5 Jam Terapung Di Laut Pencandat Sotong Diselamatkan Nelayan


MT ReportersEmpat rakan diselamatkan bersama, manakala seorang lagi yang hanyut ke tempat lain diselamatkan bot nelayan berasingan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Lima pencandat sotong bernasib baik memakai jaket keselamatan apabila terapung di laut selama lebih lima jam selepas bot dinaiki karam di perairan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
Seorang daripadanya, pengemudi bot Yuzree Mahmud, 50, berkata dia berenang sambil meniupkan wisel pada jaket keselamatannya untuk menarik perhatian sebaik melihat bot kayu.
“Alhamdulillah, saya diselamatkan nelayan yang mengemudi bot kayu berkenaan dan kemudian kembali semula ke tempat kejadian untuk menyelamatkan tiga rakan saya yang lain,” katanya dipetik daripada Bernama.
Mereka kemudian dibawa nelayan ke Jeti Kastam Pengkalan Kubor.
Sementara itu, seorang lagi rakan mereka yang hanyut ke tempat lain turut ditemui selamat pada 2.30 pagi tadi oleh bot lain dan dibawa ke Jeti Kuala Besar.
Mengulas lanjut, Yuzree berkata dia bersama rakan-rakannya yang berusia antara 35 hingga 55 tahun bertolak ke laut untuk mencandat sotong pada 3.30 petang semalam.
“Selepas hampir 30 minit bertolak dari Jeti Tok Dokang, Banggol dan berada hampir 18km dari daratan iaitu sebaik selesai menunaikan solat asar, saya melihat dua angin puting beliung setinggi 30 kaki yang hanya jarak kira-kira 200m dari bot kami.
“Khuatir dengan keadaan itu, saya terus mengalihkan bot ke arah lain, namun hanya sempat meneruskan perjalanan kurang dari 2km sebelum saya menjatuhkan sauh kerana angin sudah terlampau kuat sehingga bot kami karam kerana dimasuki air ekoran ombak yang terlalu kuat,” katanya sambil memberitahu puting beliung itu berlaku hampir satu jam.
“Dalam sekelip mata sahaja saya melihat air di dalam bot hampir penuh sebelum mengarahkan rakan-rakan untuk terjun ke laut ‘berbekalkan’ tong ikan dan tong makanan yang ada untuk dijadikan pelampung.
“Keadaan mungkin lebih bahaya sekiranya kami masih kekal berada di dalam bot itu yang hampir karam.
“Ketika itu, saya hanya mampu berdoa tidak putus-putus kepada Allah SWT agar ada orang yang berdekatan di sekitar itu ternampak bot kami,” katanya yang pertama kali berdepan pengalaman menakutkan itu selepas 20 tahun menjadi pencandat sotong.
Yuzree bersyukur terselamat dalam kejadian itu dan berasa sangat bernasib baik kesemua mereka memakai jaket keselamatan sekali gus membantu mereka bertahan di laut.
“Alhamdulillah, kami semua selamat dengan hanya ada cedera ringan sedikit, namun tidak serius selain hanya mengalami lenguh-lenguh badan akibat berada terlalu lama di laut dan berenang dalam jarak yang jauh.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Beliau berkata selain Yuzree, mangsa yang terlibat ialah Che Muhamad Sabri Che Noh, 55, Norman Hishah Abd Rashid, 42, Muhamad Suhalim Ibrahim, 46, dan Mohamad Azml Mustafa, 35.
“Empat mangsa ditemui selamat oleh nelayan berdekatan lebih kurang 13 batu nautika atau 24km dari daratan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Besar Badang, 9.30 malam tadi, manakala seorang lagi ditemukan tidak jauh dari lokasi rakan-rakannya diselamatkan,” katanya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/5-jam-terapung-di-laut-pencandat-sotong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Temui Nelayan Polisi Kepulauan Meranti Patroli Di Laut Ingatkan Bahaya Covid 19

Temui Nelayan Polisi Kepulauan Meranti Patroli Di Laut Ingatkan Bahaya Covid 19

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 216 hits
Personel kepolisian dari Satuan Polisi Perairan Polres Kepulauan Meranti Provinsi Riau melakukan patroli di perairan Selatpanjang guna mengingatkan bahaya Covid 19 sekaligus mengantisipasi pemudik ilegal melalui jalur laut
Tradisi Larung Kepala Kerbau Ke Laut Bakal Tetap Digelar Di Jepara

Tradisi Larung Kepala Kerbau Ke Laut Bakal Tetap Digelar Di Jepara

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 205 hits
Tradisi pesta laut atau lomban kupatan yang mencakup pelarungan kepala kerbau ke laut tahun ini bakal tetap digelar di Kabupaten Jepara Provinsi Jawa Tengah Tradisi turun temurun ini akan digelar dengan sejumlah pembatasan
Nak Ambil Vaksin Pun Tak Terkawal Yang Lain Ke Laut Lah Gamaknya

Nak Ambil Vaksin Pun Tak Terkawal Yang Lain Ke Laut Lah Gamaknya

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 321 hits
Kekeliruan berlaku di luar pusat vaksinasi utama KL May 15 2021 Komunikasi lemah menyebabkan penerima vaksin yang berkumpul di luar Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur keliru bila dan mana perlu dituju serta sama ada mereka perlu beratur KUAL...
Tak Faham Soalan Atau Kurang Jelas Atau Mantik Ke Laut Kah Kah Makangajibuta

Tak Faham Soalan Atau Kurang Jelas Atau Mantik Ke Laut Kah Kah Makangajibuta

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 178 hits
MOHD SAYUTI OMAR Orang tanya bersediakan untuk loby negara Islam agar tekan Israel dia tidak menjawab secara konkrit sebalik meleret ke sejarah satu kampung di Palestin yang rumah dan tanah dirampas Israel menyebabkan moderator terpaksa ula...
5 Restoran Makanan Laut Segar Yang Popular Berpatutan Di Kuala Lumpur

5 Restoran Makanan Laut Segar Yang Popular Berpatutan Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 543 hits
Makanan laut segar mampu membuatkan ramai orang terliur Rasa manis ikan udang ketam dan sotong boleh menyebabkan keinginan untuk makin memuncak Tambahan pula terdapat pelbagai jenis menu masakan yang sedap menggunakan makanan laut segar yan...
Kapal Terbalik Dihantam Gelombang Petani Rumput Laut Di Saumlaki Meninggal Dunia

Kapal Terbalik Dihantam Gelombang Petani Rumput Laut Di Saumlaki Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 266 hits
Seorang petani rumput laut di Saumlaki yang merupakan warga Desa Batu Putih Kabupaten Kepulauan Tanimbar Maluku Sabtu ditemukan meninggal dunia akibat perahu ketinting yang digunakannya terbalik dihantam gelombang tinggi
Laporan Kejadian Gempa Bumi Di Gua Musang Kelantan 59km Timur Laut Ipoh Perak Pada 26 Mei 2021 Adalah Tidak Benar

Laporan Kejadian Gempa Bumi Di Gua Musang Kelantan 59km Timur Laut Ipoh Perak Pada 26 Mei 2021 Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 285 hits
SEBENARNYA Menurut siaran media Jabatan Meterologi Malaysia MET Malaysia telah mendapat maklumat berkenaan penularan mesej mengenai kejadian gempa bumi berlaku di Gua Musang Kelantan 59KM timur laut Ipoh Pe
Suku Kaum Iban Juga Dikenali Dayak Laut

Suku Kaum Iban Juga Dikenali Dayak Laut

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 683 hits
Iban adalah suku kaum peribumi yang terbesar di Sarawak Suku kaum Iban terdapat di semua bahagian di Sarawak terutamanya di Miri Bintulu Sibu Kapit dan Kuching Lebih 50 peratus penduduk Sarawak adalah Iban yang juga dikenali sebagai Dayak L...
Terlalu Zauk Dan Fana La 8 Kali Naik 22 Kali Tak Bersuara Genting Tak Ditutup Dan Hudud Ruu355 Ke Laut Sembang

Terlalu Zauk Dan Fana La 8 Kali Naik 22 Kali Tak Bersuara Genting Tak Ditutup Dan Hudud Ruu355 Ke Laut Sembang

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 139 hits
W FAUDZIN Beliau adalah Wali yang tenggelam dalam Zauq dan fana kerana hubungannya dengan Allah Mokhtar Senik Terlalu zauq dan fana la maka judi ditambah dari 8 kali kpd 22 kali Terlalu zauq dan fana lah maka dapat gaji buta dalam keadaan r...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults