5 Cara Tambah Stamina Putaran Beyblade
"Tips Lamakan Putaran Beyblade"
Permainan zaman sekarang seumpama musim durian. Dahulu 'fidget spinner' menjadi kegilaan.
Tips Lamakan Putaran BeybladeSudah sukar untuk jumpa 'fidget spinner' sekarang. Namun, timbul pula permainan yang sudah lama dipopularkan oleh kartun animasi 'Beyblade'.
Kanak-kanak mula menjadikan beyblade sebagai permainan 'battle' baharu. Di zaman kanak-kanak penulis (sekitar 90-an) tema permainan berpusing-pusing seumpama beyblade ini bukan sesuatu yang baharu.
Beza Gasing dan Beyblade
Gasing, itu di zaman kegemilangan kanak-kanak penulis. Jika yang agak banyak duit, boleh dapatkan gasing plastik yang bewarna-warni (hijau, kuning, biru, merah).
Bagi yang agak kretif jika bukan buah pinang, putik buah kelapa yang masih kecik dijadikan gasing atau zaman sekarang digelar beyblade.
Gasing agak simple komponennya dan beyblade lebih kompleks komponennya. Namun, cara mainan tetap sama.
Tema permainan beyblade ini pada asasnya adalah mencari kekuatan dan stamina untuk gasing ini berpusing, selain dari melagakan gasing sebagimana gasing pangkah zaman terdahulu.
Tips Tambah Stamina Putaran Beyblade
Jom lihat beberapa tips dan cara untuk mendapatkan stamina (ketahanan berpusing) beyblade yang lebih lama.
1. Tambah Pemberat Pada Beyblade
Weight Beyblade | Google ImageJadikan beyblade anda lebih berat dari sedia ada. Mungkin pernah pelajari (golongan dewasa), bahawa lebih besar jisim (m) lebih besar nilai momentum (p), mengambil kira formula p=mv.
Untuk tidak memeningkan kepada, momentum mampu memberikan stamina yang lebih untuk beyblade berpusing. Maka dapatkan lebihan berat beyblade dengan menambah aksesori pemberat.
Ada dijual komponen untuk memberatkan beyblade, Lazada atau Shopee pun ada.
Berasaskan besi dan bukan plastik yang ringan
2. Tinggikan 'Spin Track'
Beyblade Spin Track | Google ImageLihat gambar apa itu 'spin track' pada beyblade. Bey anda sudah berat. Untuk ubahsuai seterusnya.
Tinggikan jarak 'spin track' dengan bahagian bawah. Ini untuk kelancarakn putaran beyblade nanti. Untuk risau dengan center of gravity.
Ya, semakin tinggi semakin berkurang c.o.g namun bey anda sudah berat itu 'counter' kepada nilai c.og anda.
Spin Track Tinggi vs Rendah | Google ImageDengan meninggikan 'spin track' dengan bahagian bersentuhan di bawah, terdapat ruang yang membolehkan beyblade anda berputar dengan lancar.
3. Pilih 'Fussion Wheel' Terbaik
Fusion Wheel | Google ImageFussion wheel adalah salah satu komponen penting dalam beyblade. Merupakan 'enjin' untuk mendapatkan putaran.
Carilah fussion wheel yang tidak begitu kosong atau lebih kompleks buatannya.
Contoh 'fussion wheel' terbaik adalah seperti:
Ray unicorno,
Storm pegasus,
Hades kerbecs and
Basalt horogium
4. Hujung Mata Bawah (Performance Tip) Bulat dan Rata
Performance Tip Beyblade | Google Image
Bahagian paling bawah beyblade (yang tajam) dipanggil 'performance tip'. Pastikan hujungnya ini adalah bulat dan tiada sebarang gerigi tanpa sebarang kesan-kesan degil.
Modified Performance Tip | Google ImageMata hujung yang bersentuhan dengan tanah/pelantar yang bulat dan licin mengurangkan geseran dan menambahkan lagi rotation per minute (rpm) beyblade anda.
5. Ubah Suai Penarik (Launcher Chain)
Beyblade Launcher | Google ImageLagi panjang penarik lagi banyak r.p.m (putaran) yang anda akan dapat.
Dalam pelancar (launcher) terdapat satu komponen yang berfungsi untuk mengehadkan tahap putaran, cabut sahaja komponen ini.
Pengunci ini bermasalah untuk memberikan potensi putaran yang maksima. Namun, kekurangan jika anda membuang pengunci ini menyukarkan anda untuk mencabut bey anda jika tersekat pada 'hook'.
Modified Beyblade Launcher | google ImageDisarankan untuk gunakan 'string' berbanding plastik untuk penarik pada 'launcher' beybalde anda.
Kelebihan dan Kekurangan Ubah Suai Beyblade
Ini lima tips ringkas untuk mendapatkan putaran pusingan beyblade anda ke tahap maksima.
Terdapat beberapa kekurangan yang akan timbul dari pengubahsuaian namun hasilnya lebih baik dari sebelumnya.
Harus diingat, jangan cuba bandingkan 'performance' beyblade dalam anime dan dunia realiti. Seumapama iklan McDonald, lihat di tv lain di depan mata lain.
Dapatkan Beyblade, Komponen dan 'Spare Part'
Bagi yang ingin mendapatkan komponen atau 'spare part' beyblade boleh dapatkan di senarai penjual beyblade di bawah:
Lazada
Dh Store
Atau, yang ingin berjinak-jinak mendapatkan beyblade sendiri, boleh juga.
Jenama Takara Tomy mungkin yang terbaik untuk anda.
Ramai yang beranggapan beyblade adalah permainan kanak-kanak. Cup! anda silap, beyblade terdapat dalam pelbagai kategori, golongan dewasa tidak terkecuali.
Anda fikir anda tahu 5 Cara Lamakan Stamina Putaran Beyblade ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2019/05/5-cara-tambah-stamina-putaran-beyblade.html