5 Herba Itali Sering Digunakan Untuk Memasak


 Assalamualaikum semua. Salam PKP dan PKPB. Sebagai seorang isteri dan ibu, pastinya otak kita sering bekerja memikirkan menu hendak dimasak untuk anak-anak dan suami. Kadang-kadang naik buntu juga kan.
Ada masa masakan kampung iaitu menu Malaysia yang sinonim dengan tekak melayu tapi sesekali ingin juga masak menu barat kira ala-ala western. Tapi sebelum hendak masak masakan barat pastinya kita akan buat carian resepi serta ingin tahu herba atau rempah yang digunakan untuk masakan barat.
Kali ini Nora ingin kongsikan dengan korang herba Itali yang sering digunakan untuk masakan barat. Yelah setiap herba menghasilkan bau dan rasa yang berbeza jadi kita patut tahu kegunaan setiap herba Itali dalam masakan kita.
5 Herba Itali Patut Dikenali Sebelum Digunakan Untuk Memasak
1. Oregano

Oregano

Oregano juga dikenali sebagai ‘wild marjoram’, oregano merupakan salah satu bahan penting dalam kebanyakan hidangan Itali seperti piza, sos dan kaserol. Berbanding herba lain yang lebih baik digunakan segar, oregano pula memberi lebih rasa jika menggunakan dalam bentuk dikeringkan.
Walaupun oregano segar sedikit kuat, ia adalah tambahan yang disukai untuk hidangan sayur-sayuran segar, terutama bersama dengan tomato, zucchini dan labu musim sejuk masyarakat luar negara. Daging lembu, dan ayam juga sesuai dimasukkan dengan oregano, seperti zaitun dan keju feta. Roti dan pastri juga menjadi lebih menarik dengan sebilangan oregano segar yang dicampurkan di dalam hidangan. Namun di Malaysia kebanyakannya lebih gemar menggunakan oregano yang dikeringkan kerana aromanya sudap cukup memadai.
Kebaikan oregano adalah mengandungi kandungan omega-3 yang tinggi, di samping zat besi, mangan dan antioksidan lain menjadikan ia salah satu herba yang memberi kesan positif kepada kesihatan tubuh. Minyak pati oregano pula digunakan sebagai antioksidan.
2. Basil

Basil

Basil sering digunakan dalam hidangan yang mengandungi tomato, lemon atau bawang putih. Masakan yang sesuai dimasukkan daun basil adalah seperti salad, sup, berkeju, atau piza.
Baca juga : Resepi Lamb Chop Dan Sos Black Pepper Homemade
Mungkin cara paling sedap untuk menggunakan Basil adalah di atas pasta. Dalam sos tomato, basil adalah ramuan yang sangat diperlukan. Sos sederhana yang boleh dibuat hanya dalam beberapa minit, dan sangat menyerlahkan rasa wangi dan sedap.
Basil segar lebih baik berbanding yang dikeringkan. Masakan yang ditambah daun basil memberi lebih kesegaran kepada masakan tersebut.
Daun basil juga bagus di tanam di dalam rumah kerana dari segi kesihatan ia mengandungi sifat anti-bakteria.
3. Rosemary

Rosemary

Rosemary adalah herba malar hijau yang berasal dari Mediterranean. Ia digunakan sebagai bahan kulinari untuk membuat minyak wangi, dan untuk manfaat kesihatan.
Rosemary memberikan rasa ‘lada’ dan sedikit berkayu. Ia sesuai dimasukkan ke dalam hidangan kambing, sayur panggang, sup dan stew.
Baca juga : Ayam Bakar Ala Kenny Rogers
Namun, hati-hati dengan kuantiti yang digunakan, kerana herba ini walaupun menggunakan sedikit sahaja, sudah cukup untuk memberikan rasa yang kuat. Penggunaan rosemary yang berlebihan boleh menjejaskan rasa pada masakan.
Masukkan rosemary ke dalam stok atau stew, atau taburkannya ke dalam perapan ayam gril untuk aroma dan rasa yang lebih menyelerakan. Salah satu herba Itali untuk masakan yang digemari dikalangan masyarakat kita.
4. Parsley

Parsley

Parsley adalah ramuan popular yang sering digunakan dalam masakan Amerika, Eropah, dan Timur Tengah.
Bukan sekadar sebagai hiasan hidangan, tetapi juga memberi rasa yang berbeza pada hidangan. Ia sesuai digunakan dalam hidangan makanan laut, sos sayur, hidangan pasta dengan sos atau sup.
Cincang halus sebatang parsli, masukkan ke dalam telur dan digoreng hancur. Boleh beri rasa berbeza dan mudah pula!
5. Thyme

Thyme

Thyme begitu serasi jika ditambah pada saat akhir masakan berasaskan telur, sayur-sayuran dan juga produk berasaskan kacang soya. Ia juga wangi. Thyme turut dimasukkan ke dalam bouquet garni (macam sup bunjut tu) untuk memperisakan stok, sup, dan stew.
Thyme adalah dari tumbuhan malar hijau aromatik dalam keluarga pudina Lamiaceae. Thymes adalah sama degan genre oregano Origanum. Kegunaan adalah untuk kulinari, perubatan, dan hiasan, dan spesies yang paling sering ditanam dan digunakan untuk tujuan masakan adalah Thyme.
Dari segi kebaikannya pula, thyme sudah lama digunakan dalam perubatan untuk membantu mengatasi masalah pernafasan dan dada seperti batuk, bronchitis dan dada rasa sesak.
Semoga apa yang Nora kongsikan ini dapat membantu korang dalam menggunakan herba Itali untuk masakan. Yelah Nora sendiri kadang-kadang keliru nak gunakan herba apa untuk Cabonara, bolognese mahupun lambgrill. Kadang tu asal apa yang ada. Rupanya semua herba memberikan rasa dan aroma yang bebeza.


Sumber : Carian google








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ummizarra.com/2021/03/5-herba-itali-sering-digunakan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bacalah Zikir Ya Rahim Ya Latif Tiap Kali Memasak Untuk Anak Sukakan Makanan Sihat

Bacalah Zikir Ya Rahim Ya Latif Tiap Kali Memasak Untuk Anak Sukakan Makanan Sihat

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 367 hits
Ramai ibu bapa merungut anak susah nak makan atau memilih makanan tertentu Jika masak bukan lauk kegemaran puas pujuk baru makan Itu pun belum tentu habis Hingga ibu dah tak ada idea nak buat apa lagi Tengok anak orang lain makan berselera ...
Potong Mood Memasak

Potong Mood Memasak

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 190 hits
Assalamualaikum semua sebenarnya mama malas nak cerita peristiwa semalam kat sini Tapi pagi ni bila buka blogger terajin pula mama nak menaip Simpan sebagai kenangan kat la sini hihi Alkisah semalam mama dengan semangatnya nak masak lauk ik...
Bunga Rumput Mata Lalat Herba Kesihatan Wanita

Bunga Rumput Mata Lalat Herba Kesihatan Wanita

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 1031 hits
Untuk kesihatan tenaga wanita ambil bahagian bunga rumput mata lalat dan dimakan terus Amalkan dua atau tiga kuntum bunga setiap hari Rumput kepala lalat atau rumput mata lalat adalah herba yang baik untuk kesihatan dan tenaga lelaki mahupu...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Pengalaman Kerja Sambil Belajar

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Terkejut Dr M Rakib Sampai Di Pelabuhan Udara Bandung

Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Mudah

Medical Follow Up With Dato Dr Marina Di Kpj Seremban

Sarapan Di Kacang Pool Haji Larkin