5 Kelebihan Surah Al Mulk Kenapa Kita Membacanya Sebelum Tidur
“Kenapa kita kena baca surah al Mulk sebelum tidur? Apa kelebihan surah al Mulk ni ye?”
Mungkin kita selalu mendengar anjuran mengamalkan surah al Mulk atau ‘Tabaraka’ sebelum tidur.
Namun, tahukah kita apa sebenarnya kelebihan surah al Mulk dan apa istimewanya untuk kita membaca surah ini pada setiap malam?
Di sini kami kongsikan antara kelebihan surah al Mulk ( الملك ) iaitu surah ke 67 dalam Al-Qur’an.
5 Kelebihan Surah Al Mulk Dan Kenapa Kita Membacanya Sebelum Tidur
Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai
faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya
seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain.
Dinamakan surah ”Al-Mulk” (Kuasa Pemerintahan), kerana pada awal
surah ini Allah Ta’ala menegaskan kekuasaanNya yang mutlak, – menguasai
pemerintahan dunia dan akhirat.
Ringkasan Kandungan Surah Al Mulk
Intisari kandungan surah Al Mulk menegaskan bahawa Allah
Ta’ala yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup makhluk-makhlukNya –
untuk menguji dan menzahirkan keadaan mereka: Siapakah di antaranya
yang lebih baik amalnya. Seluruh alam yang diciptakanNya itu, amatlah rapi dan tidak ada sebarang cacatnya.
Kemudian digambarkanNya peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada
hari kiamat dan balasan buruk yang sangat-sangat menggerunkan, yang
disediakan bagi orang- orang yang kufur ingkar.
Sebaliknya, disebutkan bahawa orang-orang yang takut melanggar hukum
Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak
melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Ramai antara kita yang mengamalkan surah ini setiap malam dan tak kurang juga yang telah menghafalnya.
Berikut adalah antara kelebihan surah al Mulk dan mengapa kita amat dianjurkan untuk membacanya setiap malam.
5 Keistimewaan Surah Al Mulk
1. Diampunkan Dosa Bagi Yang Membacanya
Menurut JAKIM, daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga
puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang
yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu
ialah “al-Mulk”.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan status hadith ini adalah Hadith Hasan)
Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang
sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan
diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat
wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
*Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
2. Surah Al Mulk Penyelamat Dari Azab Kubur
Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang kelebihan orang yang membaca Surah al-Mulk pada setiap malam.
Hadith yang menyatakan kelebihan berkenaan adalah seperti berikut:
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi
menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di
dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat.
Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:
يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ
أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ
تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ،
تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.
Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa
aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca
surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut
adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab
kubur.
Hadith riwayat al-Tirmidzi : 2890
*Sumber: Mufti Wilayah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://penulisanyus.blogspot.com/2024/10/5-kelebihan-surah-al-mulk-kenapa-kita.html