5 Idea Hebat Kek Tanpa Oven Lembut Lembab Dari Norbaini Rahwi


Idea kek kukus kali ini memang cukup istimewa. Tanpa membakar dalam ketuhar kek kekal lembut dan sedap. Malahan kek yang dikukus tanpa oven ini mempunyai tekstur yang lembab ‘moist’ yang cukup enak.
Pastikan periuk pengukus dididihkan terlebih dahulu airnya, dan tutup kek dengan aluminium foil agar tidak menitik di atas kek.Jom semak idea kreatif Norbaini Rahwi yang juga penulis dan pengajar resipi kek.

1. KEK KUKUS LOBAK

BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
4 biji telur200gm gula kastor270gm minyak masak/jagung½ sudu teh garam1 sudu teh vanilla essenBahan B:
240gm tepung gandum | diayak2 cawan lobak merah | disagat1 ½ sudu teh serbuk kayu manis1 sudu teh serbuk penaik½ sudu teh baking sodaBahan-bahan untuk filling dan topping:
600gm whipping cream/fresh cream200gm krim kejuCARA MEMASAK :
Cara pembuatan kek kukus :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan 2 loyang bersize 8 inci dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga sebati
3. Masukkan Bahan B. Gaul hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
5. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan kek selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Setelah masak sejukkan kek.
Cara-cara pembuatan filling dan topping :
1. Pukul krim keju hingga lembut. Ketepikan.
2. Pukul whipping cream hingga kental.
3. Masukkan krim keju ke dalam whipping cream dan kacau sebati.
4. Sapukan krim di setiap lapisan.
5. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan : 12 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Kelazatannyasama seperti yang dibakar dengan aroma kayu manis yang harum
Jenis masakan : Kek
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Lobak yang disagat hendaklah digoreng kering tanpa minyak supaya lobak kering sedikit dan rasa lebih enak.
2. KEK KUKUS RED VELVET

BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
4 biji telur120gm gula kastor½ sudu makan ovaleteBahan B (diayak):
80gm tepung gandum30gm susu tepung10gm kopi 3 in 11 sudu teh serbuk penaikBahan C :
100gm yogurtBahan D :
50ml minyak jagung/masakBahan E :
1 sudu kecil red velvet emulcoSedikit pewarna merah jika mahuBahan-bahan untuk filling dan topping:
600gm whipping cream/fresh cream
200gm krim keju
CARA MEMASAK :
Cara pembuatan kek kukus :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Masukkan bahan B dan diselang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati
4. Masukkan bahan D, dikacau hingga rata dan akhir sekali masukkan bahan E.
5. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan kek selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk bahagikan/potongkan kepada 3 atau 4 bahagian.
Cara pembuatan topping:
1. Pukul krim keju cheese hingga lembut. Ketepikan.
2. Pukul whipping cream hingga kental.
3. Masukkan krim keju ke dalam whipping cream dan kacau sebati.
4. Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga bahagian atas.
5. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing
Saiz hidangan : 12 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Kek ini lebih lembab berbanding daripada yang dibakar, enak dengan krim keju
Jenis masakan : Kek
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Tidak perlu menyapu minyak atau mentega/marjerin di bawah dan di sekeliling loyang. Ini kerana ia akan menyebabkan kek mengecut.
3. BROWNIES KUKUS

BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
6 biji telur220gm gula kastor1 sudu makan ovaleteBahan B :
160gm tepung gandum | diayak50gm serbuk koko | diayak1 sudu makan nescafe | diayak1/2 sudu kecil garamBahan C:
100ml susu pekatBahan D :
100gm dark chocolate compound/cooking chocolate di cairkanBahan E :
175gm minyak jagung/masak1 sudu kecil vanilla essenCARA MEMASAK :
Cara pembuatan brownies kukus :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 9 inci dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang.
3. Masukkan bahan B. Gaul hingga sebati
4. Kemudian masukkan bahan C dan D, gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan bahan E dan esen vanila, dikacau hingga rata.
6. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak sejukkan brownies. Hias ikut citirasa masing-masing. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan : 16 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Brownies kukus mempunyai rasa coklat yang enak dan lembut.
Jenis masakan : Brownies
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Cucuk brownies dengan lidi sate untuk memastikan ia sudah masak, sekiranya masih lagi ada adunan yang masih melekat bermakna brownies belum masak.
4. KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
8 biji kuning telur135gm gula kastor1 sudu teh ovaleteBahan B :
300gm mentega/marjerin70gm horlick½ cawan susu pekat manis1 sudu teh esen vanilaBahan C :
165gm tepung gandum
1½ sudu teh baking powder
Kepingan asam Hwa Flakes secukupnya
CARA MEMASAK :
Carapembuatan kek kukus :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan dialas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Pukul bahan B hingga putih. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau rata
4. Kemudian masukkan bahan C. Gaul hingga sebati.
5. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan warna hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning.
6. Panaskan periuk kukusan, ambil ¾ cawan bahagian hijau dan ratakan di dalam loyang, kukuskan selama 8 minit. Kemudian ambil ¾ cawan bahagian hijau dan ratakan di dalam loyang dan susunkan asam hwa flakes, ulang langkah melapis sehingga habis.
7. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan : 20 orang
Waktu memasak : 50 minit
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Rasa masam manis asam menyedapkan lagi kek yang sangat lembut dan lembab ini
Jenis masakan : Keks
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF :Tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil agar air tidak menitis di lapisan kek lapis.
5. KEK KUKUS LAPIS COKLAT RICE

BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
8 biji kuning telur200gm gula kastor1 sudu makan ovaleteBahan B :
200gm mentega/marjerin3 sudu makan susu pekat manis1 sudu teh esen vanilaBahan C (diayak) :
200gm tepung gandum50gm susu tepung½ sudu teh serbuk penaikBahan D :
2 sudu teh coklat emulco*Chocolate Rice secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara pembuatan kek kukus :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Pukul bahan B hingga putih dan ketepikan.
4. Campurkan bahan A dan B. Kacau rata.
5. Masukkan bahan C. Gaul hingga sebati. Ketepikan
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan warna asal dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan D (jadi warna coklat).
7. Panaskan periuk kukusan, ambil ¾ cawan warna asal dan ratakan di dalam Loyang, kukuskan selama 8 minit.Kemudian ¾ cawan bahagian warna coklat, ratakan di dalam loyang taburkan coklat rice, ulang langkah melapis sehingga habis.
8. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 25 orang
Waktu memasak : 50 minit
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Kaya dengan rasa coklat dan tekstur yang lembut
Jenis masakan : Kek
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Alaskan loyang dengan kertas atau plastik tahan panas supaya kek mudah dikeluarkan.
Kredit Foto & Resipi : Norbaini Rahwi
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO INI :
[embedded content]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/06/5-idea-hebat-kek-tanpa-oven-lembut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mudahnya Buat Kek Classic Victoria Sandwich Ni Paling Ringkas Sedap Lembut

Mudahnya Buat Kek Classic Victoria Sandwich Ni Paling Ringkas Sedap Lembut

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 557 hits
Menikmati sepotong kek Classic Victoria Sandwich terasa seakan tidak pernah mencukupi Keenakkan rasanya ditambah dengan kelembutan kek dan topping serta krim membuatkan setiap suapan terasa cukup bermakna Rupanya hendak menyediakan Kek Clas...
Peniaga Kongsi Resipi Kek Batik Versi Lembut Mewah Dengan Rasa Coklat Dijamin Sedap

Peniaga Kongsi Resipi Kek Batik Versi Lembut Mewah Dengan Rasa Coklat Dijamin Sedap

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 542 hits
Kalau kita buat kek batik pasti sedikit keras ataupun jika tersalah sukatan pasti keras sehingga sukar untuk dipotong kan Bagi yang ingin mendapatkan hasil lembut untuk kek batik boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Noor Atika ini Rese...
Kek Marble Minyak Oren Gebu Cik Matahariku Guna Resepi Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan

Kek Marble Minyak Oren Gebu Cik Matahariku Guna Resepi Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 1387 hits
As SalamKek Marble Minyak Oren Gebu Resepi Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan Lama jugak saya tak share resepi kek Ada je saya buat kek time PKP dan PKPB ni cuma saya tak publish lagi dalam blog Bila Syawal keempat hari ini saya agak inilah ma...
Resepi Kek Batik Simple Campak2 Terus Jadi

Resepi Kek Batik Simple Campak2 Terus Jadi

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 545 hits
Harini mama nak share Resepi Kek Batik Simple Campak2 Terus Jadi Kek Batik memang sangat senang untuk dibuat Memang ada banyak versi dan mama sendiri dah cuba beberapa versi Nak tengok versi paling simple dan sedap boleh refer je Resepi Kek...
Kek Marble Basic Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang Paling Mudah

Kek Marble Basic Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang Paling Mudah

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 451 hits
Jika anda memilih untuk mencuba menyediakan kek buat anak anak dan keluarga di musim perayaan ini Ada baiknya anda memilih kek marble sebagai permulaan Selain rasanya yang enak ditambah dengan coraknya yang mengujakan kek marble juga antara...
Kek Coklat Karamel Gabungan Kek Coklat Dan Puding Kastad Enak

Kek Coklat Karamel Gabungan Kek Coklat Dan Puding Kastad Enak

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 405 hits
Tengok dari bahan ramuan boleh tahu kelazatan kek coklat karamel ni Lapisan atasnya karamel lapisan tengah puding kastad dan di bawah sekali lapisan kek coklat bersusu Makan sejuk memang nyaman aje lalu kat tekak nikmat tak terkata lah KEK ...
Mudahnya Buat Kek Planta Rainbow Ni Wangi Gebu Terlajak Moist

Mudahnya Buat Kek Planta Rainbow Ni Wangi Gebu Terlajak Moist

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 534 hits
Kek menjadi sajian utama sebagai manisan di pagi raya Tidak lengkap raya tanpa sebiji kek yang dibakar malam raya Kek Planta Rainbow ini antara kek wajib dicuba kerana cara hendak membuatnya cukup lah mudah Malah resipi Chef Azmin Zain yang...
Kek Oren Sunquick

Kek Oren Sunquick

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 405 hits
Kek oren sunquick mmg rase tu xlh manis sgt dan wangi bau oren sunquick tu Bahan2 pon mudah je pakai sukatan cawan je bahan tepung gandum 2 cawanminyak masak 1 cawanpati sunquick 1 2 cawan1 cawan gula baking powder 1 sudu besar penuhtelor g...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand