5 Kebaikan Bertungku Untuk Wanita Perlu Anda Tahu
Terdapat banyak kebaikan bertungku untuk wanita yang merupakan amalan popular terutamanya selepas bersalin. Amalan ini masih lagi diamalkan oleh kebanyakan wanita di Asia dan semakin dikenali di luar negara.
Ia juga adalah suatu tradisi amalan turun temurun sejak dari dahulu lagi.
Apa Kebaikan Bertungku Untuk Wanita?Selalunya lepas bersalin kita disarankan untuk jaga pemakanan dan kesihatan. Ini untuk pastikan supaya badan kita cepat sembuh dari luka bersalin dan juga kembali cergas. Saya masih ingat ketika melahirkan anak yang pertama, amalan bertungku ni mesti dibuat.
Masa tu sebab berpantang di rumah sendiri, saya dapatkan bantuan dari pembantu berpantang berbayar (confinement lady) untuk datang ke rumah.
Selain tukang urut yang datang untuk mengurut dari hari ke empat selepas bersalin. Hari nak mengurut ni sebenarnya ikutlah tubuh masing-masing.
Kalau rasa dah agak kuat boleh mulakan dari hari kedua selepas bersalin semasa dah kembali ke rumah dari hospital.
Antara kebaikan bertungku untuk wanita terutamanya selepas bersalin termasuklah;
Bantu mengecutkan kembali rahimMelancarkan aliran darah nifas keluarBantu melangsingkan dan mengembalikan bentuk badanMenyegarkan badan yang letih selepas bersalinMembantu keluarkan angin dalam badan
Sekarang batu tungku dah ada dijual di Shopee
Bertungku Untuk Bantu Hilangkan Bengkak SusuMasa ni biasanya dah mula bengkak susu sebab belum lagi mahir nak menyusukan anak. Jadi apa yang tukang urut buat ialah bertungku di bahagian ketiak bawa ke arah dada.
Ia bertujuan untuk memecahkan susu beku dan bantu melancarkan kembali aliran. Sakit kan kalau masa bengkak susu jadi.
Rasa macam nak menangis menahan sakit. Pada saya, bertungku memang sangat-sangat membantu ketika itu.
Baca Lagi: Best Online Part-Time Jobs For Moms
Bertungku Untuk Bantu Lancarkan HaidKalau anda nak tahu, bukan masa lepas bersalin sahaja boleh bertungku. Masa datang haid pun digalakkan untuk bertungku. Ia bantu melancarkan haid dan juga mengurangkan sakit akibat senggugut
Teruskan Amalan BertungkuSaya masih teruskan amalan bertungku ni walaupun anak-anak dah besar. Bukan setakat selepas bersalin sahaja. Bertungku ketika mula haid dan juga ketika badan rasa sengal-sengal
Cuma tak adalah nak bakar batu sungai atau batu tumbuk tu lagi atas api. Beli bantal panas yang guna elektrik lagi mudah.
Beli yang jenis elektrik juga boleh
On kan sekejap jangan sampai panas sangat. Agak-agak panas sesedap rasa tu matikan suis dan letakkan atas perut.
Cuma apabila bertungku ni jangan pula sampai memudaratkan contohnya sampai melecur dan sebagainya. Bersederhana sahaja ya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eksplorasilea.com/2023/01/kebaikan-bertungku-untuk-wanita.html