluarga appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/5-langkah-membentuk-anak-lelaki-jadi-ketua-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Autisme Jangan Panik Ayah Ini Kongsi Langkah Yang Ibu Bapa Boleh Ambil

Anak Autisme Jangan Panik Ayah Ini Kongsi Langkah Yang Ibu Bapa Boleh Ambil

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 141 hits
Autisme bukan sekadar kelewatan perkembangan tetapi satu spektrum yang mempengaruhi cara seseorang berfikir berkomunikasi dan berinteraksi dengan dunia sekeliling Setiap anak ASD adalah unik dengan tahap kemampuan dan cabaran yang berbeza y...
Lelaki Bunuh Anak Tiri Dipenjara 30 Tahun 12 Sebatan

Lelaki Bunuh Anak Tiri Dipenjara 30 Tahun 12 Sebatan

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 127 hits
BernamaMahkamah Rayuan benar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pinda pertuduhan daripada bunuh kepada sebabkan kematian Mahkamah Rayuan berkata Mahkamah Tinggi telah terkhilaf kerana meminda pertuduhan terhadap Mohamad So...
Anak Anggota Polis Ditemukan Lemas Di Sungai

Anak Anggota Polis Ditemukan Lemas Di Sungai

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 129 hits
Mangsa ditemukan penduduk kampung sebelum disahkan meninggal dunia kira kira 9 10 malam kata Ketua Polis Ranau Mursalin Mahmud PETALING JAYA Anak kepada seorang anggota polis ditemukan lemas di sungai dalam kejadian di Kampung Minihas Ranau...
Gila Apa Ini Sekadar Suka Suka Bapa Biar Anak 6 Tahun Bergayut Pada Pikap

Gila Apa Ini Sekadar Suka Suka Bapa Biar Anak 6 Tahun Bergayut Pada Pikap

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 114 hits
Ahmad Hasbibhnews bh com myTular video memaparkan seorang kanak kanak bergayut pada pintu hadapan sebuah pikap yang sedang bergerak NILAI Sekadar suka suka alasan seorang bapa yang membiarkan anaknya berusia enam tahun bergayut pada pintu b...
Bapa Ditahan Biar Anak Umur 6 Tahun Bergayut Dikenderaan

Bapa Ditahan Biar Anak Umur 6 Tahun Bergayut Dikenderaan

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 120 hits
Bapa ditahan biar anak umur 6 tahun bergayut dikenderaan Polis menahan lelaki yang membiarkan anak lelakinya berusia enam tahun bergayut pada sebuah kenderaan pacuan empat roda di Nilai seperti rakaman video yang tular di akaun Twitter Bapa...
Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Pesanan Mudah Untuk Jadi Usahawanm Yes Or No Sahaja

Jkm Jaga 9 Kanak Kanak Dikait Gisbh Hingga 18 Tahun Kata Nancy

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Zamri Mocks Jakim

Di Masjid Tiada Kasta