Apa khabar pembaca semua? Untuk episod kali ini, aku nak berkongsi dengan anda tentang 5 buah gua yang berada di Malaysia yang patut anda lawati. Dalam senarai yang aku berikan ini, hanya dua yang aku pernah lawati. Yang selebihnya dalam proses untuk terjah. Malaysia sememangnya kaya dengan gua yang sangat indah dan unik. Jadi, tanpa membuang masa jom kita lihat 5 buah gua yang tersenarai
Sumber : Taman Negara Travel
Sumber : HolidaygogogoGua Kelam adalah produk pelancongan terletak di utara Semenanjung yang wajib dikunjungi disebabkan keunikan dan keindahannya.Gua Kelam antara gua batu kapur tercantik di Malaysia.Di dalam gua ini terdapat terowong yang panjangnya 370 meter (m) dan terletak berhampiran pekan kecil Kaki Bukit, kira-kira 33 kilometer (km) di utara Kangar, Perlis. Dinamakan Gua Kelam sempena keadaan dan kedudukannya di kaki bukit, selain suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.Kelam mengikut loghat utara bermaksud gelap. Mengikut fakta sejarah pula, nama Gua Kelam diberikan oleh pelombong bijih timah suatu ketika dahulu sempena kegelapan gua itu sendiri.
Sumber : Blog TravelokaGua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah mempunyai keluasan 12 hektar dan kawasan di dalamnya dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan pintu dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.Baca Juga : [ Senarai 50 Individu Terkaya di Malaysia (2018) ]
Sumber : FlickrGua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia.Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh.
Sumber : makemytripGua Cerita atau "Cave with a Legend" adalah salah satu daripada banyak gua batu kapur yang menarik terletak di utara -timur Langkawi. Ia terdiri daripada dua gua batu kapur, satu di atas yang lain dan menghadap ke laut. Terdapat beberapa legenda yang dikaitkan dengan Gua Cerita, salah satu yang berkaitan dengan Merong Maha Wangsa dalam episod yang melibatkan Rom dan Maharaja Cina.Gua ini menjadi sebahagian destinasi menarik bagi Langkawi Geopark.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |