4811 Jadilah Melayu Bermaruah Utusan Malaysia 12 2 19



MUKADIMAH
ORANG Melayu dan Islam nampak gayanya hanya beruntung dilahirkan di negara ini. Tetapi dalam banyak hal kita masih ditindas terutama apabila melibatkan soal perniagaan dan kepenggunaan. Memang menyedihkan bunyinya tetapi apa lagi maruah yang tinggal jika banyak produk yang kita gunakan masih melibatkan kandungan tidak halal
Begitu juga dalam soal makanan, kita percaya sesebuah kedai itu milik orang Islam jika digantung ayat suci al-Quran. Malangnya kita ditipu malah ada pula video terdapat kedai yang menghidangkan daging biawak. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut wartawan Utusan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID telah mewawancara Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), DATUK NADZIM JOHAN tentang isu ini. Berikut adalah sedutan wawancara dan untuk video penuh boleh tonton di Utusan Online
NADZIM JOHAN: Sebenarnya apa yang berlaku pada hari ini adalah manifestasi akibat kelemahan diri kita sendiri. Kita lemah, tak sedar, kita gagal melindungi maruah dan ia meliputi semua aspek. Sebenarnya, kalau nak kembalikan hak kita, perlu ada pegangan
Pegangan perlu datang dari diri kita, keluarga dan seterusnya dipanjangkan kepada orang di sekeliling, ke kampung bandar dan seterusnya. Tapi pada hari ini kita lihat terlalu banyak kelompongan dalam hal penjagaan keluarga. Tapi apapun, kita pada hari ini berada di persimpangan
Kita boleh pilih, sama ada nak berjaya atau nak hancur. Pada saya kalau umat Islam nak berjaya kita semua kena bersatu. Kita bercakap tentang realiti, tiada isu rasis kerana saya sendiri dan anak-anak belajar dan bersekolah di sekolah Cina. Kita kena faham bahawa jika melibatkan isu maruah, tak kiralah hal individu ke atau orang Melayu, kita kena pertahankan
Saya ambil contoh, kerajaan terdahulu, peruntukan untuk bantu peniaga dan usahawan Melayu/Islam beratus juta mungkin bilion. Semua agensi telah buat kerja, MARA, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tapi masih gagal hasilkan peniaga yang betul-betul berjaya
Tabiat kita pada hari ini mungkin dipengaruhi oleh diri sendiri, termasuk pendidikan atau agenda. Kita kena bina dan buat sesuatu untuk bawa kesedaran
Misalnya kalau nak beli mi, carilah pengeluar Islam. Bukan tidak ada. Jakim ada keluarkan sijil halal, tapi pada prosesnya sahaja. Bukan saya tidak setuju, tapi kita perlukan pemantauan yang lebih teliti dan menyeluruh. Dan kita gunakan sijil halal ni sebagai dakwah
Hari ini kita kena buat sesuatu untuk bantu peniaga Islam. Kita patut beli daripada peniaga Islam supaya peniaga ini boleh bayar zakat dan dengan zakat itu bantu asnaf
Tapi jika tak buat sesuatu untuk perubahan kecuali kita suka dihina dan biarkan diri dihina maka jadilah kita mengikut jalan yang dibina oleh musuh Islam
Kapitalis itu yang mengawal sesuatu dan keadaan. Yang membuat keputusan bagi pihak kita, dan kita biarkan saja asalkan dapat untung. Kita telah sampai pada satu senario yang mana kita telah jadi begitu lemah
Jadi kena buat sesuatu dan perbetulkan keadaan itu. Kita tak boleh biarkan sahaja. Masalah ini tidak akan berhenti dan berterusan selagi kita tidak jaga hati dan tidak berubah
Jadi jika nak perbetulkan keadaan, mulakan perubahan itu, kena buat dengan betul dan ia perlu datang dari hati kita
Dalam kes kedai mamak ni kita bezakan. Orang India ada yang beragama Hindu, Kristian dan Islam. Mereka yang beragama Islam kita panggil mamak dan mereka banyak membuka kedai makan, kedai runcit dan sebagainya
Mereka memang berpegang pada Islam tetapi biasalah ada kelemahan tertentu seperti orang Islam lain juga. Tapi kita kena sedar jika makan di kedai orang Islam mereka perlu bertanggungjawab
Sebagai contoh jika pergi ke kedai runcit si Ali dan dia jual bahan tercemar, maka dia kena jawab dan bertanggungjawab
Mungkin bila kita mati nanti mereka kena menjawab penipuan dilakukan terhadap kita. Dalam hal ini mungkin ustaz-ustaz boleh jelas lebih lanjut.Tapi jika peniaga itu bukan Islam dan menjual hidangan daging lembu tetapi sebenarnya biawak, apa boleh kita lakukan. Apakah mereka akan menanggung dosa yang dilakukan
Itu sebabnya saya tekankan kita kena bertanggungjawab dan dalam hal ini kena cari peniaga orang Islam kerana mereka bertanggungjawab sehingga mereka mati nanti
Selain itu, mereka juga membayar zakat yang boleh dikongsi dengan mereka yang memerlukan
Dalam hal ini Jakim hanya menjamin ia halal jika benar-benar didaftarkan tapi kita tak tahu jika ada kedai yang menggunakan sijil halal palsu. Kita perlu bertanggungjawab lakukan kajian dan cari kedai yang betul-betul mempunyai sijil halal
Ada kedai yang pamer sijil halal dah tamat tempoh atau menipu. Bagi saya dalam hal ini kita kena cemburu dengan apa yang kita nak makan, jangan main ambil saja. Kalau nak jadi manusia yang hebat dan bermaruah kena memilih dalam soal makan tak bolehlah main belasah sahaja. Kena jaga dan jadilah seorang yang bermaruah
Siasat kedai yang kita nak makan milik siapa, ada sijil halal yang disahkan atau tidak. Jangan terus makan sahaja
Jika begini sikap kita tidak hairanlah mereka pun tak hormat kerana kita tak serius melakukan kajian dan bertanggungjawab terhadap apa yang dimakan. Kita sekarang dilihat lemah kerana tidak ada prinsip. Maka kita tak boleh nak salahkan sesiapa kerana kelemahan ini berpunca daripada diri sendiri
Orang Melayu perlulah bersungguh dalam soal ini dan bagi saya kita boleh banyak belajar dengan Global Ikhwan
Bagaimana mereka boleh meniaga sehingga ke seluruh dunia. Mungkin mereka ada formula yang betul dan berjaya dilakukan berbanding kita yang mendakwa hebat dan betul tetapi sehingga sekarang tak tau ke mana hala tuju. Mereka boleh berniaga hingga ke Eropah, Australia dan sebagainya
Saya ingin mengetengahkan hal ini kerana kalau boleh kita belajar daripada mereka. Kalau kita belajar cara orang Cina meniaga termasuk menipu dan sebagainya kenapa tak boleh belajar dengan Global Ikhwan
Sampai bila nak jadi begini dan kita semakin jauh dalam soal perniagaan dan kepenggunaan berbanding kaum lain di negara ini
Artikel oleh : Utusan MalaysiaJADILAH MELAYU BERMARUAHhttp://www.utusan.com.my/rencana/utama/jadilah-melayu-bermaruah-1.838980#ixzz5fISUIpq1


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/02/4811-jadilah-melayu-bermaruah-utusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Takziah Buat Seluruh Warga Utusan Malaysia

Salam Takziah Buat Seluruh Warga Utusan Malaysia

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 716 hits
Saya baru membaca berita mengenai pemergian kartunis yang cukup popular di ruangan dada akhbar Utusan Malaysia Hello Bos Saya merupakan salah seorang penggemar karya arwah Dee yang mana kartunnya begitu dekat dengan rakyat Malaysia Unsur is...
Orang Melayu Sekarang Orang Terbangsat Di Malaysia Ds Najib

Orang Melayu Sekarang Orang Terbangsat Di Malaysia Ds Najib

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 477 hits
Sejak Tun Mahathir benarkan untuk rakyat bebas bersuara makin hari makin panas berita politik kat negara kita Tak ketinggalan bekas PM kita Datuk Seri Najib pun turut berani suarakan pendapat walaupun dah macam macam berita baharu yang kita...
4814 Ppim Bantah Pewartaan Parkir Berbayar Di Taman Nirwana Utusan Malaysia 18 2 19

4814 Ppim Bantah Pewartaan Parkir Berbayar Di Taman Nirwana Utusan Malaysia 18 2 19

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 484 hits
KUALA LUMPUR 17 Feb Persatuan Pengguna Islam Malaysia membantah cadangan pewartaan Jalan Nirwana 1 2 35 dan 37 Taman Nirwana Ampang oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya sebagai tempat letak kenderaan berbayar Penasihat Agama dan Media PPIM T...
4815 Kekalkan Subsidi Pengiring Haji Utusan Malaysia 18 2 19

4815 Kekalkan Subsidi Pengiring Haji Utusan Malaysia 18 2 19

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR 17 Feb Lembaga Tabung Haji digesa me ngekalkan subsidi kepada pengiring jemaah haji serta kes rayuan yang berjaya se perti tahun tahun lalu Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad berkata sekiranya benar dakwaan yang mula ters...
4801 Ipc Pengecut Batal Hak Malaysia Utusan Malaysia 30 1 19

4801 Ipc Pengecut Batal Hak Malaysia Utusan Malaysia 30 1 19

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 480 hits
KUALA LUMPUR 30 Jan Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyifatkan Jawatankuasa Paralimpic Antarabangsa sebagai pengecut kerana telah membatalkan hak Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 Sehubungan itu PPIM menggesa r...
4797 Isu Francais Stesen Minyak Perlu Tindakan Kerajaan Utusan Malaysia 30 1 19

4797 Isu Francais Stesen Minyak Perlu Tindakan Kerajaan Utusan Malaysia 30 1 19

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR 29 Jan Kerajaan digesa untuk segera campur tangan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengusaha francais stesen minyak negara ini yang didakwa terus didiskriminasi oleh francaisor Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam...
Umno Lepaskan 31 6 Saham Dalam Utusan Melayu

Umno Lepaskan 31 6 Saham Dalam Utusan Melayu

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 372 hits
PETALING JAYA Umno melepaskan 31 6 pegangan sahamnya dalam Utusan Melayu Berhad kepada sebuah syarikat milik penuh Pengerusi Eksekutif Utusan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir Utusan Online melaporkan parti itu menamatkan penguasaannya dalam Utu...
Apakah Yang Akan Berlaku Jika Hanya Ada Orang Melayu Di Malaysia

Apakah Yang Akan Berlaku Jika Hanya Ada Orang Melayu Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 254 hits
PETALING JAYA Pergelutan yang berlaku dalam masyarakat Melayu di negara ini adalah konflik kelas yang melibatkan pertembungan kelas atasan dengan kelas bawahan kaum itu kata bekas seorang ahli akademik Dr Syed Husin Ali berkata masyarakat M...
Samsung Galaxy Note 9 Di Malaysia Mula Menerima Kemas Kini Android 9 Pie

Samsung Galaxy Note 9 Di Malaysia Mula Menerima Kemas Kini Android 9 Pie

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 251 hits
Berita baik bagi pengguna Samsung Galaxy Note 9 di Malaysia Kemas kini untuk sistem operasi Android 9 Pie kini boleh dimuat turun Ini bukan sahaja memberikan sistem operasi terkini malahan antaramuka terkini One UI yang dioptimasi untuk pen...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense