5 Jenis Sayuran Berbentuk Organ Dan Baik Untuk Kesihatan
Harini aku nak kongsi sikit hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan kita seharian. Tahukah kita bahasa setiap sayur dan buah yang ada di atas muka bumi ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri?? buah yang tumbuh selain atas muka bumi ni tolong jangan tanya aku.huhu
Sayuran yang dicipta Allah swt mirip organ-organ dalaman manusia.Sebenarnya banyak lagi Sayuran dan buah-buahan yang mirip organ dalaman manusia dan mempunyai khasiatnya tersendiri.Ini antaranya sebagai sedikit perkongsian yang menakjubkan jom kita baca
1. Tomato
Tomata kaya dengan LYCOPINE iaitu sejenis zat antioxidant yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan beberapa lagi barah yang lain.
Ada juga digunakan untuk kecantikkan pada muka yang boleh melicinkan dan mengurangkan minyak pada kulit.Warna dan bentuknya seperti jantung.
2.Lobak
Lobak berwarna oren disebabkan daripada bahan kimia dari tumbuhan yang di panggil BETACAROTENE. Mengikut kajian sains lobak membantu melindungi penglihatan terutama sekali pada waktu malam. Sepotong lobak kelihatan seperti mata
3.Brocoli
Jika di teliti bahagian atasnya kelihatan seperti ratusan sel canser. Ianya memainkan peranan penting mencegah penyakit. Antara khasiat lain untuk membina otot di telinga..hehe tak ada la sampai macam tu sekali, tapi kalau ditanya diet abang-abang otot tu, broccoli la antara menu dietnya.
4.Kentang
Kelihatan seperti Pankreas. Ianya mempunyai GLYCEMIC INDEXyang rendah dimana memberi kebaikan untuk penyakit Kencing Manis dan juga dapat menguatkan pankreas dan megurangkan risiko kegagalan fungsi organ tersebut.
5.Halia
Kelihatan seperti perut. Digunakan untuk melegakan perut dan mengurangkan rasa tidak keselesaan perut. Baik untuk membuang angin dalam badan juga. Selain dari buat untuk masakan boleh juga dicampurkan ke dalam air minuman. Sama ada sedawa dan kentut cara melepaskan angin dalam badan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://lepakwithcoffeelover.blogspot.com/2014/05/5-jenis-sayuran-berbentuk-organ-dan.html