5 Cara Berdepan Dengan Pengamal Grafologi
Bukti saintifik setakat ini tidak menunjukkan wujudnya perkaitan antara tulisan tangan dengan personaliti dan prestasi kerja. Maka, jika anda berdepan dengan pengamal grafologi,
1. elakkan daripada membayar kepada sesiapa untuk melakukan analisis tulisan tangan anda walaupun orang itu pernah ada slot di TV dan Radio. Ahli politik pun ada banyak slot di TV dan radio; anda tak percaya semuanya kan?
2. elakkan daripada membayar yuran dan menghadiri bengkel latihan analisis tulisan tangan. Baik guna duit tu untuk belajar ilmu yang lebih sahih.
3. elakkan daripada membuat keputusan berdasarkan analisis tulisan tangan; waima yang dibuat secara percuma. Jangan biarkan pemikiran anda dicemari idea-idea yang tidak ketentuan asal-usulnya.
4. tanya secara asertif tentang bukti saintifik kesahan analisis tulisan tangan jika anda diminta melakukan latihan, menyertai latihan, atau dipujuk untuk apa-apa tujuan yang berkaitan grafologi. Bukan ajak bergaduh. Tapi ajak berfikir bersama-sama.
5. galakkan kawan-kawan, saudara mara, mahupun musuh sementara anda untuk berfikir secara kritikal jika mereka mempromosi grafologi samada untuk tujuan komersil ataupun main-main ataupun ingin mendapatkan pendapat anda tentang grafologi.
Jika mereka berkeras juga berpegang teguh kepada grafologi, bersetujulah dengan mereka bahawa grafologi ada 'face validity' (dalam teknik Motivational Interviewing, kaedah ini dipanggil rolling with the resistance). Memang secara nalurinya, seolah-olah boleh diterima idea bahawa tulisan tangan ada kaitan dengan personaliti. Tapi itu hanyalah kesahan di permukaan (surface). Kemudian, tanyalah mereka tentang bukti kesahan yang lain, terutamanya yang di peringkat akarnya.
Tanyakanlah apakah aliran teori yang mereka pakai untuk mentafsir tulisan tangan? Aliran Perancis? German? Amerika? Atau ada aliran yang mereka cipta sendiri?
Untuk maklumat ringkas tentang aplikasi grafologi dalam pengambilan pekerja, boleh rujuk kepada artikel dalam Ensiklopedia. Thomas, S. L. (2006). Handwriting analysis in hiring. In Encyclopedia of Career Development. (pp. 334-345). Thousand Oaks: Sage Publications. Petikan ringkasnya adalah seperti di bawah.
"Research on graphology suggests that at best, it has only low-to-moderate reliability, and there is little evidence that graphology is accurate in predicting personality traits or that the narrow traits that many analysts infer from handwriting samples correlate with job performance.
.....
For the practicing manager, it appears that the scientific evidence suggests that handwriting analysis should have
maksudnya:
Penyelidikan tentang grafologi menunjukkan bahawa, paling bagus pun, is ada tahap kebolehpercayaan rendah dan sederhana. Bukti bahawa grafologi boleh meramalkan tret personaliti sangatlah sedikit; begitu juga dengan bukti kaitan antara tret khusus (yang dicungkil dari contoh-contoh tulisan tangan oleh para penganalisis) dengan prestasi kerja.
...
Untuk pengurus organisasi, bukti sainfitik mencadangkan bahawa analysis tulisan tangan sepatutnya tidak ada peranan, atau ada sedikit sahaja peranan, dalam proses mengambil pekerja. Pengurus sepatutnya bergantung kepada ukuran-ukuran personaliti yang lain seperti alat-alat ujian personaliti Big Five.
Satu kajian telah dilakukan untuk melihat perbezaan antara individu yang disahkan ada kecelaruan personaliti psikopatik dan yang tidak ada kecelaruan itu. Dengan menggunakan program komputer, beberapa ciri tulisan tangan telah dianalisis.
Hasilnya?
Analisis berkenaan tidak dapat membezakan antara peserta kajian yang ada kecelaruan dan yang tidak ada kecelaruan.
"This suggests, contrary to many beliefs related to graphology, that psychopathic personality cannot be identified on the basis of computational forensic examination of handwriting."
(Hasil kajian menunjukkan bahawa, berlawanan dengan kepercayaan yang dikaitkan dengan grafologi, personaliti psikopatik tidak boleh dikenalpasti berdasarkan penelitian forensik berkomputer ke atas tulisan tangan")
Kajian baharu ini (2019) menyokong kesimpulan yang telah dibuat bertahun-tahun yang lalu. Grafologi masih tidak dibuktikan berkesan dalam mengenalpasti personaliti.
Kesimpulannya, cintai IT dan jauhi grafologi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pakalang.blogspot.com/2020/05/5-cara-berdepan-dengan-pengamal.html