5 Jenis Baka Kambing Yang Perlu Anda Tahu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Maklumat ini sangat PENTING untuk difahami sebelum anda memulakan sebarang projek ternakan kambing kerana ia mampu menguntungkan anda
Ada yang menyangka perkara penting untuk berjaya dalam penternakan kambing ialah mempunyai tanah yang luas serta mempunyai kandang kambing yang selesa.. Mereka sanggup berhabis modal untuk membeli atau menyewa tanah dan membina kandang yang dimahukan.
Ia satu tindakan yang agak kurang berbaloi kerana menghabiskan modal untuk ladang ternakan sahaja akan menyebabkan projek ternakan anda tidak berjaya
Ini kerana ada yang lagi penting dari itu.. Kalau ianya tiada, maknanya tiada maknalah projek ternakan kambing anda..
Ia adalah KAMBING!
Ya, kalau tiada kambing yang hendak diternak kerana kekurangan modal, anda cuma akan menternak lalang di tanah ladang tersebut.. Haha :P
Untuk menjadi seorang penternak kambing yang berjaya, kita perlu tahu memilih baka kambing yang sesuai untuk diternak - sesuai dengan projek penternakan kambing yang telah dirancangkan.
Dengan memilih baka kambing yang benar-benar terbaik untuk projek kita, sudah tentu kita mampu menjana keuntungan pada masa depan
Berikut antara 5 jenis baka kambing yang sangat berbaloi untuk projek ternakan kambing anda.
#1 - Kambing Katjang (Jenis Pedaging)
Punyai tahap kesuburan yang tinggi (satu kelahiran hasilkan hingga 4 ekor anak)Sangat mudah dijaga & mampu sesuaikan diri dengan persekitaran.Kualiti daging yang sangat tinggi
Kambing Katjang
Ciri-ciri Kambing Katjangmempunyai tanduk yang melengkuk ke belakang, leher yang pendek dan belakang yang tinggi sedikit dari bahunya.Telinga yang pendek dan tegakBulu yang nipis dan kasar, berwarna hitam, kadangkala bertompok putihKambing jantan mempunyai bulu panjang dan kasar di sekeliling tengkuknya serta mempunyai janggut.
Ciri-ciri Kambing Katjang
#2 - Kambing Jamnapari (Jenis Penusu)
Ia juga dikenali sebagai kambing EttawaSesuai diternak untuk dapatkan susu dan dagingPunyai tahap kesuburan tinggi (satu kelahiran boleh lahirkan hingga 3 ekor)
Kambing Jamnapari
Ciri-ciri Kambing Jamnapari/Etawah
Mempunyai telinga yang besar dan panjangBulunya agak kusut, berwarna campuran hitam dan kekuninganBerat kambing jantan dan betina dewasa adalah antara 60-90 kg dan 30-60 kg masing-masingnya
Ciri-ciri Kambing Jamnapari
#3 - Kambing Anglo Nubian (Jenis Pedaging & Penusu)
Jenis kambing yang paling sesuai untuk hasilkan susu dan dagingMampu hasilkan susu sehingga 2 liter sehariPunyai tahap kesuburan yang tinggi dan tahan lasak
Kambing Anglo-Nubian
Ciri-ciri Kambing Anglo-NubianMerupakan baka importMempunyai badan yang besar, kaki yang panjang dan telinga yang berjuntairaut mukanya cembung dan mempunyai tandukBulu warna perang bertompok kemerahan, perang bertompok putih, hitam atau kombinasi warna-warna tersebutBerat badan sekitar 50-80 kgBaka ini sesuai untuk pengeluaran susu Anggaran susu yang dihasilkan ialah lebih kurang 200 kg dalam tempoh bersusu iaitu 261 hari
#4 - Kambing Boer (Jenis Pedaging)
Antara kambing pedaging terbaik di duniaDaging kambing baka ini sangat enak dan mempunyai permintaan yang tinggiBerat kambing boleh capai hingga 45 kg walaupun pada usia 5-6 bulan
Kambing Boer
#5 - Kambing Saneen (Jenis Penusu)
Boleh menghasilkan kuantiti susu yang banyakMampu hasilkan 3-4 liter setiap hari katika tempoh penyusuanKebanyakannya melahirkan anak kembar dua.
Kambing Saneen
Pemilihan baka yang sesuai bergantung kepada tujuan projek ternakan anda, jenis keturunan & baka kambing serta penilaian berdasarkan kepada kaedah rekod dan fizikal kambing berkenaan
Jika anda menternak hanya kerana suka-suka, lebih eloklah anda mendapatkan baka kambing tempatan sahaja. Tapi jika anda memang nak jadikan projek penternakan kambing ini satu kerjaya maka anda PERLULAH bijak memilih baka mengikut modal anda
Nak belajar lebih lanjut tentang penternakan kambing dari zero? Boleh dapatkan rujukan di bawah:
Sumber : RahsiaKambing.com
atau;
Klik link di bawah untuk mengetahuinya:-> RahsiaKambing.com
Semoga bermanfaat.
Info Berkaitan:5 Persediaan PENTING Sebelum Menjual Barangan Borong Dari China.5 Kesilapan Sewaktu Memborong Barangan Dari China Yang Bakal Merugikan Anda!5 Cara TERBAIK Untuk Memilih Barangan Dari China Untuk Dijual Secara Online Di Shopee & Lazada..5 Sebab UTAMA Mengapa Anda Perlu Mulakan Bisnes Online Hari Ini Juga Dengan Menjual Barangan Borong Dari China..Tengah Cari Peluang Jana Income Secara Online & Part-Time?5 Perkara WAJIB Yang Perlu Anda Ada Sebelum Memulakan Bisnes Food Delivery 5 Makanan Yang TERBUKTI Mempunyai Permintaan Tinggi Dalam Bisnes Food DeliveryPanduan Berjimat Cermat Semasa PKPCara Jalankan Bisnes Makanan Tanpa Kedai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.coretananuar.com/2021/08/5-jenis-baka-kambing-yang-perlu-anda.html