5 Faktor Kekunci Dalam Memilih Broker Forex Yang Sesuai
Ramai yang berkenan menceburi bidang dagangan forex setelah melihat potensi perolehannya yang tinggi. Namun, masih ada yang belum arif tentang bagaimana memilih platform broker matawang asing yang terpercaya serta sesuai dengan portfolio dagangan mereka. Dan dengan begitu banyak platform baru yang bercambah sebegitu pesat, mudah bagi orang baru terbawa-bawa dengan pilihan yang ada.
Tetapi, kami ada solusinya. Di sini kami titipkan 5 ciri yang perlu ada pada mana-mana broker matawang asing yang anda pilih untuk memacu kegiatan dagangan forex anda. Anda mungkin juga ada mendengar tentang broker matawang asing terkemuka, HFM. Mari lihat juga jika platform tersebut ada menepati 5 ciri utama ini!
#1 Kadar Komisen & Taburan Rendah
Broker forex yang baik biasanya akan menawarkan kadar komisen dan taburan, atau “spread” yang rendah. Ada juga platform yang mengamalkan komisen sifar bagi aktiviti dagangan skala besar. Taburan merupakan nilai yang menandakan volatiliti serta kadar likuiditi sesebuah aset matawang.
Pedagang profesional cenderung mendagangkan matawang dengan “spread” yang kecil kerana harga jualan matawang tersebut hampir dengan nilai beliannya. Ini bermakna ada potensi mengaut untung dalam dagangan seharian. HFM antara platform yang mampu menawarkan akaun “spread” sifar, jadi jangan ketinggalan!
#2 Bertepatan Regulasi Tempatan
Apabila memilih broker baru, anda harus memastikan yang segala ciri yang mereka tawarkan selari dengan polisi dan peraturan dagangan yang ditetapkan oleh dua badan utama - Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kedua badan anggota kerajaan ini ditugaskan memantau segala kegiatan pertukaran matawang serta menetapkan perundangan yang berkaitan dengan segala aktiviti dagangan finansial secara dalam talian.
#3 Pilihan Deposit & Pengeluaran Wang Yang Efisien
Bagi setiap platform forex, adalah penting untuk mempunyai pilihan pendepositan dan pengeluaran wang modal yang pantas dan efisien. Lebih bagus lagi jika ia menawarkan servis transaksi lokal baik secara global. Ini akan memudahkan urusan dagangan anda, tidak kira di pelosok mana pun anda berada. Ambil saja contoh HFM. Ia bukan sahaja menawarkan kemudahan deposit melalui perbankan tempatan, malah pilihan pembayaran global seperti NETELLER dan Skrill.
#4 Kelengkapan Unjuran Dagangan
Unjuran dagangan, atau “forecasting” adalah antara perkara penting yang perlu dilakukan oleh setiap pedagang forex untuk mengenal pasti waktu yang paling sesuai untuk membeli atau menjual, serta mengawasi pergerakan pasaran. Antara indikasi teknikal yang perlu ada termasuklah petunjuk Aroon, indeks pergerakan purata, garisan A/D, petunjuk trend terkini, dan indikator Bill-Williams.
#5 Khidmat Pelanggan Sepenuh Masa
Memandangkan dagangan forex berjalan sepenuh masa, hampir setiap hari, adalah wajar platform forex anda menyediakan servis khidmat pelanggan sepanjang masa. Ini akan memudahkan urusan anda sekiranya timbul sebarang masalah teknikal ataupun isu berkaitan pendepositan atau pengeluaran wang modal anda. Maklumlah, teknologi terkini sekalipun, mungkin ada yang tersadung di sana-sini.
Pilih Broker Forex Yang Terbaik Untuk Anda
Dan dengan itu, maka tutuplah tirai kami kali ini tentang 5 ciri utama yang perlu anda perhatikan apabila memilih platform broker anda. Kalau boleh, pastikan kesemua ini ada pada broker forex pilihan hati anda. Sebaiknya, lakukan sedikit kajian dan perbandingkan dua atau tiga platform broker yang berbeza sebelum mendepositkan wang modal anda. Selamat berdagang!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nikkhazami.com/2022/09/faktor-kekunci-memilih-broker-forex.html