5 Hari Tak Update Blog Apa Kesannya
Last update blog 11 Januari 2019; jumaat lepas. Hari Sabtu Ahad kawan baik datang ke Seremban so memang all of my intention focus on her. Keluar pergi majlis wedding di Melaka, jalan jalan di Aeon Mall Seremban 2 semua. So.. bila dah 2 hari 'cuti' blog, hari seterus-seterusnya pun terus rasa malas nak berblogging. Hari Isnin dan Selasa memang tak ada mood langsung nak update blog. Nak share entri kat Facebook pun malas. Nak online pun malas! Ishh berat nih.
Rabu (semalam) pun memang niat nak menulis entri tapi... end up buat 'kerja' lain. Kerja lagha namanya hahaha.
Harini baru lah insaf sikit. Gigih nak bersihkan habuk kat blog ni. Nasib baik belum bersawang lagi. Baru habuk habuk debu debu cinta gitchuw haha.
So, 5 hari tak update blog.. apa kesannya?
Pageviews (PV) blog daily menurun.- Hah of course lah sudah dijangka kan? Itu lah akibatnya orang yang pemalas macam saya ni! Padan muka kat diri sendiri! muahahaha. biasanya sehari kalau update entri dan share di Facebook groupsss, PV boleh la cecah more than 6K-10K. Ni tak update, nak capai angka 5K pun harapan! Tak sampai. 4K lebih je haha.
Earnings Adsense & Innity.- Bila dah pengunjung makin kurang, mesti lah earning Adsense pun makin menurun. Ada hari yang tak capai $0.50USD pun. Padan muka Sayidah! Hahaha. Tapi yang peliknya.. earnings Innity tak menurun sangat. Malah, ada hari dalam 5 hari yang tak update tu.. earnings menaik. Hahaha pelik tapi benar. But apa apa pun Alhamdulillah.
Mood blogging makin lesap ditelan waktu.- Betul lah kan. kalau tinggal lama lama blog ni, yeap rindu. Rindu memang rindu, tapi mood nak meng-update tu makin hilang dan makin malas. Idea untuk menulis pun boleh jadi stuck kalau mood tak jalan. So, harini gigihkan jua untuk menaip!
5 hari tak update blog.. apa kesannya? | image: GoogleMenyesal tak update blog?
Quite laa. Tapi tak sangat. Tapi menyesal la juga hahaha. Fifty-fity lah. Rasa menyesal sebab lama tak update tapi dalam masa yang sama.. boleh refresh(?) kan minda? Hopefully hee.
Tapi waktu takkan boleh diputar semula kan?
So.. masa yang ada sekarang and in the future, let's do our best!
Usaha tangga kejayaan haiyakkk! Chaiyok! Aja aja fighting!
Ohh.. Siapa yang tak join lagi segmen bloglist saya.. sila sila. Dijemput join. Klik: 8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/5-hari-tak-update-blog-apa-kesannya.html