4910 Keprihatinan Pengguna Kawal Etika Industri Halal Berita Harian 27 4 19
Bagaikan cendawan tumbuh bermusim, kesedaran masyarakat mengenai pengambilan dan penggunaan makanan halal di premis makanan, biasanya bertempoh mengikut isu yang berbangkit.Penyalahgunaan imej Islam oleh sebilangan restoran beberapa bulan yang lalu tanpa mempunyai sijil halal sah, di samping status pekerja serta tahap kebersihan diragui, pernah menjadi topik perbincangan meluas dalam kalangan masyarakat Islam negara ini.
Pemeriksaan pihak berkuasa terhadap premis makanan dari 11 hingga 31 Januari tahun ini sahaja, mendapati 28 restoran daripada 1,975 premis secara sengaja menyalahgunakan imej Islam. Ini termasuklah memaparkan ayat al-Quran, bagi menarik pelanggan Islam.Angka ini sangat besar mengambil kira jumlah pemeriksaan yang dibuat. Bagaimanapun, isu ini semakin suram daripada arus perbincangan.Utama aspek halal, bersihSesuatu industri tidak akan mampu bertahan lama tanpa wujudnya permintaan pengguna. Umum mengetahui, industri halal wujud dan berkembang kerana adanya permintaan pengguna yang mementingkan aspek halal dan kebersihan, ditambah dengan peratusan umat Islam yang semakin meningkat.Dianggarkan populasi umat Islam global akan menjangkau 2.2 bilion pada 2030 dan ini sudah tentu akan menyumbang kepada perkembangan positif dalam industri ini.Undang-undang yang menyentuh aspek halal, di samping sistem governan dalaman yang digariskan oleh pihak berkuasa, amat penting dalam memandu hala tuju industri.Di Malaysia, Akta Perihal Dagangan 2011, Manual Prosedur Pensijilan Halal dan Sistem Jaminan Halal menjadi aspek penting ke arah pematuhan halal oleh entiti perniagaan dan pengawalan terhadap salah guna imej Islam bagi tujuan perniagaan.Namun, kuasa pengguna sebagai pemegang taruh tidak boleh dikesampingkan. Dengan kuasa beli yang ada, pengguna mampu mengawal sikap peniaga yang tidak beretika dalam menyediakan makanan dan perkhidmatan kepada pengguna.Pengguna perlu proaktif, caknaPengguna perlu cakna dan berhati-hati dalam memilih serta membeli makanan, barangan dan perkhidmatan, terutama jika tidak mempunyai sijil halal.Sebaik mungkin pelanggan perlu mendapatkan maklumat terus mengenai status halal dari premis restoran makanan, sekiranya mereka ragu-ragu status premis berkenaan.Malah, mereka perlu melaporkan kepada pihak berkuasa seperti kementerian berkaitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) jika ada salah laku dalam premis perniagaan.Menggunakan makanan, barangan dan perkhidmatan halal adalah tanggungjawab semua umat Islam. Sikap cakna dan tindakan yang proaktif dalam kepenggunaan sudah tentu akan menjadi isyarat penting kepada peniaga mengenai kehendak pengguna Muslim.Pengguna Muslim sudah tentu inginkan makanan, produk dan perkhidmatan halal, selaras dengan iklan dan imej halal yang ditonjolkan oleh entiti perniagaan, bukanlah sebaliknya.
Artikel oleh : Berita Harian
KEPRIHATINAN PENGGUNA KAWAL ETIKA INDUSTRI HALAL
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/04/557678/keprihatinan-pengguna-kawal-etika-industri-halal
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ppim4u.blogspot.com/2019/04/4910-keprihatinan-pengguna-kawal-etika.html