5 Keistimewaan Daging Harimau Menangis Suwarin Jinda Pemilik Kafe Terkenal Di Kelantan
5 Keistimewaan Daging Harimau Menangis Suwarin Jinda Pemilik Cafe Terkenal Di Kelantan | Salam semua, rasanya semua dah kenal dengan jenama Daging Harimau Menangis Suwarin Jinda. Sana sini pakat ramai yang cakap daging harimau menangis sejuk beku oleh Puan Suwarin Jinda sedap sangat. Sis pernah makan di kedai sebelum ini, masa tu belum PKP lagi dan belum lagi mula projek daging harimau menangis sejuk beku. Apa yang sis tahu, Puan Suwarin Jinda mula buat dalam bentuk pek semasa Perintah Kawalan Pergerakan tahun lepas.
Sebab tak boleh datang kedai kan. Ramai yang teringin nak makan daging harimau menangis air tangan Puan Suwarin Jinda. Tercetus lah idea nak buat dalam bentuk pek sejuk beku. Tak sangka sejak dari itu, meletup - letup jualan. Ramai peminat daging harimau menangis. Lagi mudah, beli dan masak sendiri di rumah.
Pemilik Cafe Suwarin Jinda
Kalau yang kenal dengan daging harimau menangis Suwarin Jinda, mesti dah kenal tuan punya pemilik Cafe Suwarin Jinda yang sebelum ini dikenali sebagai Kafe Hostel Pantai. Sekarang cafe dah berpindah ke tempat lain yang lebih luas, meja makan pun dah banyak dan tak ada dah bersesak - sesak macam dulu
Siapa yang dah pernah makan kat tempat dulu tahu suasana macam mana kan sebab sis pun pernah makan dah sana.
Luas sungguh nampak cafe, sis belum berkesempatan lagi nak pergi. Kalau tak kenal lagi dengan tuan pemilik cafe, ini lah dia tuan badan pemilik Cafe. Tempat baru dah bertukar alamat.
Jangan tak tahu Puan Suwarin Jinda fasih bercakap siam. Berasal dari Thailand tapi dah menetap lama di Kelantan. Sis pernah dengar dah dalam video. Disebabkan menu daging harimau menangis berasal dari Thailand. Jadi, Puan Suwarin Jinda lebih arif dan tahu bahagian daging yang digunakan.
Review : Daging Harimau Menangis Suwarin Jinda | Cepat, Sedap Dan MudahSis dah cuba sendiri daging harimau menangis Suwarin Jinda. Adik sis berniaga daging harimau menangis dan dia bagi cuba 2 pek nak rasa macam mana.
Walaupun tengok ke harga mesti orang kata mahal, kalau mahal berbaloi dengan rasa dan puas hati makan tak apa. Takut beli buat kali kedua sebab tak cukup makan. Sedap lah tu kan.
Dalam satu pek ada daging dan 2 jenis sos iaitu sos hijau Thai dan sos merah viral. Sama sis makan di kedai. 2 jenis sos siap bagi untuk cicah dengan daging.
Disebabkan ada 2 pek , jadi untuk pek pertama sis panggang saja dalam frying pan. Selepas masak, hiris letak dalam pinggan dah siap boleh dihidangkan terus dengan sos pilihan nak cicah dengan sos hijau Thai ataupun sos merah viral.
Untuk sos tu, kalau sejuk sangat baru keluar peti, korang boleh rendam dalam air panas sekejap biar hangat sikit sos tu baru sedap makan.
Untuk pek kedua, sis cuba reka sendiri selain dari nak panggang saja kan. Tapi buat yang simple dan mudah juga. Sebab sis ni kalau daging suka yang gorengan. Jadi, sis panggang daging dan hiris. Sebelum tu, sos hijau dan merah dicampurkan dan kacau rata
Kemudian, panaskan minyak dan tumis hirisan bawang kuning sampai wangi dan terus masukkan hirisan daging.
Kacau rata sekejap dan terus masukkan campuran sos hijau dan juga sos merah. Kacau lagi sebati dah siap untuk dihidangkan.Tak payah tambah garam dan gula dah. Secukup rasa dah. Sedap makan dengan nasi panas.
Kalau pandai kreatif nak masak apa dengan daging harimau menangis Suwarin Jinda, macam - macam boleh masak.
Bagi sis, daging perapan memang diperap dengan sempurna, dan terasa bila gigit, sos pun menyengat lagi - lagi yang sos merah tu.
5 Keistimewaan Daging Harimau Menangis Suwarin Jinda Bagi yang dah rasa sendiri daging harimau menangis Suwarin Jinda, pasti akan bertandang lagi ke cafe. Sekali dah cuba, pasti terbayang - bayang keenakan daging yang dipanggang dan dicicah dengan sos yang lain dari yang lain.
Nak cuba sendiri di cafe Suwarin Jinda atau nak beli dalam bentuk pek pun boleh. Pemilik cafe Puan Suwarin dia tak main sembunyi - sembunyi terus bagi tahu bahagian daging mana yang digunakan.
#1. Guna Daging Bahagian Neck, Chuck Dan BrisketKeunikan daging harimau menangis Suwarin Jinda yang ramai tak tahu. Bukan guna daging sebarang daging ya. Ini memang orang Thailand panggil bahagian daging harimau menangis yang selalu disebut- sebut.
Sis dulu pun bila orang sebut daging harimau menangis, tertanya juga bahagian mana yang guna dipanggil harimau menangis tu. Dipanggil daging harimau menangis sebab bahagian tersebut orang siam panggil harimau menangis.
Gambar di atas sis ambil dekat instagram rasmi Suwarin Jinda Cafe. Tunjuk gambar baru nampak jelas sikit, bahagian daging mana yang diambil yang dipanggil harimau menangis tu
Bagi yang tak tahu, bahagian harimau menangis diambil dari bahagian neck, chuck dan brisket.
#2. Menjimatkan Masa Dan Mudah Daging yang dah diperap dan jimatkan masa untuk memasak. Tak payah susah - susah nak beli daging nak perap lagi. Tak payah nak susah - susah juga nak buat sos . Ke semuanya dalam satu pek
Orang yang sibuk atau mak - mak bekerjaya elok lah beli. Buka pek dah boleh masuk dalam kuali dan terus panggang. Dah masak siap untuk dihidangkan.
#3. Harga Yang Berpatutan Harga untuk satu pek berlainan untuk di Kelantan, luar Kelantan dan juga Sabah dan Sarawak. Tapi bagi sis dah berpatutan.
Kelantan - RM 30 Luar Kelantan - RM 33Sabah dan Sarawak - RM 42
#4. Satu Pek Siap Dengan 2 Jenis Sos Dalam satu pek siap bagi percuma 2 jenis sos yang padu. Kedua - dua sos ini lah yang buat orang teringat - ingat. Sos yang disediakan adalah :Sos merah viral Sos hijau Thai
#5. Perapan Daging Yang Sempurna Yang Menjadi Pilihan RamaiDaging harimau menangis Suwarin Jinda diperap dengan sempurna. Kebanyakan ramai yang bagi maklum balas bagi tahu yang daging memang elok diperap.
3 Langkah Cara Masak Daging Harimau Menangis Suwarin Jinda Untuk cara masak mudah saja. Ikut 3 langkah di bawah ya :
1. Panaskan kuali. 2. Masukkan minyak masak 1 hingga 2 sudu makan. 3. Masak daging hingga kering air dan potong kecil ikut citarasa sendiri. Guna api sederhana.
Masak daging apa sekalipun petua tak nak daging jadi liat, jangan masak terlalu lama. Biar ada warna pink sikit.
Oh lupa ya untuk satu pek ini cukup untuk 3 hingga 4 orang makan.
5 Resepi Mudah Dan Cepat Menggunakan Daging Harimau Menangis Suwarin JindaDi sini, sis letakkan sekali video untuk resepi - resepi yang mudah menggunakan daging harimau menangis Suwarin Jinda. Pemilik sendiri buat video, senang untuk korang yang nak fikir menu simple dan sedap guna daging harimau menangis. Tonton video nampak jelas bahan yang digunakan
Boleh pelbagaikan resepi bukan setakat boleh panggang saja ya.
#1. Resepi Keng Som Rimau Jerit
#2. Resepi Daging Harimau Menangis Goreng Petai
View this post on Instagram A post shared by SUWARIN JINDA CAFE (@suwarinjindacafe)
#3. Resepi Kuey Teow Kungfu Harimau Menangis
#4. Resepi Maggi Goreng Mabuk
#5. Resepi Kerabu Harimau Menangis
Orang Segamat Boleh Dapatkan Di SiniOrang luar dari Kelantan yang tak dapat nak jalan - jalan cari makan lagi di sini terutamanya orang Segamat yang nak cuba rasa sendiri daging harimau menangis Suwarin Jinda, boleh wassap adik sis, agen sah daging harimau menangis by Suwarin jinda. Boleh klik link wassap di bawah ya
http://www.wasap.my/60195653128/SyNakDagingHarimauMenangisSuwarinJinda
Kredit gambar & Video : Suwarin Jinda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2021/03/daging-harimau-menangis-suwarin-jinda.html