5 Faktor Utama Labuan Berjaya Perangi Covid 19


Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari


LABUAN: Kejayaan Labuan memerangi pandemik Covid-19 sebahagian besarnya disumbangkan oleh lima faktor utama iaitu keberkesanan program vaksinasi, program kawalan kesihatan awam, program intervensi berdasarkan penilaian risiko, selain kerjasama erat orang ramai dan kawalan sempadan yang ketat.

Wilayah Persekutuan itu merekodkan tiada kes baharu Covid-19 Sabtu lalu, bagi pertama kali sejak ia mencatatkan peningkatan mendadak kes positif dengan penularan varian Delta dari April hingga Julai lepas.

“Penurunan ketara bagi jumlah kes positif dan kematian sejak bulan lalu menunjukkan program vaksinasi telah berkesan dalam meratakan lekuk penularan Covid-19.

“Jumlah kes harian Covid-19 terus menurun ke paras rata sejak beberapa bulan terakhir apabila pulau ini memperluaskan kelayakan vaksin kepada semua orang dewasa, ” kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Asmuni Bohari dalam wawancara khas dengan wakil media.

Beliau berkata jumlah kematian akibat Covid-19 juga menurun sejak minggu kedua Julai, selepas program vaksinasi dijalankan dengan berkesan.

Bersemangat tinggi ... hanya beberapa minit sebelum Frontliner memulakan tugas Covid-19 Active Case Detection (ACD) mereka kepada penduduk di Labuan baru-baru ini. Jumlah kes Covid-19 harian Labuan terus menyusut ketika wilayah persekutuan memperluas kelayakan vaksin kepada semua orang dewasa dan sekatan kesihatan awam nampaknya akhirnya berubah. - Bernama Beliau mendedahkan bahawa Labuan paling teruk dilanda gelombang kedua Covid-19 pada penghujung tahun lalu (dari Oktober 2020 hingga Jun 2021) dan mencatatkan 1,598 kes dalam masa dua bulan (ketika tempoh itu) dengan kematian berlaku setiap hari (termasuk kematian di luar hospital).

“Labuan dilanda lonjakan mendadak dalam kes positif pada 24 April tahun ini apabila kita terpaksa berdepan serangan tidak dijangka varian Delta yang berpunca daripada pekerja asing di sektor berkaitan minyak dan gas,” katanya.

Susulan serangan varian Delta, beliau berkata jumlah kes aktif menyaksikan peningkatan luar biasa sebanyak 63 kali ganda (pada minggu pertama bulan Jun) dengan jumlah kes harian melebihi 200.

“Ada satu ketika kita merekodkan kes positif sehingga 1,344 kes dalam seminggu. Bagaimanapun, proses vaksinasi berjalan lancar meskipun terdapat peningkat jumlah kes dan munculnya varian Delta.

“Bayangkan, Hospital Labuan hanya mempunyai 122 katil tetapi peningkatan mendadak kes positif sampai ke peringkat kita terpaksa mengubah wad biasa kepada wad Covid-19, membuka lebih banyak pusat kuarantin dan akhirnya mendirikan hospital medan Covid-19,” katanya.

Dr Ismuni berkata situasi tersebut berjaya ditangani, kemungkinan disebabkan sekatan pergerakan (pada Jun) dan program vaksinasi yang berkesan.

“Ketika ini, kita hanya ada dua kes di unit rawatan rapi (ICU) di hospital, tidak seperti sebelum ini apabila kita terpaksa meminta bantuan oksigen dari tanah besar Sabah berikutan lonjakan bagi kes kategori tiga dan empat daripada lima kategori penyakit itu.

“Pembukaan lebih banyak pusat vaksinasi, iaitu daripada dua kepada sembilan, serta prosedur vaksinasi melalui jumpa terus (walk-in) dan pandu lalu (drive-through) membantu melancarkan dan mempercepatkan program… dan membolehkan masyarakat kembali ke kehidupan yang hampir normal, ” katanya.

Dr Ismuni berkata Labuan mencapai imuniti kelompok pada 27 Julai lepas yang membawa Wilayah Persekutuan itu beralih ke Fasa Tiga daripada Empat Fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), adalah hasil kerjasama erat pelbagai agensi kerajaan (termasuk bantuan penyediaan aset dan logistik) serta masyarakat.

“Kerjasama daripada ketua kampung dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dalam menyelaraskan kehadiran beribu penduduk dari 27 kampung dan masyarakat di penempatan pelarian untuk ke pusat vaksinasi juga sangat membantu,” katanya.

Dr Ismuni berkata kawalan sempadan yang ketat (di sepanjang pantai) oleh agensi penguatkuasaan juga membantu mengekang penyebaran jangkitan Covid-19 dalam komuniti setempat.

“Kita sangat berhati-hati menangani kemasukan pekerja asing (dari sektor perkapalan dan minyak dan gas) ke pulau ini, dengan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) perjalanan antara negeri yang ketat.

“Kita tidak harus membenarkan peningkatan kes yang akan menyebabkan kemunculan kluster baharu. Kita mesti kekalkan momentum (kawalan jangkitan Covid-19) ini. Kita tidak harus membiarkan Labuan kembali ke waktu sukar,” katanya.

Sehingga Sabtu lalu, Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Labuan merekodkan 101.39 peratus daripada 69,455 penduduk dewasanya telah menerima dos pertama vaksin dengan turut mengambil kira pendatang tanpa izin di pulau itu.

Sejumlah 63,440 (92.61 peratus) daripada 68,500 penduduk yang layak untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah lengkap dos kedua.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/5-faktor-utama-labuan-berjaya-perangi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangkitan Harian Covid 19 Catat 20 670 Kes Labuan Sifar Kes

Jangkitan Harian Covid 19 Catat 20 670 Kes Labuan Sifar Kes

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 154 hits
DR NOOR HISHAM ABDULLAH Jangkitan Covid 19 masih melepasi 20 000 kes PETALING JAYA Jangkitan Covid 19 hari ini mencatatkan 20 670 kes berbanding semalam dengan 21 468 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sela...
Covid 19 Ubat Antibodi Astrazeneca Berjaya Kurangkan Gejala

Covid 19 Ubat Antibodi Astrazeneca Berjaya Kurangkan Gejala

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 172 hits
Ubat antibodi itu didapati dapat mengurangkan risiko individu mengalami sebarang gejala COVID 19 sebanyak 77 peratus Foto REUTERS DATA ujian klinikal daripada AstraZeneca meningkatkan prospek rawatan baharu untuk mencegah COVID 19 menjangka...
108 Pesakit Covid 19 Di Pulau Sebatik Berjaya Dipindahkan Ke Pusat Kuarantin

108 Pesakit Covid 19 Di Pulau Sebatik Berjaya Dipindahkan Ke Pusat Kuarantin

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 295 hits
PINDAH Penduduk Pulau Sebatik yang dipindahkan ke pusat kuarantin menggunakan aset Maritim Malaysia TAWAU Seramai 108 orang penduduk Pulau Sebatik yang didapati positif COVID 19 berjaya dipindahkan ke pusat kuarantin di daerah ini sejak ber...
Satgas Ungkap Tiga Modal Utama Indonesia Merdeka Dari Pandemi Covid 19

Satgas Ungkap Tiga Modal Utama Indonesia Merdeka Dari Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 181 hits
Tiga modal tersebut harus terus dibenahi dan diperbaiki kinerjanya Dengan kata lain membutuhkan penguatan secara terus menerus
Apa Akan Berlaku Pada Perniagaan Anda Selepas Wabak Covid 19 Berjaya Dibendung

Apa Akan Berlaku Pada Perniagaan Anda Selepas Wabak Covid 19 Berjaya Dibendung

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 232 hits
Persediaan pasca covid 19Apa agaknya yang akan berlaku pada perniagaan saya selepas tamatnya masalah wabak covid 19 nanti Bagi yang sedang berniaga terutamanya yang terkesan dengan apa yang berlaku soalan yang sama tentu sedang bermain dala...
Lambakan Assignment Faktor Utama Pelajar Ipt Tertekan

Lambakan Assignment Faktor Utama Pelajar Ipt Tertekan

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 143 hits
SEMUA pihak perlu bersatu dan tegas dalam menghadapi masalah norma baharu dalam pembelajaran secara ODL SAUDARA PENGARANG NORMA baharu di musim pandemik memaksa pelajar dan pensyarah di institusi pengajian tinggi menjalani sesi pembelajaran...
Rasakan Duka Mendalam 11 Artis Ini Kehilangan Orang Tua Akibat Pandemi Covid 19

Rasakan Duka Mendalam 11 Artis Ini Kehilangan Orang Tua Akibat Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 286 hits
Bahkan ada yang harus ikhlas kehilangan ayah dan ibunya dalam waktu yang berdekatan Semoga selalu diberi ketabahan dalam melalui ini semua
Lim Guan Eng Minta Tolong Kerajaan Kes Covid 19 Naik Mendadak

Lim Guan Eng Minta Tolong Kerajaan Kes Covid 19 Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 245 hits
WARTAWAN SUARA MERDEKA LIM GUAN ENG Dengan kes Covid 19 di Pulau Pinang naik mendadak sekitar 1 000 sehari Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta bantuan kerajaan persekutuan untuk meningkatkan vaksinasi di negeri berkenaan Pada hari Kha...
Pengurusan Mayat Pesakit Covid 19 Di Ibu Negara Teratur Kp Nadma

Pengurusan Mayat Pesakit Covid 19 Di Ibu Negara Teratur Kp Nadma

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 300 hits
Tidak seperti dakwaan di media sosial yang menyatakan sebaliknya KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata pengendalian mayat pesakit COVID 19 di sekitar ibu negara ketika ini adalah tera...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord