5 Langkah Efektif Untuk Mengelakkan Tekanan Semasa Menggunakan Media Sosial



Kesihatan mental semakin hari semakin kerap diperkatakan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit mental dijangka akan menjadi bebanan penyakit nombor dua di dunia menjelang 2020. Masalah ini sebenarnya berlaku kerana banyak faktor- biasanya berpunca dari cara hidup yang tidak sihat serta persekitaran yang tidak sihat, tidak kiralah di dunia realiti mahupun di dunia maya.
Tanpa kita sedari, media sosial juga menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan masalah ini. Banyak kes kemurungan terjadi disebabkan kecaman serta komen-komen negatif yang berterusan diterima di media sosial. Berikut disediakan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan tekanan semasa menggunakan media sosial.
#1- Menggunakan Media Sosial Dalam Keadaan Sedar
Apabila anda menggunakan media sosial, adakah anda sedar apa yang dilihat, dengar dan perkatakan? Ambil masa untuk menilai, adakah anda rasa gembira? Adakah apa yang orang lain tulis buat anda tidak selesa atau stres?
Jika jawapannya lebih menjurus kepada negatif, maka ini masanya untuk anda unfriend, unfollow, senyapkan notifikasi, atau berhenti sebentar daripada menggunakannya media sosial.
Ia bukan suatu tindakan yang mementingkan diri sendiri, bahkan tindakan yang bijak bagi mengelakkan minda anda bertambah stres. Ingat, kesihatan mental anda lebih penting daripada ingin memenuhi kehendak semua orang.
#2- Tidak Semua Yang Ada Di Media Sosial Itu Benar
Tidak semua yang anda lihat di media sosial itu betul. Siapa pun tidak akan menunjukkan sudut-sudut yang kurang dalam kehidupan mereka di media sosial. Yang dipaparkan adalah yang indah-indah sahaja. Jika anda fikir kehidupan mereka sempurna,fikir sekali lagi, bahawa mereka juga manusia biasa. Siapa mereka tidak ditentukan dengan apa yang mereka tunjukkan di media sosial.

#3- Jom Rehat!
Ambil masa untuk berehat jika anda rasa penat apabila menggunakan media sosial. Isu semasa memang penting tetapi jika berita-berita tentang keganasan, peperangan, pembunuhan dan segala macam jenayah dihadapkan pada anda setiap hari membuatkan anda semakin negatif dan pesimis dengan kehidupan, jauhkanlah sebentar dari membaca berita-berita tersebut.
Ambil masa untuk bertenang, dan tentukan masa yang paling sesuai untuk anda membaca berita-berita begini. Jika anda lebih banyak menghabiskan masa dengan media sosial dan alat elektronik berbanding bersama keluarga atau kawan-kawan, ini juga masa yang sesuai untuk berehat.
#4- Hadkan Masa Apabila Menggunakan Media Sosial
Kajian menunjukkan 40 peratus daripada penduduk dunia menggunakan media sosial, dan purata masa yang dihabiskan untuk hanya memberi komen, like, menatal (scrolling), dan tweet ialah dua jam dalam sehari. Cara yang bagus untuk mula mengawal aktiviti di media sosial ialah dengan menghadkan masa apabila menggunakan media sosial.
#5- Awas Cyber-bullying dan Public Shaming
Public shaming merupakan suatu tindakan yang dilakukan dengan berniat memalukan atau menjatuhkan seseorang. Dulu tindakan ini berlaku secara terus ke atas seseorang di tempat awam. Perkembangan teknologi kini memungkinkan ianya turut berlaku di media sosial.
Ia biasanya terjadi apabila suatu pendapat dan pernyataan yang dikeluarkan tidak disetujui oleh orang ramai. Orang itu akan diserang peribadinya, dikutuk di media sosial, dihina dan dibuli dengan kata-kata kesat sehingga boleh memalukan dan menjatuhkan maruah. Lebih teruk lagi, seseorang boleh menjadi stres dan murung kerana tindakan yang tidak bermoral ini.
Sebagai pengguna media sosial, kita harus cakna dengan budaya tidak sihat yang ada. Ia tidak boleh dijadikan perkara biasa di media sosial. Jika anda menjadi salah seorang mangsa, jauhkan diri daripada media sosial buat beberapa ketika.
Tidak semua perkara perlu dijawab dengan segera. Orang akan reda dari bercakap apabila kita tidak memberi respon yang dimahukan. Bertikam lidah di media sosial selalunya tidak menyelesaikan masalah yang ada.
 
Sumber: Tazkirah.net 
The post 5 Langkah Efektif Untuk Mengelakkan Tekanan Semasa Menggunakan Media Sosial appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/5-langkah-efektif-untuk-mengelakkan-tekanan-semasa-menggunakan-media-sosial/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lhdn Tubuh Unit Khas Untuk Menyiasat Individu Yang Memaparkan Harga Kekayaan Di Media Sosial

Lhdn Tubuh Unit Khas Untuk Menyiasat Individu Yang Memaparkan Harga Kekayaan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 424 hits
Pada hari ini dengan perkembangan arena media sosial ia membuatkan sesetengah individu yang berkongsi pelbagai harta kekayaan melaluinya termasuk dari segi pendapatan barang kemas pakaian mewah kereta mewah dan sebagainya Adakalanya terdapa...
Unit Khas Lhdn Untuk Memantau Perkongsian Kekayaan Luar Biasa Di Media Sosial

Unit Khas Lhdn Untuk Memantau Perkongsian Kekayaan Luar Biasa Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 384 hits
Berita yang kurang menyenangkan buat mereka yang sering berkongsi gambar gambar barangan serta gaya hidup mewah terutamanya mereka mereka yang gemar mencari mangsa networking program program tertentu menggunakan kereta kereta mewah dan juga...
Tips 6 Langkah Membayar Bil Menggunakan Jompay Di Maybank2u

Tips 6 Langkah Membayar Bil Menggunakan Jompay Di Maybank2u

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 698 hits
Memandangkan kini kini menawarkan bil percuma kepada pengguna yang menggunakan sistem ini Sebenarnya ini merupakan promosi JomPAY selama 100 hari bermula dari 28 April 2016 hingga 31 Ogos 2016 Sepanjang tempoh ini anda yang menggunakan sist...
Bayi Mudah Dijangkiti Ruam Semasa Cuaca Panas Lakukan 5 Langkah Ini

Bayi Mudah Dijangkiti Ruam Semasa Cuaca Panas Lakukan 5 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 426 hits
Cuaca panas sekarang ini memang banyak memberi ketidakselesaan kepada semua orang terutamanya bayi yang masih kecil Antara risiko yang mudah terkena kepada si kecil akibat cuaca panas adalah masalah ruam Ruam sememangnya sangat sinonim deng...
15 Selebriti Ini Berubah Cantik Teruk Sejak Wujud Media Sosial No 15 Ketara Sangat

15 Selebriti Ini Berubah Cantik Teruk Sejak Wujud Media Sosial No 15 Ketara Sangat

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 547 hits
Kami perasan sejak akhir akhir ini ramai betul yang membezakan wajah wajah selebriti yang dahulu dan kini Tetapi sedar tak korang semua sejak wujudnya teknologi seperti Instagram ramai selebriti yang mula mempergayakan diri mereka dengan pe...
Elak Jadi Mangsa Sihir Atau Santau Wanita Ini Kongsi Cara Betul Upload Foto Di Media Sosial

Elak Jadi Mangsa Sihir Atau Santau Wanita Ini Kongsi Cara Betul Upload Foto Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 722 hits
Elak Jadi Mangsa Sihir Atau Santau Wanita Ini Kongsi Cara Betul Upload Foto Di Media Sosial Elak Jadi Mangsa Sihir Atau Santau Wanita Ini Kongsi Cara Betul Upload Foto Di Media Sosial
Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Bagaimana Kotak Packaging Boleh Menambah Nilai Produk Anda

Tidak Semua Perlu Ditanggapi Bedakan Antara Taghaful Dan Tajahul

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori

Resepi Sup Bayam Dengan Cendawan

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Huawei Mungkin Dahului Apple Guna Memori Telefon Berkelajuan Tinggi

Kelantan Lombong Emas Haram Di Gua Musang Diserbu Rampasan Lebih Rm1 Juta

Al Quran Khadeeja Naskhah Ibrah Keindahan Jiwa Wanita Muslimah

What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani

Smart Dust The Invisible Future Of Monitoring And Data Collection