5 Kuih Muih Resepi Orang Lama Terengganu Dahlah Ringkas Murah Pulak


Kuih muih tradisi yang sudah zaman berzaman memang sedap. Kosnya pun murah berbanding kuih moden. Bahannya pun ringkas sahaja.
Rugilah kalau kita tak mencuba resipi kuih muih orang ‘lama’ini. Jom kita ikuti 5 resipi kuih muih tradisi dari Terengganu ini.

1. TOK AJI SERBAN
BAHAN-BAHAN :
BAHAN LAPISAN ATAS :
2 cawan pulut1/2 sudu makan garam1 1/2 sudu teh gula1/2 cawan santanBAHAN LAPISAN BAWAH :
5 biji telur1/2 tin susu pekat1/2 tin susu cair2 ketul gula melaka @ gula merah |dicairkanCARA MEMASAK :
Cara masak lapisan atas:
1. Kukus pulut dan masukkan semua bahan di atas dan tambahkan sedikit air dalam 1 1/2 cawan air hingga masak.
2. Setelah pulut masak masukkan ke dalam loyang dan tekan-tekan sehingga mampat dan padat.
3. Semasa pulut panas tuangkan adunan lapisan atas.
Cara masak lapisan bawah :
1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau hingga sebati.
2. Kemudian tuangkan di atas lapisan pulut tadi.
3. Kemudian kukus balik selama 45 minit hingga sejam
4. Setelah sejuk Tok Aji Serban siap dipotong untuk dihidang.
INFO CHEF : Ada persamaan dengan seri muka, yang berbeza lapisan atasnya. Bahan telur, santan dan gula perlu seimbang untuk mendapatkan lapisan atas yang cantik (tidak keras dan tidak lembik)
Saiz hidangan : 10 ketul
Masa memasak :Satu jam
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis, pencuci mulut popular di Terengganu. Lapisan atas tidak menggunakan tepung.
Anggaran kos : RM 15

2. KAYU KERAMAT
BAHAN-BAHAN : 
1/2 kg tepung gandum1 camca teh soda birkabonat1/2 sudu makan yis segera6 camca makan gula1 3/4 cawan air suam1 sudu makan majerin/dicairkanCARA MEMASAK :
1. Masukkan yis dan gula ke dalam air suam dan kacau sedikit. Biarkan yis naik berbuih.
2. Tepung digaulkan dgn majerin sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan air gula dan yis yang dibancuh tadi.
5. Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang satu kali ganda (anggaran dlm sejam))
6. Gorenglah hingga kuih bertukar warna perang dan ia boleh hidangkan bersama teh panas atau dicicah dengan kuah gulai atau kari.
INFO CHEF: Kuih kayu keramat ini seakan kuih cakoi . Walau kelihatan serupa tetapi ia sedikit berbeza. Cakoi lebih lembut dan ringan, manakala Kayu Keramat agak padat dan berat dan amat
mengenyangkan.
Saiz hidangan : 50 ketul
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kudapan kuih muih
Keistimewaan : Sajian ringan yang mengenyangkan
Anggaran kos : RM 10

3.CHE MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN :
4 ketul ubi keledek (warna oren)(saiz sederhana)1 cawan tepung gandumGula secukupnya*Satu sudu makan gula untuk inti setiap ketul che mek molek
*Ubi keledek direbus dengan sedikit garam dan dilecek,buang kulitnya
CARA MEMASAK :
1. Gaul ubi keledek dengan tepung gandum sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur.
3. Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng.
4. Angkat bila kekuningan.
INFO CHEF : Doh perlu lembut jadi jangan gunakan terlalu banyak tepung gandum. Kuih akan menjadi keras.
Saiz hidangan : 15 ketul
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih muih
Keistimewaan : Tinggi fiber dan karbohiderat.
Anggaran kos : RM 10

4. PULUT NYOR/NYIOR
BAHAN-BAHAN :
2 cawan pulut2 cawan airGaram secukupnyaKelapa parut digaul garam dan gula | secukupnyaGaram dan gula*Ikan kering (dihidang bersama)
CARA MEMASAK :
1. Masak pulut bersama dua cawan air sehingga masak. Boleh tanak menggunakan ‘rice cooker’.
2. Setelah masak dan sejuk., Pulut yang sudah dimasak, dibentukkan menjadi bulat-bulat.
3. Apabila hendak dimakan gaulkan atau taburkanbersama kelapa parut yang sudah dicampur garam dan gula secukup rasa.
4. Enak dimakan bersama ikan kering
INFO CHEF: Anda juga boleh menabur bertih di atasnya. Ambil sedikit beras pulut dan goreng tanpa minyak (sangai) jadi lah bertih.
Saiz hidangan : 10- 12 ketul
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus atau tanak dalam periuk elektrik
Jenis masakan : Beras pulut
Keistimewaan : Pulut nyor asli ditanak dengan air sahaja tanpa menggunakan santan
Anggaran kos : RM 10

5. AKOK BERLAUK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN INTI:
1 kg isi ayam2 sudu rempah nasi minyak ( boleh juga guna rempah kurma)2 biji bawang besar |dikisar1 labu bawang putih | dikisar2.5 sm halia1 sudu makan serbuk kunyit3 sudu makan kerisek1 kotak kecil santan kotak (220 ml)3 sudu makan gulaGaram secukup rasa220 ml air4 biji bawang besar | dipotong daduBAHAN KULIT AKOK :
10 biji telur8 sudu makan tepung gandum2 sudu makan gulaSedikit esen vanilla (jika suka)CARA MEMASAK :
Cara masak inti :
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kurma dan kesemua bahan lain dalam kuali hingga naik minyak.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Agak-agak nak kering masukkan bawang yang dipotong dadu
5. Masak hingga kering.
Cara masak kulit akok/bauhulu
1. Putarkan telur dan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kaup balikkan sahaja.
3. Lengserkan acuan kuih dengan sedikit mentega dan taburkan dengan tepung untuk mengelakkan akok melekat pada acuan.
4. Panaskan oven pada suhu 140 darjah celcius.
5. Sendukkan adunan setengah acuan, bakar separuh masak. Keluarkan dan masukkan inti.
6. Kemudian tuangkan lagi setengah adunan menutupi inti.
7 .Bakar lagi sehingga kekuningan
INFO CHEF :
Akok berlauk ini juga dikenali sebagai bauhulu berlauk.
Saiz hidangan : 60 biji
Masa memasak :40 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa rempah ratus menyebabkan percik ayam berperisa.
Anggaran kos : RM 30
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/03/5-kuih-muih-resepi-orang-lamaterengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kuih Raya Kuih Bangkit Susu

Resepi Kuih Raya Kuih Bangkit Susu

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 893 hits
RESEPI BANGKIT SUSUBANGKIT SUSUBahan bahan 250gm tepung ubi tapioca flour1 helai daun pandan digunting kecil22sb gula icing saya letak 1sb je3sb susu pekat manis 100gm majerin mentega saya tambah lagi sikitCara 1 Sangar tepung ubi bersama d...
Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap Boleh Sihat Cantik Pulak Tu

Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap Boleh Sihat Cantik Pulak Tu

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 1070 hits
Tembikai susu oh tembikai susu Kalau dipotong dan dikeluarkan dari peti sejuk memang syok dan segar dimakan Lebih lebih lagi di hari panas terik perrggh Kredit foto newquayfruitsales co ukTembikai susu ni ada 2 jenis ada yang warnanya kunin...
Pemuda Pan Terengganu Sedia Pantau Wang Royalti Minyak

Pemuda Pan Terengganu Sedia Pantau Wang Royalti Minyak

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 222 hits
KUALA TERENGGANU Pemuda Parti Amanah Negara Terengganu akan menjadi mata dan telinga untuk memantau sebarang penyalahgunaan wang milik rakyat negeri Terengganu susulan keputusan kerajaan PH mengembalikan semula wang tunai petroleum kepada n...
Sophea Anak Kacukan Terengganu Rusia Tercantik Dunia Dah Jadi Kakak Adik Pun Seirasnya

Sophea Anak Kacukan Terengganu Rusia Tercantik Dunia Dah Jadi Kakak Adik Pun Seirasnya

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 1020 hits
Seminggu selepas kelahiran puteri kedua bagi pasangan Siti Safuraa Hamzah dan Assadullah Stumbry pasangan ini telah mendedahkan wajah bayi perempuan mereka di media sosial Anak kedua ini juga adik kepada kanak kanak yang pernah diiktiraf ba...
Lelaki Di Kelantan Dan Terengganu Paling Pendek Umur

Lelaki Di Kelantan Dan Terengganu Paling Pendek Umur

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 337 hits
Anggaran purata jangka hayat lelaki di Kelantan dan Terengganu paling pendek Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Negara yang dikeluarkan pada 20 Februari 2018 lalu jangka hayat lelaki di Kelantan dan Terengganu adalah 69 6 tahun berbandin...
Authorities Prep For Dry Spell In Terengganu Perak

Authorities Prep For Dry Spell In Terengganu Perak

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 242 hits
The impacts of climate change such as extreme severe droughts heavier rains and hotter temperatures have been felt almost throughout the country In Terengganu although such impacts had yet to be fully felt statewide efforts have been taken ...
Terengganu Beri Komitmen Isu Gejala Rasuah

Terengganu Beri Komitmen Isu Gejala Rasuah

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 469 hits
Katanya kerajaan negeri mengambil serius isu berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang boleh mendatangkan kerugian kepada negeri rakyat dan negara
Hari Sayyidatina Aisyah Platform Perkasakan Wanita Terengganu

Hari Sayyidatina Aisyah Platform Perkasakan Wanita Terengganu

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 214 hits
Oleh Nooreni Abu BakarKUALA NERUS 24 Februari Hari Sayyidatina Aisyah menjadi platform bagi wanita Terengganu untuk membincangkan isu isu pembangunan dan hal ehwal wanita serta kepentingan ummah yang diadakan sempena Hari Wanita peringkat n...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta