5 Idea Bakeri Pastri Enak The Pearl Hotel Kl Roti Tu Guna Ramuan Makanan Sunnah


Menu bakeri dan pastri dari The Pearl Hotel, KL ini memang super enak.. Aroma harum dan ‘food presentation’ yang hebat sudah pun membuat sesiapa sahaja terliur melihatnya.
Ramuan tepung bermutu tinggi, kekacang, coklat, dan buatan roti yang gebu cukup menggambarkan betapa mahir dan seni sentuhan dari Pastri Chef Wan Kaisa Ibrahim dan Pembantu Chef Muhammad Syamsul Fitri Abdul Jalil. Jom cuba buat…
OLIVE HERB POTATO FOCCACIA

BAHAN-BAHAN :
800gm tepung roti | diayak200gm kentang | direbus dan dilecek40gm yis20gm garam20gm gula6gm oregano500ml susu segar150ml minyak zaitunBuah zaitun secukupnya | dihirisCARA MEMASAK :
Masukkan tepung, kentang lecek, yis, garam, gula dan oregano ke dalam penguli. Campur dan gaulkan sebati.Masukkan susu segar dan uli selama 5 minit lagi dalam kelajuan perlahan.Masukkan minyak zaitun dan ulikan lagi selama 7 minit.Ambil dan doh dan letakkan di dalam tin pembakar.Rehatkan selama 2 jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari asal. Letakkan buah zaitun di atasnyaPanaskan oven dalam suhu 200 darjah celcius dan bakar selama 25 minit atau keperangan.Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : roti
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama sup dan keenakan minyak dan buah zaitun yang sihat
INFO CHEF : Buah zaitun boleh juga diganti dengan tomato ceri atau bawang putih.
CINNAMON APPLE FRIES

BAHAN-BAHAN :
3 biji epal hijau | dikupas kulitnya50gm tepung100gm gula20gm serbuk kulit kayu manisMinyak masak secukupnyaKrim segar secukupnyaCARA MEMASAK :
Kupas kulit epal dan potong memanjang. Buang bijinyaSalutkan dengan tepungGoreng dalam minyak penuh, hingga perang keemasanKemudian salutkan dengan serbuk kulit kayu manis dan gulaHidangkan dengan krim segarSaiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak: 10 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kudapan manis
Keistimewaan : Tekstur rangup dan manis epal yang lazat
INFO CHEF : Gunakan epal rangup granny smith untuk tekstur lebih rangup. Dan goreng dalam minyak penuh supaya gorengan tidak melekat.
CHOCOLATE MOUSSE

 BAHAN-BAHAN :
 Bahan chocolate mousse :
456gm krim116gm gula349gm coklat gelap40gm serbuk gelatin100gm krim putar | dikaup balikBahan coffee custard :
110ml susu100ml kopi espresso100gm kuning telur40gm gula*500gm coffee custard dimasukkan ke dalam :250gm coklat gelap10gm serbuk gelatinCARA MEMASAK :
Cara masak chocolate mousse :
Didihkan krim dengan gula.Masukkan coklat dan gelatin yang dicairkanMasukkan dalam peti sejuk dan biarkan sejuk beku selama 20 minitMasukkan krim putar, kaup balikkan.Cara masak coffee custard :
Didihkan susu dan kopiMasukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan putih telur dan gula, kacau hingga sebatiTuangkan larutan susu kopi mendidih tadi ke dalam campuran telur. Biarkan masak hingga pekat dan masukkan pula coklat dan gelatinKacau hingga sebati, masukkan dalam acuan bulat dan bekukan selama 1 jam*Anda boleh sapukan topping coklat untuk melazatkan mousse bila dikeluarkan dari peti sejuk
Saiz hidangan : 1.2 kg
Waktu memasak: 2 jam termasuk tempoh sejuk beku
Cara memasak : Dingin dan beku
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Lemak berkrim dan kaya dengan rasa coklat dan kopi
INFO CHEF : Gunakan biji kopi segar dan coklat berkualiti  untuk memastikan rasa yang lebih enak.
HONEY GOLDEN RAISIN LOAF

BAHAN-BAHAN:
500gm tepung roti20gm gula perang8gm garam10gm yis kering30ml madu50gm mentega250ml air150gm kismis kuningCARA MEMASAK :
Di dalam mangkuk penguli, satukan tepung roti, gula perang , garam dan yis.Masukkan air dan madu, ulikan lebih kurang 5 minit.Masukkan mentega dan teruskan menguli selama 7 minit dan akhir sekali masukkan kismis.Biarkan rehat selama 30 minit ,hingga ia naik kali pertama.Bentukkan doh dan masukkan ke dalam dulang pembakar.Biarkan rehat dan naik sehingga dua kali ganda.Panaskan oven selama 10 minit dalam suhu 200 darjah celcius, dan bakar selama 20 minitSaiz hidangan :2 buku roti, 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Roti manis buah dengan rasa kismis, enak dimakan disapu jem atau mentega
INFO CHEF : Boleh tambah kekacang seperti badam, pistachio atau walnut jika suka. Boleh tahan seminggu, jika disimpan dalam peti sejuk.
SUGAR DOUGH (TART SHELL)

BAHAN-BAHAN :
Bahan sugar dough :
1000gm tepung gandum250gm gula250gm mentega3 biji telurBahan inti badam :
300gm mentega300gm gula300gm serbuk badam5ml esen vanilla100gm tepung kekPistachio panggang secukupnya | hiasanKrim segar secukupnya | hiasanCARA MEMASAK :
Cara buat sugar dough :
Campurkan tepung dan gula dan tambahkan tepung.Kemudian masukkan mentega, adunkan jadi dohMasukkan dalam acuan tart dan tekan rata doh dan di sekeliling acuanPanaskan oven dalam suhu 180 darjah celcius, dan bakar 15 minit.Cara buat inti badam:
Pukul gula dan mentega selama 5 minit.Tambahkan serbuk badam, esen vanila dan tepung kekPanaskan oven dan tuangkan dalam acuan tart berisi doh dan bakar selama 20 minit.Hiaskan dengan pistachio panggang atau badam panggangSaiz hidangan : 3 acuan tat, 8 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan: Tat
Keistimewaan: Sesuai dimakan sebagai sajian petang, doh rapuh dan inti badam yang enak.
INFO CHEF : Anda boleh juga meletakkan hirisan nenas atau epal di atasnya sebelum membakar.
RESIPI : CHEF WAN KAISA IBRAHIM DAN ASST CHEF MUHAMMAD SYAMSYUL FITRI ABDUL JALIL
Terima kasih : NORA ISMAIL, THE PEARL HOTEL KL, Batu 5, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
   


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/09/5-idea-bakeri-pastri-enak-pearl-hotel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lazatnya 5 Roti Dan Pastri Berempah Ni Jom Cuba Menu Dari Hotel One World

Lazatnya 5 Roti Dan Pastri Berempah Ni Jom Cuba Menu Dari Hotel One World

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 545 hits
Hidangan lima roti dan pastri hasil inspirasi Chef Nurjafri Nordin dan Chef Yap Wai Keong dari Hotel One World Bandar Utama ini memang ternyata lazat Ramuan rempah ratus dan cili menghasilkan rasa yang sungguh berperisa Ditambah pula dengan...
The Berkeley Hotel Pratunam Best Rate Guarantee

The Berkeley Hotel Pratunam Best Rate Guarantee

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 283 hits
The Berkeley Hotel Pratunam Best Rate GuaranteeCoupon Code InBangkok
10 Kreasi Makanan Enak Dari Alpukat Selain Jus Dan Es

10 Kreasi Makanan Enak Dari Alpukat Selain Jus Dan Es

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 262 hits
Tak cuma jus atau es alpukat juga bisa diolah menjadi cendol olesan roti puding sushi atau salad
Nikmati Rasa Enak Makanan Di Luckin Kopi

Nikmati Rasa Enak Makanan Di Luckin Kopi

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 682 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri pada kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai keenakkan makanan yang ...
Jamu Selera Menu Terbaru Makanan Jepun Di Restoran Rakuxin Hotel Concorde Shah Alam

Jamu Selera Menu Terbaru Makanan Jepun Di Restoran Rakuxin Hotel Concorde Shah Alam

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 1004 hits
Bagi korang yang menyukai masakan negara matahari terbit Jepun dan mencari cari makanannya yang halal boleh menikmatinya di Restoran RaxuXin yang terletak di aras lobi Hotel Concorde Shah Alam Menu Terbaru Makanan JepunRestoran RakuXin ini ...
Penginapan Selesa Di The Pavilion Hotel Sandakan

Penginapan Selesa Di The Pavilion Hotel Sandakan

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 351 hits
Assalamualaikum SEMASA di Sandakan peserta Media FAM Trip to Tawau Lahad Datu Sandakan telah ditempatkan di tiga hotel berasingan Dan kali ini Sk telah mendapat penginapan di The Pavilion Hotel Sandakan yang terletak di Bandar Labuk Jaya Sa...
Viral Kisah Pilu Nenek Buta Jualan Roti Sering Dibayar Pakai Uang Palsu Dagangan Dicuri Teganya

Viral Kisah Pilu Nenek Buta Jualan Roti Sering Dibayar Pakai Uang Palsu Dagangan Dicuri Teganya

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 290 hits
Kisah seorang wanita bernama Nid viral setelah diunggah di halaman Facebook komunitas pecinta kuliner bernama I Am Eat Nid merupakan wanita asal Thailand yang telah berusia 71 tahun Ia hidup sebatang kara tanpa anak atau keluarga yang menja...
Roti Loaf Leopard Cheetah Harimau Bintang Rugi Tak Buat

Roti Loaf Leopard Cheetah Harimau Bintang Rugi Tak Buat

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 374 hits
Roti loaf leopard Cheetah harimau bintang buat makan petang ape2 je lah Janji kenyang yee beli acuan ni da brtahun Bru 3x guna Bile last guna pun dah x ingat haha
Sedapnya Puding Roti Coklat Ni Dah Terasa Rasa Kat Tekak

Sedapnya Puding Roti Coklat Ni Dah Terasa Rasa Kat Tekak

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 563 hits
Sesiapa yang suka dessert tengok puding roti coklat ni mesti tak sabar nak rasa lagi lagi kalau sejuk macam dah terasa kat tekak Sesuai sesangat ni kalau buat malam ni kemudian simpan dalam peti sejuk tengahari esok boleh makan sebagai dess...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean