Pjj Dengan Apek Leuniey Natasha Sanggup Korbankan Segalanya Demi Anak Anak


Figura cantik ini bukan sekadar dikenali sebagai isteri kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), tetapi juga sebagai seorang wanita yang memiliki aura lembut, matang dan penuh keibuan.
Leuniey Natasha sering tampil sederhana namun elegan, mencerminkan keperibadiannya yang tenang dan bersahaja.
Di sebalik raut wajah manis dan gaya yang sentiasa kemas, Leuniey adalah seorang isteri yang setia dan ibu yang tidak pernah culas dalam tanggungjawabnya.
Bukan sahaja penyokong setia di belakang kejayaan Apek, malah menjadi tulang belakang keluarga kecil mereka yang penuh kasih sayang.
Dalam episod istimewa sempena Hari Ibu untuk program Top Mom Influencer Pa&Ma 2025, Leuniey Natasha berkongsi perjalanan hidupnya  yang telah menjangkau lebih 13 tahun bersama suami tercinta.
Bukan sekadar pasangan selebriti, mereka juga ibu dan bapa kepada tiga cahaya mata yang menjadi penyeri hidup Kayla Elayna (11), Khaleel Emir (10), dan Ebrahim Fayaaz (7).
Di sebalik senyuman manis dan kehidupan yang tampak sempurna di mata umum, tersimpan seribu satu cerita tentang pengorbanan, kesetiaan dan kekuatan seorang wanita bergelar isteri dan ibu.
Cinta Hubungan Jarak Jauh (PJJ)
Walaupun berdepan dengan hubungan jarak jauh (PJJ), cinta mereka tetap utuh, berpaksikan kepercayaan dan sikap positif.
Memahami komitment suami yang merupakan penjaga gol bagi Sabah, tidak mematahkan semangatnya untuk menguruskan anak-anak seorang diri.
Kata Leuniey antesipara ri utama untuk bahagia ialah jangan biarkan fikiran dihantui perkara negatif biarpun dalam tempoh PJJ.
“Alhamdulilah, saya seorang yang positif tak nak fikir bukan-bukan walaupun PJJ.”, luah Leuniey berterus terang dengan penuh makna.
Cinta mereka tidak bermula dengan lamaran di taman bunga atau mesej DM Instagram. Sebaliknya, jodoh mereka disusun cantik oleh bapa saudara Luni, seorang kontraktor rumah yang secara tidak langsung menjadi orang tengah.
Ketika itu, Apek baru membeli rumah di Kelantan dan takdir menemukan mereka di titik paling tidak disangka. Hanya selepas setahun berkenalan, mereka nekad mendirikan rumah tangga. Tiada drama, hanya yakin dan takdir.
Wedding of the Year
Majlis perkahwinan mereka suatu ketika dahulu dianggap antara yang paling meriah dan indah  malah dikenali sebagai “wedding of the year”. Berasal daripada keluarga yang menjalankan perniagaan bridal, persiapan majlis jadi lebih teratur dan penuh gaya. Mereka diraikan dalam tiga resepsi; dua di Kelantan dan satu di Kuala Lumpur, memuatkan kasih dan restu daripada kedua-dua belah keluarga.
Ketika usianya baru 21 tahun, Luni sudah bergelar isteri kepada pemain bola sepak terkenal. Beliau pula ketika itu aktif sebagai model minyak wangi untuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Muda bukan penghalang jika niat dan asasnya betul. Mereka bukan sahaja mencipta nama dalam kerjaya, tetapi juga berjaya membina rumah tangga dengan jiwa besar.
Cabaran Kehamilan
Luni tidak malu berkongsi betapa sukar fasa kehamilan yang dilaluinya. Alahan trimester pertama yang teruk, muntah berpanjangan, malah sampai tak tahan bau suami sendiri  semuanya pernah dialami. Namun, kasih ibu mengatasi segalanya. Setiap kandungan mengajar perkara berbeza dan membentuk Luni menjadi ibu yang lebih kuat dan tabah.
Satu momen yang mengundang air mata ialah apabila anak sulungnya tidak dapat tidur bersamanya semasa kehamilan kedua akibat alahan. Walaupun anak tidak merajuk, perasaan bersalah itu tetap menghantui hati seorang ibu. Tapi Luni percaya, kekuatan mental memainkan peranan besar dalam mengurus emosi dan kesihatan.
“Ketiga-tiga ada alahan. Muntah teruk, First trimester. Tak boleh bau. Anak pertama tak boleh bau Apek. Hamil anak kedua, tak boleh bau anak sulung. Anak ketiga saya kuat makan. berat badan naik. Alhamdulillah selepas trimester kedua dah tak ada alahan.”
Namun dari berat 63kg selepas melahirkan, Leuniey tidak menyerah. Dengan pilates, kawalan pemakanan dan rawatan tradisional serta herba Cina, beliau kembali ke bentuk badan yang sihat. Disiplin dan sayang diri menjadi kunci. Memang langsing macam anak dara!
FULL VIDEO DI SINI

Pernah mengidam manisan India
Lucu tapi penuh makna  Leuniey pernah mengidam manisan India, ketika hamil. Suaminya Apek berusaha mencari hingga ke hotel dan rakan-rakan di KL walaupun akhirnya tak jumpa juga. Namun, usaha itu sudah cukup menggambarkan kasih dan sokongan suami dalam momen-momen mencabar.
Perjuangan Breastfeeding & Anak Istimewa Penyusuan susu ibu adalah kasih sayang, pengorbanan dan kekuatan luar biasa seorang ibu. Di sebalik perjuangan itu, ada cerita tersendiri, pengorbanan bangun malam, sakit belakang, dan air mata yang tidak selalu orang nampak.
Namun bagi kebanyakan ibu, saat itu jugalah yang paling indah dalam perjalanan membesarkan anak. Bagi Leuniey Natasha, pengalaman itu menjadi antara momen paling bermakna buat dirinya.

Berkat semangat dan kesungguhan berjaya menyusukan anak sulung lebih setahun sebelum hamil anak kedua. Walaupun tempoh itu tidak mencecah dua tahun penuh, Leuniey tetap bangga dengan usahanya.
Untuk anak kedua dan ketiga, beliau mengambil pendekatan campuran dengan menyusu badan dan juga susu formula atas faktor kekangan fizikal dan mental. Namun baginya, tiada ibu yang sempurna. Apa yang paling penting ialah usaha, keikhlasan, dan kasih yang dicurahkan sepenuh hati.
Dalam pada itu, Leuniey turut berkongsi bahawa anak ketiga mereka disahkan speech delay dalam spektrum autisme. Ini menjadikan perjalanan keibuan Leuniey lebih mencabar, namun juga lebih bermakna. Setiap hari adalah pembelajaran, setiap detik adalah peluang memperbaiki diri sebagai ibu dan manusia.
Titip Pesanan Buat Anak
Momen paling menggetarkan ialah saat Leuniey menitip pesanan buat anak-anak. Harapnya mereka akan saling menyayangi dan menghargai pengorbanan ibu bapa.
Buat ibu lain, jangan bandingkan diri dengan orang lain. Setiap ibu ada cara, ada kisah, dan semua ibu adalah luar biasa.
“Kakak, abang dan baby, mummy sayang sangat. Untuk masa depan jaga adik beradik. Mummy dan Daddy dah bagi yang terbaik. Kakak dan abang jaga baby.”
Apa yang pasti, biar pun berjauhan, mereka kekal erat. Perkahwinan mereka membuktikan bahawa cinta yang disulam dengan kesetiaan, doa dan komunikasi mampu menangkis jarak dan cabaran. Bagi Leuniey, keluarga ialah segalanya dan segala pengorbanan itu berbaloi.
Program digital Top Mom Influencer Pa&Ma tahun ini memang tepat memilih Leuniey Natasha sebagai salah seorang penerima pengiktirafan kerana pengorbanannya sebagai seorang ibu tak pernah lelah demi memberikan yang terbaik buat anaknya, dengan harapan agar satu hari nanti, anak itu membesar menjadi insan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
 
The post PJJ Dengan Apek, Leuniey Natasha Sanggup Korbankan Segalanya Demi Anak-Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pjj-dengan-apek-leuniey-natasha-sanggup-korbankan-segalanya-demi-anak-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Hebat Menghapus Jurang Demi Anak Anak Kita

Guru Hebat Menghapus Jurang Demi Anak Anak Kita

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 167 hits
Dalam dunia yang semakin kompleks ini masa hadapan anak anak bukan lagi ditentukan oleh kebolehan semata mata namun dinilai oleh akses yang mereka miliki kepada pendidikan yang berkualiti Namun realitinya tidak seindah yang diimpikan Di seb...
Tekanan Menjadi Anak Gen Y Dalam Sandwich Generation

Tekanan Menjadi Anak Gen Y Dalam Sandwich Generation

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 184 hits
Aku tak tahu nak mula dari mana tapi kadang aku cuma nak cakap aku penat Aku anak Gen Y Umur makin meningkat Tapi hidup aku tak macam orang lain Kawan kawan seusia sibuk cari rumah kahwin ada anak Aku pula Masih bergelut dengan tanggungjawa...
Sukan Sekolah Anak

Sukan Sekolah Anak

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 197 hits
Sukan Tahunan sekolah anak selesai beberapa minggu lepas Varu ada masa nak upload Takde la cerita apa apa pun ingatkan memang malas nak datang sebab Mama Yan ada kelas jahitan pagi tu tapi sebab Sarah masuk acara lari berganti 4 x 100meter ...
Dapur Bukan Zona Larangan Ini Sebab Kenapa Beri Peluang Anak Memasak

Dapur Bukan Zona Larangan Ini Sebab Kenapa Beri Peluang Anak Memasak

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 135 hits
Dapur sering dianggap sebagai zona larangan untuk anak anak kecil disebabkan risiko keselamatan seperti api pisau dan peralatan panas Namun dapur sebenarnya boleh menjadi tempat pembelajaran yang sangat berharga dan menyeronokkan bagi anak ...
Tak Nak Anak Jadi Picky Eater Ini Apa Ibu Bapa Boleh Buat

Tak Nak Anak Jadi Picky Eater Ini Apa Ibu Bapa Boleh Buat

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 191 hits
Setiap ibu bapa pasti pernah berhadapan situasi anak yang memilih makan Kadang rasa putus asa risau anak tak cukup nutrisi malah ada yang sampai rasa kecewa bila usaha menyediakan makanan terbaik langsung tak dihargai Tapi jangan pandang ri...
Petua Tips Untuk Mendidik Anak Generasi Alpha

Petua Tips Untuk Mendidik Anak Generasi Alpha

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 155 hits
Mendidik anak anak Generasi Alpha ni memang satu cabaran yang unik dan memerlukan pendekatan yang berbeza daripada cara kita dibesarkan Saya faham sangat perasaan ibu bapa sekarang Dulu masa saya kecil main guli kejar kejar di padang atau m...
Lindungi Penglihatan Anak Anda Dengan Teknik Mudah 20 20 20

Lindungi Penglihatan Anak Anda Dengan Teknik Mudah 20 20 20

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 168 hits
Di era digital yang semakin maju ini penggunaan gajet seperti telefon pintar tablet dan komputer menjadi perkara biasa dalam kehidupan seharian kanak kanak Malah kajian menunjukkan bahawa kanak kanak kini menghabiskan purata lebih daripada ...
Petua Untuk Mudah Hamil Anak Perempuan

Petua Untuk Mudah Hamil Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 160 hits
Petua Tradisional Melayu Memikat Kehadiran Anak PerempuanSetiap pasangan yang menanti cahaya mata pasti ada impian tersendiri Ada yang dah miliki ramai putera lantas hati berbisik Alangkah indahnya kalau dapat puteri seorang pula kali ni Sa...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Budak Kilat

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Resipi Roti Telur Bungkus Gaya Thai Buat Sarapan Pagi Kenyang Sampai Petang

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tajwid Surat Ali Imran Ayat 190 191 Beserta Penjelasannya

Homestay Kuala Terengganu 4 Bilik Dan Ada Kolam

Hidup Masa Kini

Bersenam Cegah Hati Berlemak Kenapa Anda Perlu Ambil Berat

Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat

Resepi Apam Balik