Berita Baik Jika Terus Sokong Bn




KULAIJAYA - Kerajaan menjanjikan lebih banyak bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) jika ia mendapat mandat untuk meneruskan program transformasi ekonomi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi itu bukan sahaja telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa tetapi turut menambah pendapatan negara.

"Dengan pendapatan yang bertambah, hasilnya kerajaan akan pulangkan semula kepada rakyat seperti yang kita lakukan menerusi BR1M 1, BR1M2.0 dan BR1M 3.0," katanya kepada lebih 10,000 yang menghadiri sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika mahukan agenda transformasi ekonomi negara yang memberi pelbagai manafaat kepada rakyat itu diteruskan, maka kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu diberikan mandat untuk terus memerintah negara ini.

"Jikalau mandat itu diberikan (kepada kerajaan BN) untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat, Malaysia akan mempunyai masa depan yang cukup hebat dan cemerlang," katanya yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.

Turut hadir pada majlis sambutan itu termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Ahli Parlimen Kulai, Tan Sri Ong Ka Ting, beberapa menteri
kabinet dan pemimpin parti komponen BN.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menerusi program transformasi ekonomi telah berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia daripada AS$6,700 (RM20,759) pada penghujung 2009 kepada AS$9,750 (RM30,210) pada
penghujung 2011.

Perkara itu adalah bertepatan ke arah usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata, kejayaan pengurusan ekonomi negara itu turut meyakinkan agensi pelaburan Qatar untuk membuat pelaburan bagi membina Hotel Harrods yang pertama di dunia di Kuala Lumpur.

Selain Hotel Harrods itu, katanya, pelabur yang berkeyakinan terhadap program transformasi ekonomi Malaysia turut akan melabur berbilion ringgit bagi membina Hotel Four Seasons setinggi 65 tingkat di ibu negara.

Perdana Menteri berkata Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada 2006 sehingga akhir tahun lepas juga telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM106 bilion dari dalam dan luar negara.

Pada 19 Februari ini, Najib berkata, beliau dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Iskandar Malaysia dan merasmikan projek ikonik 'Wellness Township'.

"Program transformasi ekonomi negara sedang berjalan dengan pantas dan rakyat telah pun menerima faedah serta manfaatnya. Bukti kejayaan program transformasi itu boleh dilihat di sekeliling kita," katanya.

Beliau memberi contoh Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Kulaijaya yang akan memulakan projek pembesaran fasa keduanya, walaupun pembukaannya baru sahaja dirasmikan tidak lama dahulu.

Perdana Menteri berkata di bawah projek fasa kedua itu pihak pengurusan JPO akan menambah 70 lagi kedai.

Beliau berkata pasaran sedang menunggu mandat yang jelas daripada rakyat kepada kerajaan, yang akan menyaksikan ia melonjak ke suatu tahap yang lebih tinggi dan keyakinan pelabur melambung.

"Semua akan menerima faedahnya jika kita membuat keputusan yang tepat," kata beliau.

Menurutnya manfaat demi manfaat yang diterima oleh rakyat hasil kejayaan program transformasi ekonomi yang dilaksanakan itu membuktikan kerajaan menepati segala janji yang dibuatnya.

"Kita tidak menjual janji demi janji sebagaimana yang dilakukan oleh pembangkang. Kerajaan melaksanakan 'Janji Ditepati' terhadap segala yang dijanjikan kepada rakyat," katanya.

Perdana Menteri pada majlis yang sama turut menyampaikan bantuan BR1M 2.0 kepada 20 penerima daripada kawasan Parlimen Kulai. - Bernama

Sumber Asal: Sinarharian

P/S:Baguslah dengan adanya BR1M ini dapatlah meringankan beban pada rakyat yang susah macam admin ni ^_^
Teruskan sokong BN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blogpoyo.blogspot.com/2013/02/berita-baik-jika-terus-sokong-bn-br1m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Ada Soqang Ni Nak Bawa P Umrah Kali Ni Nak Bina Masjid Baik Buat Kaabah Terus Keh Keh Keh

Dulu Ada Soqang Ni Nak Bawa P Umrah Kali Ni Nak Bina Masjid Baik Buat Kaabah Terus Keh Keh Keh

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 217 hits
NORSHIDAH MOHD DAUD Tg Piai janji nk bawak p umrahNi janji nk bina masjid lakLainkali cakap la nk bina KaabahBN bangang berpisah tiada
Hiburan Saya Akan Sokong Zizi 100 Terus Istiqamah Akan Sentiasa Di Sisinya Hadapi Ujian Yusuf Bahrin

Hiburan Saya Akan Sokong Zizi 100 Terus Istiqamah Akan Sentiasa Di Sisinya Hadapi Ujian Yusuf Bahrin

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 185 hits
Minggu lalu hangat isu diperkata oleh netizen serta penggiat seni tentang penyanyi Zizi Kirana didakwa telah melanggar kontrak dengan sebuah syarikat produksi drama ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementIsu berkenaan telah mengundang pelbagai reak...
Adakah Muhyiddin Akan Terus Sokong Ismail Sabri Jika Bersatu Kalah Dalam Prn Melaka

Adakah Muhyiddin Akan Terus Sokong Ismail Sabri Jika Bersatu Kalah Dalam Prn Melaka

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 304 hits
LIM KIT SIANGBanyak tumpuan kini diberikan kepada katak politik dalam Pilihan Raya Negeri Melaka tetapi masih tidak ada perbincangan bermakna mengenai prinsip dan integriti dalam berpolitik seakan akan perbuatan menukar parti politik ini sa...
Tidak Mahu Terus Terpaiit Akhirnya Wakil Kedai Yang Tular Gara2 Harga Siakap Tak Masuk Akal Tampil Buat Penjelasan

Tidak Mahu Terus Terpaiit Akhirnya Wakil Kedai Yang Tular Gara2 Harga Siakap Tak Masuk Akal Tampil Buat Penjelasan

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 303 hits
Dengan pembukaan geIembung pelanc0ngan dan kebenaran rntas negeri nmpaknya ramai yang tak mahu Ipaskan pIuang meIncong dan berjalan jalan bersama kIuarga Antara tempat yang menjadi tmpuan para peIancong ialah Langkawi Memang tak dinafikan a...
Saya Boleh Ambil Telefon Dan Cuba Hubungi Nynaa Terus Voicemail Whatsapp Pun Single Tick Suami Pelakon Nynaa Harizal

Saya Boleh Ambil Telefon Dan Cuba Hubungi Nynaa Terus Voicemail Whatsapp Pun Single Tick Suami Pelakon Nynaa Harizal

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 384 hits
Keadaan semasa Saya boleh ambil telefon dan cuba hubungi Nynaa terus voicemail WhatsApp pun single tick Jadi saya tidak tahu
Catat Investor Ori 020 Lampaui Target Bri Terus Optimis St008 Makin Laris

Catat Investor Ori 020 Lampaui Target Bri Terus Optimis St008 Makin Laris

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 195 hits
Penjualan Obligasi Negara Ritel atau ORI Seri 020 yang dibuka pemerintah mulai 4 Oktober lalu sukses memberikan catatan penjualan yang sangat baik
Harga Ayam Mungkin Terus Naik Bos Mydin

Harga Ayam Mungkin Terus Naik Bos Mydin

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 224 hits
Harga ayam mungkin terus naik Bos Mydin Kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi menangani isu kenaikan harga ayam kata pemilik rangkaian pasa rraya besar Mydin Ameer Ali Mydin Beliau berkata pembekal mendakwa kenaikan harga berpunca d...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran