5 Kuih Tradisi Paling Legend Wajib Ajar Anak Muda Buat


Kuih tradisional ni memang tak jemu dimakan. Namun kini, kuih tradisional kian sukar didapati. Malah resipinya juga menghilang bersama orang ‘lama’ yang membuatnya. Oleh itu, kami kongsikan lima jenis kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman.
1. PULI IBU KAYU BAHAN-BAHAN: 300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya 150gm sagu | rendam selama 5 minit BAHAN UNTUK AIR GULA: 200gm gula merah 200gm gula pasir 150ml air BAHAN SALUT: ½ biji kelapa parut Sedikit garam CARA MEMASAK: Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan. Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan. Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan. Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati. Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 50 minit
Keistimewaan : Rasa unik ubi kayu dan manis air gula
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
2. CUCUR JAWA BAHAN-BAHAN: 250 gm tepung gandum 100gm tepung beras 200ml air 200gm gula merah 50ml gula pasir 200ml minyak masak CARA MEMASAK: Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan. Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan. Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai. Sedia dinikmati panas. Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:45 minit
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan goreng
Anggaran kos: RM10
Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
 
3. KOLE KACANG
BAHAN-BAHAN:
300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak 200gm gula merah 50gm gula pasir 500ml santan 200ml tepung kacang hijau CARA MEMASAK: Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan. Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat. Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya. Setelah sejuk, boleh dipotong. Sedia dinikmati. Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa lemak dan aroma tahi minyak yang unik
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM12
Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
 
4. KUIH TEPUNG KAPUR BAHAN-BAHAN: 3 cawan tepung gandum 2 cawan air 1/2 keping manisan 1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air Garam secukup rasa BAHAN KELAPA PARUT: Kelapa parut secukupnya Sedikit garam CARA MEMASAK: Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan. Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa. Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega. Kukus dalam masa 30 – 45 minit. Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa. Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut. Sedia dinikmati. Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
5. LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN: BAHAGIAN PULUT: 1 cawan beras pulut |bersihkan Air secukupnya Pewarna merah secukupnya 30ml minyak masak 5gm garam halus 80ml air BAHAN B (TEPUNG HIJAU): 11/2 cawan tepung beras 4 cawan air pandan Sedikit pewarna hijau 10gm air kapur BAHAN C (KEPALA SANTAN): 80gm tepung beras 500ml santan pekat 5gm garam BAHAN D (GULA MERAH): 200gm gula merah 100gm gula pasir 200ml air CARA MEMASAK: Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah. Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan. Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan. Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan. Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis. Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya. Sedia dinikmati. Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:1 jam
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis gula merah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Tanak dan kukus
Anggaran kos: RM14
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.
 
 
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang

Ayam Panggang Pedas Manis, Mudah Je Bahan Perapnya

Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
 


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/06/5-kuih-tradisi-paling-legend-wajib-ajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rina Pun Brown Cantik Ramai Puji Didikan Ryzal Ajar Anak Cantik Bukan Pada Warna Kulit

Rina Pun Brown Cantik Ramai Puji Didikan Ryzal Ajar Anak Cantik Bukan Pada Warna Kulit

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 103 hits
Pasangan pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae sering mencuri perhatian ramai dengan kandungan yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga sarat dengan nilai murni Mereka dikurniakan dua cahaya mata comel Rina yang kini...
Imam Muda Dan Anak Perempuan Maut Kemalangan 4wd Dinaiki Terbabas Dalam Gaung

Imam Muda Dan Anak Perempuan Maut Kemalangan 4wd Dinaiki Terbabas Dalam Gaung

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 114 hits
Imam muda dan anak perempuan maut kemalangan 4WD dinaiki terbabas dalam gaung Seorang imam muda bersama anak perempuannya maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki lima sekeluarga terbabas lalu terjunam ke dal...
Wan Azizah Dakwa Pkr Berpotensi Tawan Kelantan Melalui Semangat Komitmen Anak Muda Dalam Parti Itu

Wan Azizah Dakwa Pkr Berpotensi Tawan Kelantan Melalui Semangat Komitmen Anak Muda Dalam Parti Itu

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 124 hits
KOTA BHARU Parti Keadilan Rakyat mempunyai potensi untuk menawan Kelantan melalui semangat dan komitmen anak muda dalam parti tersebut Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerjasama erat dalam parti tur...
Tanggungjawab Bukan Datang Sendiri Ajar Anak Kecil Mulai Sekolah Rendah

Tanggungjawab Bukan Datang Sendiri Ajar Anak Kecil Mulai Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 75 hits
Anak ni tak reti nak bertanggungjawab langsung Pernah tak terkeluar ayat ni bila penat urus rumah tangga kerja dan anak anak Sebenarnya sikap tanggungjawab bukan datang secara automatik Ia perlu dibentuk dan diasuh sejak anak kecil terutama...
Comment On Cerita Anak Masuk Darjah 1 2017 By Anak Bongsu Darjah 1

Comment On Cerita Anak Masuk Darjah 1 2017 By Anak Bongsu Darjah 1

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 133 hits
ni ada cerita kisah anak sulung masuk darjah 1 dan anak ke dua masuk darjah 1 Anak bongsu pun kena la cerita kan Semuanya untuk kenangan dan
Pjj Dengan Apek Leuniey Natasha Sanggup Korbankan Segalanya Demi Anak Anak

Pjj Dengan Apek Leuniey Natasha Sanggup Korbankan Segalanya Demi Anak Anak

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 80 hits
Figura cantik ini bukan sekadar dikenali sebagai isteri kepada penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat tetapi juga sebagai seorang wanita yang memiliki aura lembut matang dan penuh keibuan Leuniey Natasha sering tampil sederhana namun ...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Menyembuhkan Hfmd Cara Tradisional

Senarai 70 Dosa Besar Menurut Adz Dzahabi

Hafizh Syahrin Arrc 2025 Jdt Racing Team

Kami Akhirnya Pulang Hasrat Bawa Anak Pindah London Terkubur Lima Sekeluarga Maut Nahas Pesawat Air India

Nahas Pesawat Air India Analisis Pilot Ini Raih Perhatian

Selamat Tinggal Whatsapp